Wednesday, May 26, 2021

110 kg produk perangsang seks, kondom dirampas

 

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) merampas kira-kira 110kg produk perangsang seks dan kondom yang cuba diseludup ke Singapura. - Foto Facebook ICA

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) merampas kira-kira 110 kilogram (kg) produk perangsang seks dan kondom yang cuba diseludup ke republik itu.

Agensi itu, dalam satu catatan di Facebook, berkata percubaan itu dipintas di Stesen Pengimbasan Pasir Panjang pada 15 Mei lalu.

Barangan yang dirampas termasuk produk perangsang seks, kondom, 17 botol wain Cina dan pakaian berjenama palsu, yang diisytiharkan sebagai 'Hiasan Rumah', 'Set Alat Tulis' dan 'Beg Plastik'.

Perbuatan itu terbongkar selepas pegawai ICA mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada gambar barangan berkenaan ketika melalui mesin pengimbas.

Kes berkenaan kini dirujuk kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Kastam Singapura untuk siasatan lanjut. - AGENSI

1 comment:

Anonymous said...

Scammer kat malaysia ni ramai yg dari cina. Bukan peduli mereka halal atau haram istilah bagi islam. Bagi non muslim, hasil yg dapat dari cara betul atau salah. Ini yg jadi rakan pengikut liberal. Yg penting ada fulusy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails