Monday, April 12, 2021

Zahid/UMNO jadi kuda tunggang Anwar/PH...

Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka pada pilihan raya akan datang.

Gabungan itu - yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah - juga memutuskan terbuka untuk "rundingan" dan "kerjasama" dengan mana-mana kumpulan.

Bagaimanapun, gabungan itu menjelaskan keterlibatan ini perlu berpaksikan kepada agenda reformasi PH dan demi kepentingan umum.

Ini adalah antara keputusan yang dibuat oleh pemimpin gabungan berkenaan semasa permukiman dua hari di Port Dickson, Negeri Sembilan yang bermula semalam.

Keputusan itu dinyatakan dalam kenyataan bertajuk Ketetapan Port Dickson.

Masalah utama kepada PH ialah jika UMNO-PAS-BERSATU bekerjasama PH tak boleh jatuhkan kerajaan atau gabungan ini.

Api perkauman UMNO dengan BERSATU ditiup tapi masih ramai lagi pimpinan UMNO masih bersifat rasional dan meelihat penyatuan ummah Melayu Islam dan menepikan perbezaan dan perbalahan. Jadi racun kepada ahli UMNO bahawa BERSATU musuh mereka tidak menjadi.

Satu cara ialah pecahkan UMNO, bila UMNO pecah, kekuatan PN melalui MN antara UMNO-BERSATU-PAS akan menjadi lemah.

Satu caranya ialah pendedahan rakaman audio ANWAR-ZAHID

Rakaman itu boleh dibuat dengan baik jika menggunakan application terkini yang tersedia pada smartphone yang canggih era kini. Paling mudah kita kesan ialah suara akan lebih jelas kedengaran daripada telefon yang menjadi source rakaman. Satu lagi rakaman bermula daripada salam pertama, pemberi salam biasa dirakam daripada telefon kepunyaan yang memberikan salam.

Soalanya kenapa rakaman ini terdedah?

Rakaman terdedah bukan lain hanya nak pecahkan UMNO. Jika UMNO pecah kekuatan UMNO menjadi lemah. Kelemahan UMNO juga sedikit sebanyak mempengaruhi kekuatan PN.

Oleh itu peluang PH melalaui PKR, DAP dan AMANAH makin cerah.

Apa yang kita boleh sebut ZAHID telah dibodohkan oleh UMNO.
Kalau Najib persoalkan UMNO 3.0 kenapa nak berikan PM kepada orang lain
Sepatutnya Najib kena jawab kenapa Presiden UMNO mengikut telunjur parti lain?
Nasir Ramlee (Mindarakyat)

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

5 comments:

Anonymous said...

Politik presiden umno membahayakan. Cenderong kpd self survival berbanding party survival. Bermakna lagi lama lead the parti, peluang utk kaut khazanah makin cerah. Sudahnya org melayu makin dipinggirkan oleh tangan yg rakus. Politik berkiblatkan peribadi perlu dijenazahkan oleh akar umbi. Org melayu mendambakan pimpinan yg membela bangsa.

Anonymous said...

Selama ini UMNO dan Zahid jadi kudd tonggangan Bersatu dan PAS boleh je...tak ada apa2 ...ada kau UMNO begitu bodoh....

Anonymous said...

Zahid jer. Umno tidak.

Anonymous said...

Ada talam dua muka. Dlm pau lain, luar pau lain. Bahaya tu. Eng guan pun kluster mahkamah. Dah secocok tu.

Anonymous said...

IGP lantikan Tun Mahathir telah mem buka kertas siasatan berkenaan audio tersebut...!? Siasatan itu bawah akta apa..!? wallahualam bisawab..!!

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil bagi merakam keterangan berhubung isu rakaman audio perbualan telefon yang tular.

Ketua Polis Negara lantikan Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan berkaitan perkara tersebut.

IGP lantikan Tun itu berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor di Tapak Padang Surau An-Nur, Bandar Puteri, Klang pada Sabtu.

Menurutnya, setakat ini lapan laporan polis telah diterima berhubung perkara berkenaan. IGP lantikan Tun Tan Sri Hamid Bador berkata “Proses tindakan siasatan akan diambil dan hasil analisa sedang ditunggu.

Sekiranya ada, hasil analisa tersebut akan diangkut kepada Jabatan Peguam Negara. Persoalan sekarang sekira benar kes ini untuk klasifikasikan atas kesalahan undang-undang dan dibawah seksyen apa..!??

Dari pada siasat audio rakamam itu elok siasat video blur yang berlaku semasa Tun Mahayhir berkuasa dan jadi PM Malaysia ketika itu. Elok disegerakan pencarian Jho Lo , Justo, Nik Faizal dan buka kertas siasat Zety dan keluarganya wang masuk account keluarga Zety di bank Singapura. Kesemua kes diatas sudah buat lapuran polis. Rakyat masih tertunggu hasil siasatan tersebut.

Buang semua pegawai lantikan Tun Mahathir Mohamad segera. Selamatkan Malaysia

Apakah kerja gila ini adakah dibawah arahan big bos kartel kerala..!! Wallahualam bisawap.. kikiki

#hapuskartelkeralanegaraselamat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails