Potong gaji berkala perkasa peranan wakaf
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.6 juta penjawat awam diminta melibatkan diri dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji secara berkala dan sukarela bagi memperkasakan lagi peranan wakaf dalam pembangunan sosial serta ekonomi negara.
Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad, berkata pembabitan penjawat awam itu dapat mengukuhkan peranan wakaf sebagai salah satu elemen penting yang mampu membantu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.
Katanya, langkah kerajaan meluluskan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2020 bagi tujuan itu bagi penjawat awam yang berkhidmat di Persekutuan dan Negeri menjadi kemudahan yang perlu dimanfaatkan oleh mereka.
Ujarnya, kempen wakaf juga boleh dilakukan secara berperingkat.
“Wakaf dalam bentuk wakaf tunai, kita boleh beli untuk selamatkan tanah orang-orang Islam daripada tergadai kepada pihak lain atau dapat membeli hartanah di tempat yang strategik.
“Ini satu tindakan yang baik kalau peranan wakaf memainkan peranannya,” ujarnya lagi.
Selain itu cadangnya, wakaf juga boleh membantu kepada pembangunan prasarana untuk kemudahan rakyat seperti kemudahan air, sekolah dan jalan raya.
“Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat pendidikan yang dibiayai dengan harta wakaf serta yuran pengajiannya yang paling rendah di dunia.
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2021, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sudah meluluskan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2020 Tatacara Pelaksanaan Sumbangan Wakaf Tunai Melalui Potongan Gaji Secara Sukarela Bagi Pegawai Awam Yang Berkhidmat Di Wilayah Persekutuan Dan Negeri melalui kod 4474.
Justeru, beliau berkata, Ketua Setiausaha Kementerian, ketua jabatan serta agensi di peringkat Persekutuan perlu merangka inisiatif bagi menggalakkan pegawai dan kakitangannya untuk berwakaf secara tunai, terutamanya secara berkala melalui potongan gaji. – HARAKAHDAILY 14/4/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak ada pun kita dengar pemimpin DAP tolong kempen 'Potong gaji berkala perkasa peranan wakaf' untuk kebajikan umat Islam Malaysia? Mana suara orang-orang Melayu mengaku Islam dalam DAP?
Lihat berita ini...March 13, 2017
Kejahilan Pemimpin DAP Tentang Islam Makin Terserlah
Saranan Naib Presiden DAP, Zairil Khir Johari supaya PAS meninggalkan dunia politik Malaysia dan menyertai jemaah tabligh, menyerlahkan kejahilannya tentang konsep politik dan dakwah dalam Islam. Ini amat menyedihkan kerana di dalam hiraki kepemimpinan DAP, Zairil adalah Melayu/Islam memegang jawatan tertinggi. Jika beliau tidak faham apa itu politik dan dakwah Islam, maka usah berharap DAP akan memahami Islam.
“Sekarang DAP sekali lagi menunjukkan sikap biadap, menyamakan PAS dengan jemaah tabligh sedangkan PAS dan jemaah tabligh umpama adik-beradik, walaupun wadahnya berbeza.
“(Kerana) PAS membawa politik dakwah, manakala jemaah tabligh pula fokus kepada (aktiviti) dakwah. Tetapi kita bersama-sama bekerja untuk dakwah Islam, melihat perkembangan Islam lebih baik dalam negara,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Khalil Abdul Hadi.
Beliau menganggap sikap pemimpin Melayu DAP itu sebagai kenyataan konsisten daripada parti dominasi Cina yang sentiasa merendahkan perkara berkaitan Islam dan PAS.
“Jika sebelum ini kita lihat dalam isu Majlis Fatwa di Pulau Pinang, DAP masuk campur, begitu juga isu RUU 355 sedangkan ia berkait dengan hal orang Islam,” tegasnya.
Zairil seorang yang terpelajar. Justeru sebelum membuat kenyataan seumpama itu beliau seharusnya mendalami isu yang mahu dibawanya. Nampaknya tanpa persiapan munasabah, Zairil menunjukkan keangkuhan lazim seorang ahli politik. Adalah dikhuatiri sikap begini akan menjejaskan akidahnya sendiri. Ini kerana konsep politik dalam Islam dan apa sahaja amalan ialah mencari keredhaan Allah S.W.T. Dalam konteks pentadbiran umat, Allah memerintahkan supaya:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung,” surah al Imran ayat 104.
Ini adalah perintah Allah. Sebab itu, pemimpin-pemimpin PAS sejak dahulu lagi bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk melaksanakan arahan Allah melakukan ‘amar makruf nahi mungkar’.
PAS BERJUANG MENCARI REDHA ALLAH
PAS bermula dengan menganggotai Umno tetapi berpakat keluar kerana mendapati aktiviti politik untuk berkuasa dijadikan matlamat perjuangan dan bukan untuk melunaskan perintah Allah. Demi mencari keredhaan-Nya PAS pernah bekerjasama dengan parti-parti politik yang mempunyai matlamat untuk memerintah dengan adil; bukan sahaja dengan Umno, malah Semangat 46, dan komponen BN lain serta DAP.
Zairil minggu lalu menyarankan PAS meninggalkan arena politik negara selepas Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengeluarkan kenyataan bahawa PAS tidak menjadikan Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai agenda utamanya. Zairil mencadangkan ahli-ahli PAS menyertai jemaah tabligh sambil menuduh parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai hilang arah tuju dan tergelincir daripada matlamat asal perjuangan.
“Beliau (Hashim) sebut matlamat PAS bukan hendak menang pilihan raya tetapi mendapat redha Allah SWT.
“Saya beri contoh seseorang yang berniaga. Jika kita orang Islam dan berniaga, kita hendak redha Allah, namun dalam masa sama kita hendakkan untung.
“Begitu juga dalam PAS, kita masuk pilihan raya sebab nak redha Allah, namun tetap hendak menang.
“Jika DAP anggap kenyataan Hashim bermakna PAS tidak mahu menang dalam pilihan raya, itu tak betul. Kita mahu menang namun biarlah kemenangan itu yang boleh membawa, membela dan memberikan kekuatan kepada Islam dan umatnya,” kata Khalil.
DAP memang prejudis terhadap cara dan matlamat perjuangan PAS. Setelah beberapa kali usahasama dijalin di antara kedua parti itu gagal, kali ini PAS bersikap tegas – tiada lagi kerjasama dengan DAP.
DAP MULA REKRUT MELAYU UNTUK SELAMATKAN PARTINYA
Kini muncul ahli politik muda beragama Islam ditonjolkan oleh DAP untuk merobek amalan dan pegangan politik PAS. DAP lebih selesa jika PAS berpolitik cara PKR dan Amanah – dengan menggula-gulakan pemimpin mereka dengan kemewahan material. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kini dibayar oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi ‘menguja’ pengundi Melayu-Islam terus menyokong DAP di negeri itu.
Sementara suatu ketika dahulu Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut menerima habuan DAP kerana ‘khidmatnya’ dalam pengurusan air serta hab halal Pulau Pinang. Namun PAS mahu terus berada dalam Jemaah yang diperintah Allah mendapatkan kuasa memerintah dengan cara yang ditentukanNya dan akhirnya mendapatkan keredhaanNya.
Allah telah mengizinkan PAS memerintah Kelantan sejak 1990. Meskipun disekat dengan pelbagai cara oleh bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, keredhaan Allah mengekalkan pemerintahan PAS hingga kini di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. DAP berusaha tidak mahu bergantung kepada PAS untuk meraih undi Melayu-Islam dengan merekrut bijak pandai Melayu-Islam seperti Dr Aziz Bari dan Dyana Sofea. Namun nampaknya pemikiran politik dan dakwah mereka tidak jauh berbeza dengan Zairil Khir Johari.
Setidak-tidaknya Dr Aziz harus berusaha membetulkan pandangan dangkal dan penuh muslihat politik Zairil itu tetapi apakan daya beliau dihadkan medan politik hanya di Selangor.
Sekian.
5 comments:
Kau ler potong.aku memang takkan sokong.
Yg menghabiskan duit kerajaan,menteri2 kesayangan kau.lantik punyalah banyak.kerja haram tak buat.
Jgn cakap banyaklah.memang Kami takkan sokong Perdana menteri lahanat ditunggang oleh parti penunggang agama
Kau Tu,kerja kerajaan ker.cakap memang senang.berani menulis.tapi sumbangan pada negara.mmg takda.
Tiap2 Hari dok burukkan org.macamlah kau Tu bagus sangat
Sokonglah penjilat bontot Kaki pengampu.kau ingat rakyat bodoh ker
Pm sekarang jaga rakyat jaga negara. Pm ph dulu sebok kutip duit masuk poket. Kaya sampai trillion. Kutip pulak fahaman liberal. Bawa lgbt, pesta arak, tattoo dan nak anak jadi pm. Ajak kepada kebaikan, jangan ajak kepada kejahatan seperti yg dilakukan oleh ph. Tolak avengalist dan liberal semoga msia lebih aman.
22 bulan sengsara, termasuk juga di bulan ramadhan bersama ph.
Hidup lagi..ingatkan dah mati.ye lah kata sengsara..
Kamu tak tahu ker PM kesayangan kau kata kerajaan dah takda duit..
Post a Comment