SEHARI dua ini nampaknya pasukan Polis dan SPRM bersungguh menangani masalah kerosakan sistem nilai dalam negara. Dari tangkapan dan pembongkaran yang didedahkan ternyata rasuah adalah isu dan punca segala perkara.
Kita mungkin biasa melihat filem India berkaitan penguasaan gangster malah mafia di negara Amerika Selatan. Penguasaan mereka hingga menentukan siapa pemimpin negara. Budaya ini sebenarnya telah membarah dan merebak serata dunia. Bezanya di negara mundur, ia dikuasai mafia dan gangster, sebaliknya di negara maju dan membangun ia dikuasai oleh syarikat gergasi.
Perkembangan dan tumpuan yang diberikan oleh SPRM dan Polis di negara kita sangat membanggakan. Isu kartel yang membarah hingga belasan malah puluhan tahun berjaya dibongkar. Ia petanda baik untuk masa depan negara.
Sebelum ini kita sering mendengar pendedahan penyelewengan di kalangan ahli politik. Saya masih ingat di era akhir Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri (PM). Isu Perwaja dan beberapa kes berprofil tinggi menjadi perhatian. Malah menjelang pilihan raya disebut angka ‘12 nama berprofil tinggi’ akan didedahkan. Namun selepas PRU nama itu lenyap bersama kemenangan bergaya BN.
Negara pernah digegarkan dengan tangkapan dan hukuman penjara bekas Pengerusi MCA. Beliau sempat menang dalam PRU 1986 di Parlimen Gopeng namun kemudiannya PRK terpaksa diadakan. Namun kes itu bukan di Malaysia. Ia dihukum dan dipenjara oleh mahkamah Singapura.
Satu-satunya kerajaan yang bersih dari rasuah ialah Kerajaan PAS Kelantan. Hingga kini sejak 1990 Kerajaan PAS itu bebas dari rasuah. Walaupun ada cubaan dan usaha dibuat untuk memerangkap pimpinan Kerajaan PAS Kelantan namun gagal. Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) cuba dipalitkan dengan rasuah umrah dan kek namun sia sia.
Apa yang lebih utama bukanlah tidak terlibat dengan rasuah tetapi kesediaan kerajaan memberi kuasa dan kerjasama terhadap siasatan rasuah. Tidak campur tangan terhadap siasatan kes rasuah. Isu Terowong Pulau Pinang dan rumah agam Bekas Ketua Menteri PP masih menjadi tanda tanya. Ia tidak diteruskan setelah berbagai persoalan timbul di tengah masyarakat.
Dengan melihat dan meneliti beberapa kes, tertuduh biasanya hanya akan disabitkan atau didakwa setelah tiada kuasa dalam kerajaan. Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Damaikah hati menerima alasan ‘tiada kes dapat disabitkan’ sedangkan sebelum itu sudah dibongkar dan jelas. Mengapa tidak mahkamah diberi hak menilainya?
Rakyat perlu dididik bahawa setiap orang terdedah kepada gejala salah guna kuasa dan rasuah. Apabila seorang pemimpin dituduh di mahkamah atas salah guna kuasa, parti yang diwakilinya tidak boleh diheret sama. Ia kesalahan individu. Namun sekiranya ahli dan parti diwakilinya mengambil sikap membela dan mempertahankan pemimpin mereka, inilah yang salah. Pemimpin dan parti sebegitu sewajarnya ditolak untuk membersihkan negara dari barah rasuah.
Rakyat sedang mengikuti secara dekat dengan harapan yang tinggi kepada kerajaan dalam memberi kuasa dan kepercayaan kepada badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan. Ketelusan Kerajaan PN hari ini dinilai dari masa ke semasa untuk menentukan undi dalam PRU15.
Saya percaya, ada harapan sinar cahaya ketelusan jika keadaan ini terus berlaku. Kita nantikan sehingga seluruh paksi kejahatan rasuah diheret ke muka pengadilan tanpa pilih kasih. Kerajaan PN baru berusia setahun lebih dengan pelbagai kemelut khususnya COVID-19.
Jika dalam keadaan ini, kerajaan mampu menunjukkan prestasi baik di mata rakyat, ia wajar diberi mandat lebih besar bagi meneruskan usaha besar ini. Negara kita kaya dengan sumber dan hasilnya. Kita berhak untuk menikmatinya tanpa penyelewengan dan salah guna kuasa. Jerung mula terjerut. Semoga jaring mampu bertahan hingga jerung tewas ke pelabuhan.
FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 8/4/2021
Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..
Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan. Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di India. Rogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita... Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi. Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...
Mmg kelas dan terkini...satu2nya blogger yg minat menulis ttg kes rogol...
ReplyDeleteTulis kes rogol dan buat kes rogol adalah dua yg berbeza. Yg pertama tak melibatkan zina, tapi yg kedua terlibat dgn zina. Biar tak tahu jadi tahu, jangan tak tahu jadi bengap.
ReplyDeletesetakad bengap boleh tanah lagi tapi bila dah bengap melantun-lantun macam Anon 10.15 tu mmang sukar nak diubat walaupun 3tahun kat Tg Rambutan
ReplyDelete