Sunday, April 11, 2021

LGE buka pekung di dada, tepuk air di dulang,

 

Geli Hati, DAP juara pencinta alam sekitar nombor 1 di dunia..

TERAMATLAH geli hati ini melihat kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membidas Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim berkenaan isu Malaysia tidak mendapat jemputan Amerika Syarikat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tindakan Perubahan Iklim yang dijadual berlangsung pada 22 dan 23 April ini.


Menteri KASA sudah pun memberi penjelasan mengapa Malaysia tidak dijemput dalam persidangan Antarabangsa yang melibatkan 40 negara itu.

Antara sebabnya ialah:

1. Malaysia tidak tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.
2. Malaysia juga tidak termasuk dalam objektif utama persidangan iaitu menggalakkan negara ekonomi besar untuk meningkatkan komitmen mencapai matlamat mengekalkan pemanasan global pada tahap kenaikan suhu maksimum 1.5 darjah Celcius.

Lim Guan Eng siap menyamakan Menteri KASA seperti bekas Presiden US, Donald Trump yang tidak berminat terhadap aktivisme perubahan iklim. Persoalan mudah yang patut kita tanyakan kepada Lim Guan Eng ialah adakah anda buta dan buat-buat lupa dengan apa yang Kerajaan DAP Pulau Pinang buat terhadap alam sekitar di negeri itu? 

Projek mega Tambak Laut Pulau Pinang itu adalah antara penyumbang utama kepada kemusnahan teruk ekosistem alam dan impak sosio-ekonomi kepada komuniti pantai termasuk nelayan. DAP pencinta alam sekitar sangat ke sampaikan Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang dikategorikan sebagai antara sungai paling tercemar di negara ini? Apa yang DAP dah buat untuk menyelesaikan masalah ribuan penduduk beberapa kampung berdekatan Tasek Gelugor yang menderita pencemaran bau busuk akibat pelepasan najis babi di Sungai Kereh?

Jadi, saya cadangkan kepada Lim Guan Eng dan DAP yang kononnya bermurah hati nak bantu Menteri KASA anjurkan persidangan isu perubahan iklim, lebih baiklah mereka fokus selesaikan isu kemusnahan alam sekitar yang begitu teruk di Pulau Pinang. Lebih baiklah Lim Guan Eng bantu Kerajaan DAP Pulau Pinang mengadakan persidangan bagi mencari jalan penyelesaian masalah pelepasan kumbahan najis babi daripada aktiviti penternakan babi secara yang tidak terkawal itu. Lim Guan Eng berlagak hendak menjadi hero pencinta alam, sedangkan dia tidak sedar tindakan lakonannya itu hanya membuka pekung di dada, bagai menepuk air dulang, terpercik ke muka sendiri juga.

SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 9/4/2021

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

3 comments:

Anonymous said...

Masalah najis babi kat sungai apa cerita. Negara yg islam sebagai agama rasmi, jadi pengeksport babi.

Anonymous said...

Utk angkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan, dap telah guna ahmad sabu sebagai jurupolitiknya. Utk angkat wak sebagai pelenturan umno, dap gunakan presiden parti liberal sebagai jurupolitiknya. Dap nak buat koleksi baru khadam. Semua khadam ada untung. Ada yg dapat nafkah sara hidup. Ada yg dijanjikan jawatan pm. Dan terbaru dijanjikan sumbang mahram dgn mahkamah. Akar umbi mesti bijak.

Anonymous said...

Last Attemp dari Ketua Polis Negara yang di lantik semasa Tun Mahathir Mohamad jadi PM ke 2 kali di Malaysia.

Ketua Polis Negara lantikan Tun Mahathir Mohamad iaitu Tan Sri Abdul Hamid Bador, akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkaitan pelaksanaan pertukaran jawatan pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini.
Abdul Hamid berkata, perjumpaan itu bagi menjelaskan tentang kedudukannya serta kuasa beliau selaku Ketua Polis Negara.

Terdahulu, tular di Facebook mendakwa berlaku campur tangan politik membabitkan menteri kabinet yang mengeluarkan arahan menangguhkan pertukaran ketua polis.

Elok lah buang cepat semua pegawai tinggi kerajaan lantikan Tun Mahathir segera.. Lagi cepat dibuang lagi cepat negara diselamatkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails