Friday, April 16, 2021

'Judi' lancar lagu raya? Paksa tonton gambar 9/10 bogel...

 

Syarikat judi lancar lagu raya promosi perkhidmatan?

Iklan berlatar belakang sambutan Aidilfitri turut guna khidmat pelakon Melayu

BANGI, 3 Ramadan 1442H, Khamis – Belum reda isu pengawal peribadi dipukul kerana berpuasa, kesabaran umat Islam di negara ini diuji sekali lagi melalui iklan hari raya oleh sebuah syarikat perjudian terkenal.

Syarikat berkenaan melalui video bertemakan Hari Raya Aidilfitri mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka bagi meraih wang berganda.

Lebih mengejutkan, iklan menggunakan khidmat beberapa pelakon beragama Islam yang lengkap berbaju kurung dan Melayu, dengan berlatarbelakangkan suasana beraya di kampung.

“Apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya,” antara bait-bait lirik yang terdapat dalam video berdurasi 2 minit 1 saat itu.

Netizen nyata berang dan menyifatkan syarikat judi berkenaan sebagai tidak sensitif apabila menjadikan hari istimewa umat Islam sebagai ‘modal’ iklan.

Menambah amarah netizen bila mana iklan disiarkan pada ketika umat Islam baru menyambut hari ketiga Ramadan.

“Tangkap je semua yang terbabit dalam rakaman ini termasuk sekali pihak studio yang benarkan rakaman lagu,” kata Muhd Aamri.

“Penerbit, pelakon dan penyanyi kroni judi. Mereka tidak rasa mempersendakan agama Islam,” soal Hanu Man.

“Yang Melayu berlakon dalam lagu ini tak rasa bersalah ke? Puasa-puasa promote benda haram,” tulis Zulkhairi Zawawi.

Sehubungan itu, rata-rata netizen berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan saperti yang disebut di atas itu saja, bahkan semasa kita sedang menonton, tiba-tiba 'terjun' gambar 9/10 bogel (bukan lagi 1/2 bogel) melompat-lompat, menari-nari, memaksa penonton menonton, tumpang-ganggu tontonan kita.

Apakah, kuasa sebuah kerajaan yang berdaulat seperti Malaysia tidak mampu buat apa-apa? 

Teringat semasa kerajaan PH (yang ghuyup setelah perintah 22 bulan) memerintah sebelum ini, blog ini telah menyiarkan gambar kartun Tun M kayuh beca Lim Kit Siang tersandar megah di dalamnya, banyak kali.. Tiba-tiba gambar itu hilang entah ke mana dari Google, sampai sekarang dicari-cari tidak berjumpa untuk disiarkan semula.

Itu aja. Sekian.

6 comments:

Anonymous said...

Saya sedang berpuasa....

Anonymous said...

Puasa pun tak boleh biar negara diratah oleh kafir judi. Persenda aidul fitri dengan duit haram.

Anonymous said...

Allah dah tunjuk kpd PAS..ingatkan arak dan judi dah haram..rupanya org kafir pun berani nak larang umat islam puasa...ALLAH nak zahir munafiknya PAS

Anonymous said...

Lepas ini mereka akan persendakan kalimah Allah pula! Percayalah!

Anonymous said...

Kalau tak dapat sokongan dari penonggang agama liberal, mereka tak berani. Munafiq itu kembali kepada penonggang agama liberal.

Anonymous said...

Bila penonggang agama liberal berani persendakan ulamak, mereka jadi contoh kepada dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails