Wednesday, April 28, 2021

NGO gesa hentikan gangguan seksual di sekolah

 

KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ENGENDER Consultancy, menggesa Kementerian Pendidikan menangani isu berkaitan gangguan seksual dan melindungi kanak-kanak di sekolah.

NGO itu dalam kenyataan hari ini, berkata semua sekolah diminta untuk menerapkan dan menerbitkan prosedur menangani rungutan yang menyediakan penyelesaian segera dan adil terhadap aduan gangguan seksual.

"Ini perlu mengambil kira suara pelajar; apabila pelajar menimbulkan ketakutan atau kebimbangan, sekolah harus memberi perhatian dan bertindak balas bagi memastikan perlindungan dan kesejahteraan mereka (pelajar).

"Sekolah juga harus bertanggungjawab atas segala persekitaran permusuhan yang wujud, termasuk oleh kakitangannya sendiri. Gangguan berdasarkan gender di sekolah perlu dihentikan segera," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut berkata, beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ini seperti pemeriksaan haid di sekolah dan pelajar sekolah menengah mendakwa seorang guru membuat gurauan mengenai rogol semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan.

Katanya, kejadian terbaharu itu menyebabkan pelajar terbabit menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya, menunjukkan kelemahan sistemik terhadap sensitiviti gender di persekitaran sekolah. – BERNAMA

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails