Tuesday, April 06, 2021

OPEC+ sepakat tingkat pengeluaran minyak untuk 3 bulan

 

RIYADH: Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara bukan OPEC, dikenali OPEC+, sepakat untuk meningkatkan pengeluaran minyak pada Mei, Jun dan Julai 2021.

Kesepakatan itu dicapai dalam mesyuarat secara maya pada Khamis, dipengerusikan bersama Menteri Tenaga Arab Saudi Abdulaziz bin Salman dan Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan OPEC.

Keputusan dibuat berdasarkan peningkatan pasaran yang disokong program vaksinasi global dan pakej rangsangan ekonomi utama.

Mesyuarat berikutnya akan diadakan untuk menilai keadaan pasaran dan memutuskan penyesuaian pengeluaran, dengan setiap penyesuaian tidak melebihi 500,000 tong sehari (bpd).

Pada April 2020 OPEC + bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 9.7 juta tong sehari ketika pandemik Covid-19 menggangu permintaan, dan kemudian memutuskan melanjutkan pengurangan tetapi dengan jumlah yang sedikit hingga akhir tahun lalu. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment