Asmidar ketakutan apabila melihat ribut memusnahkan makanan dan banyak khemah terbang. - Foto IG Asmidar
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmidar berkongsi detik cemas apabila tapak bazar Ramadan tempatnya dan keluarga berniaga di Wangsa Maju, di sini, dilanda ribut, petang semalam.
Menceritakan kembali kejadian itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Biar Sampai Ke Bintang itu mengakui, dirinya ketakutan apabila ribut turut memusnahkan makanan yang dijual peniaga di bazar berkenaan.
"Segala-galanya berlaku dengan pantas. Hujan dan ribut yang kuat menyebabkan banyak khemah peniaga terbang. Mujur ketika kejadian, ada ayah, emak dan abang membantu menyelamatkan gerai.
"Kasihan melihat mereka yang berniaga seorang diri. Mana nak pegang khemah dan nak pastikan barangan jualan selamat. Akibat kejadian ini, ada gerai yang terpaksa menghentikan perniagaan lebih awal apabila makanan yang dijual rosak dan jatuh ke tanah, selain khemah terbang," katanya kepada BH Online.
Meskipun menerbitkan perasaan trauma, bekas juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama itu reda dengan apa yang berlaku.
"Bayangkan hari pertama berniaga berdepan dengan situasi mencemaskan ini. Tentunya saya sedikit trauma. Apapun, saya reda dan anggap ini adalah dugaan Ramadan.
2 comments:
Ini dugaan Tuhan yg tidak diduga. Tapi memilih dap adalah ibarat serah tengkok untuk disembelih.
Aku tak kisah pun kalau Selangor dilanda bencana besar sekalipun. Ini adalah kerana sudah hampir 3 penggal penduduknya memilih kaum KAPIR sebagai pemimpin2 mereka!
Baru2 ini terjadi di Sepang, tempat dimana MPnya membuat statement KALAU DIA TUHAN?
Post a Comment