KLANG: Majikan kepada dua pengawal peribadi yang diugut dengan pistol dan dipukul kerana berpuasa bersama pembantunya, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Ahli perniagaan, Chung Chee Yang, 43, didakwa dengan lima pertuduhan manakala pembantunya, Choo Hin Voon, 43, berdepan dua pertuduhan.
Untuk pertuduhan pertama, Chee Yang didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Azminizam Zulkepli, 44, dengan ugutan ingin menyebabkan kecederaan parah sambil mengacukan pistol ke arah mangsa.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh juga didakwa mengeluarkan kenyataan dengan niat yang disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan terhadap Mohd Azminizam dan Ahmad Shamsuri.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dia juga didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Hin Voon pula didakwa dengan dua pertuduhan kerana menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Azminizam dan Ahmad Shamsuri.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di luar halaman rumah No 2A Lorong 9L, Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi di sini, antara jam 10.30 hingga 11.30 malam, 13 April lalu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ashyraf Ashy'ari Kamaruzaman dan Mohd Fakhrurazi Ahmad di hadapan Majistret P Sarulatha.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi dan Abdul Hakeem Aiman.
Terdahulu, Ashyraf Ashy'ari memohon mahkamah mengena ikat jamin RM200,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Chee Yang dan RM100,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Hin Voon, selain kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis.
Bagaimanapun, peguam tertuduh merayu jumlah ikat jamin itu dikurangkan kerana kedua-duanya perlu menyara keluarga selain menjaga ibu bapa yang sakit.
Sarulatha bagaimanapun mengarahkan tertuduh pertama membayar RM50,000 untuk semua lima pertuduhan manakala tertuduh kedua dikenakan ikat jamin RM20,000.
Mahkamah menetapkan 23 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
https://youtu.be/FFP9Au6CY0Y
5 comments:
Bukankah sepatutnya orang kena tuduh didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan sebab sengaja mencederakan dua bodyguard dengan senjata atau benda berbahaya yang lain ?
Seksyen 326 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Seksyen 326 Kanun Keseksaan lebih sesuai sebab terbukti kedua2 mangsa telah dibelasah separuh mati, bukan itu sahaja dikatakan mangsa juga diacukan dengan pistol?
Harap dapat didakwa dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan!
Tahniah PDRM sudah buat perananya dengan baik sekali menangkap penyangak kartel mata sepet seperti kartel judi online, along dan online pelacuran...
Sekarang peranan SKMM pula dan kena lah sekat judi online pulak.
Web lucah, blog lucah dan sugar book boleh disekat judi online patut disekat 100%. Trend sekarang sudah banyak terima message judi online melalui sms,wssup, telegram di medua sosial.
Elok SKMM buat satu call centre supaya orang ramai bagi maklumat web dan blog yang promosi judi online tersebut supaya SKMM boleh bertindak pantas sekat laman tersebut dari dieksess oleh orang ramai.
Tak susah pun nak sekat judi online tsb. Yang penting ada kemahuan untuk bertindak dengan pantas. SKMM kena pantau lebih hebat lagi.
Pada dap, org berpuasa adalah jenayah ekstrem. Sementara yg memukul adalah adalah waras. Peminum arak adalah suci, ygtak minum adalah ekstrem.
apasal cina judi online tak pakai baju lokap..!? lesap lagi nnpk gaya nih
Post a Comment