SEORANG lelaki menerima padah apabila zakarnya dipotong dan diberi makan kepada babi hutan selepas cuba merogol anak saudaranya sendiri, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku minggu lalu itu, lelaki berusia 36 tahun yang tidak didedahkan identitinya ‘dihukum’ oleh teman lelaki anak saudaranya itu bersama sepupunya selepas lelaki tersebut cuba merogol gadis itu ketika sedang mabuk.
Kedua-dua suspek telah ditahan dan lelaki tersebut dibawa ke hospital. Sebelum insiden itu berlaku, kedua-dua suspek menghubungi mangsa dan bertanya jika dia mahu bersama-sama mereka memberi makanan kepada babi hutan di sebuah ladang tebu.
Setibanya mangsa di lokasi, suspek memukul mangsa sehingga tidak sedarkan diri lalu menanggalkan seluarnya sebelum memotong zakar mangsa. Mangsa yang tersedar kemudian berjalan pulang dengan bahagian sulitnya dipenuhi darah dan dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.
Pasukan perubatan tempatan sempat menghentikan pendarahan sekaligus menyelamatkan nyawa mangsa. Pakar bedah yang merawat mangsa, Felipe Lobo berkata zakar dan skrotum mangsa telah dipotong dan bahagian luar kemaluannya telah hilang.
“Apa yang kami lakukan ialah menghentikan pendarahan, memberi pemindahan darah dan membersihkan luka,” katanya. Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mabuk punya hal macam-macam boleh jadi.. Jika tidak mahu arak, dalam PRU 15 ini undilah PAS dan parti-parti gengnya.
Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..
Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan. Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di India. Rogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita... Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi. Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...
1 comment:
Dari dulu dah tulis, celah mana wang 1 MDB tu lesap...kena ulang ulang sebab Tun & barua nya mudah lupa..!?
Setelah kantoi belanja RM600 bilion dan nak korek dana KWAN sebanyak RM16.9 bilion, Menteri Kewangan PN beri alasan kerajaan terbeban dengan hutang RM32 bilion 1MDB pulak.
Dah mula cakap macam ex MoF Guan Eng
Ratib hutang 1MDB tapi tak jelaskan berapa dana yang sudah dibayar balik dan aset-aset yang masih dalam 1MDB.
Ini realitinya.
Hutang 1MDB ditinggal BN: RM32.2 bilion
Hutang 1MDB pada tahun 2021: RM32.3 bilion (satu sen prinsipal hutang pun tak pernah dibayar PH dan PN sejak PRU14)
Dana diperolehi dan diumum kerajaan setakat ini:
– dikembalikan oleh DOJ: RM2.7 bilion
– penjualan kapal Equanimity: RM523 juta
– penyelesaian Riza Aziz: RM443 juta
– penyelesaian Goldman Sachs: RM16.1 bilion
– penyelesian Ambank: RM2.83 bilion
– penyelesaian Deloitte’s: RM324 juta
– penjualan 60% Bandar Malaysia tahun 2019: RM7.41b
– penjualan tanah Pulau Indah milik 1MDB: RM416 juta
– penjualan tanah Pulau Pinang milik 1MDB: RM2.7 bilion
Jumlah yang telah diambil balik kerajaan setakat ini: RM33.4 bilion (ke mana perginya duit ini dan kenapa tak guna untuk selesaikan sepenuhnya hutang RM33.2 bilion 1MDB?)
Dana belum diumum kerajaan:
– penyelesaian KPMG: dlm rundingan
– penyelesaian Wong & Partners: dlm rundingan
– penjualan Bangunan Exchange 106: belum diumum
– penyelesian dengan IPIC, Abu Dhabi (masa BN ianya sebanyak RM21 bilion): dlm rundingan
Aset yang masih tinggal dlm 1MDB
– penjimatan dari penyelesaian IPP berat sebelah (kepentingan kroni Tun Mahathir masa itu) ketinggalan PM4 (sebab itu, rizab tunai Petronas naik ke RM176b tapi semua telah dikikis PH dan PN melalui dividen tinggi) Sekitar RM50 bilion
– Pembinaan dan naik taraf 8 pangkalan MINDEF termasuk Sendayan: RM2.7 bilion
– Baki 40% kepentingan dalam Bandar Malaysia: 40% dari GDV RM140 bilion
– 100% TRX: GDV RM40 bilion
------- bersambung -----
Post a Comment