Tuesday, April 27, 2021

Si 1/2 bogel cabul-samun warga emas dipaksa bogel. Ini macam pun ada ka..

 

SEORANG wanita warga emas dicabul dan disamun lelaki warga asing ketika sedang tidur dalam kejadian di rumahnya di Taman Skudai dekat Iskandar Puteri, Johor awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, suri rumah berusia 65 tahun yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi tingkap di biliknya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Dzulkhairi Mukhtar, berkata warga emas itu terkejut apabila mendapati seorang lelaki warga asing yang hanya berseluar dalam sedang berdiri di hadapan katilnya sambil memegang sebatang besi.

“Suspek kemudian mengarahkan warga emas itu supaya diam dan menanggalkan pakaian kerana mahu merogolnya.
“Mangsa dalam ketakutan hanya menuruti apa yang disuruh sebelum suspek cuba untuk merogolnya, namun tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.

Dzulkhairi berkata, suspek kemudian bertindak mengeluarkan air maninya di atas tilam mangsa sebelum memaksa mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 lalu beredar.

Katanya, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun, yang dipercayai suspek utama, hasil siasatan sebaik menerima aduan mangsa dan berpandukan maklumat serta risikan dibuat.

Beliau berkata, dua lagi warga Myanmar berusia 21 dan 26 tahun yang dipercayai bersubahat, juga berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian kerana cuba melarikan diri.

“Semua tiga warga asing itu adalah buruh binaan dan ditahan kira-kira jam 2.30 petang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Polis turut merampas beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan untuk tujuan samun antaranya sebatang besi, besi pengumpil, sehelai pakaian dalam berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun bersenjata , Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

“Semua suspek akan di bawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk proses permohonan tahanan reman,” katanya. FMT

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini macam pun ada ka.. Jangan gelak, hina. Kerana nafsu, semua boleh jadi. 

Lebih hina lagi puak-puak perasuah orang politik yang 'makan besar' (bukan memaksa mangsa serah RM500 seperti di atas). Lebih hina lagi orang politik yang merogol pembantu rumahnya (bukan yang mengarah warga emas tanggalkan pakaian seperti di atas).

Mereka itulah sebenarnya lebih hina dan jijiik, termasuk parti-parti yang mereka wakili. Ada lagi, termasuk juga barua dan tukang jilat, lebih tuan dari tuannya!

Tolak dan ranapkan mereka dalam PRU 15 akan datang!

1 comment:

Anonymous said...

Bukankah adun roket sedang menghadapi dakwaan merogol wanita Indonesia ? Bukankah wanita roket tidak peduli tentang mangsa rogol tersebut ? Bukankah ini bererti parti roket gagal melindungi wanita ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails