SAYA menyarankan DAP khususnya Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, untuk menyelesaikan dahulu isu pencemaran sumber air bersih dari sungai-sungai di Pulau Pinang termasuk pencemaran yang disebabkan oleh kumbahan najis babi di Sungai Kereh, Kepala Batas, yang tidak nampak boleh selesai sehingga sekarang. Tidak perlu beliau bercakap berdegar-degar mengenai perubahan iklim dan pemanasan global sedangkan isu setempat di negeri yang DAP perintah, yang mudah untuk mereka selesaikan inipun, mereka tidak boleh menanganinya.
Semasa Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yeo Bee Yin menjaga kementerian yang berkaitan dengan alam sekitar, apa yang mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah pencemaran kumbahan najis babi ini, sedangkan rakyat di kawasan itu khususnya pesawah-pesawah padi dan nelayan-nelayan sudah begitu lama menderita. Demikian juga dengan pencemaran sungai-sungai yang lain di negeri tersebut, seperti Sungai Juru, Sungai Perai dan Sungai Pinang adalah merupakan antara sungai yang paling tercemar di Malaysia.
Kawasan-kawasan tanah tinggi di Pulau Pinang pula telah banyak digondolkan sehingga menyumbang kepada berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat yang kerap di pulau tersebut. Masyarakat awam tidak boleh lupa bagaimana Lim Guan Eng menangis menelefon Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, memohon bantuan menangani masalah banjir. Adakah DAP tidak sedar bahawa penggondolan seperti ini juga menyumbang kepada perubahan iklim dan pemanasan global.
Dalam kenyataan Lim Guan Eng sebelum ini, beliau telah cuba mengaitkan kemasukan sisa plastik (bersih) dari Amerika Syarikat yang diizinkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), sebagai menunjukkan KASA tidak peka dalam menangani isu import plastik dan industri kitar semula plastik. Di sini saya ingin mencabar DAP untuk kemukakan kertas cadangan kepada kerajaan supaya ditutup semua industri yang berkaitan kitar semula plastik di negara ini, justeru dengan sendirinya tiada lagi kegiatan import plastik berlaku.
Saya yakin, sebagaimana DAP begitu takut mendesak ditutup kandang-kandang babi di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang, mereka juga tidak akan berani mengusulkan ditutup kilang-kilang industri kitar semula plastik yang kebanyakannya dimiliki oleh ‘tauke-tauke’. Malah mereka telah gagal ketika diberi tempoh selama 22 bulan untuk bertindak terhadap kegiatan-kegiatan yang mencemarkan alam sekitar seumpama ini. Sebab itu saya tegaskan sekali lagi, lebih baik DAP jaga kandang-kandang babi di Pulau Pinang sebelum mereka bercakap soal-soal yang lebih besar seperti perubahan iklim dan pemanasan global.
DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air
8 April 2021 – HARAKAHDAILY 8/4/2021
Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..
Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan. Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di India. Rogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita... Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi. Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...
No comments:
Post a Comment