Friday, May 21, 2021

ADUN DAP biadab lagi, kritik PM isu Palestin.. Muak!

 

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Selangor daripada DAP yang mengkritik pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman yang dilakukan rejim zionis Israel ke atas Palestin disifatkan sebagai biadab dan tidak patriotik.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata kritikan Teng Chang Khim yang juga Exco Kerajaan Selangor itu tidak melambangkan keperibadiannya sebagai seorang Exco, ADUN dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan kedamaian sejagat.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Terengganu itu juga meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar menyiasat tindak-tanduk pemimpin DAP itu.

“Justeru, saya mendesak Teng Chang Khim memohon maaf kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia serta menarik balik kenyataan biadab beliau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sabtu lepas, Teng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor didakwa telah memuat naik komen di Facebook yang mengkritik Perutusan Khas Mengenai Palestin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Razali turut membidas Teng yang mendakwa kononnya pendirian Malaysia yang disampaikan Muhyiddin itu bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu Covid-19 dan menegaskan bahawa dakwaan Teng itu tidak berasas. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat Malaysia bertambah muak dengan telatah DAP yang tak sedar diri. Apa lagi penjilat-penjilatnya.

1 comment:

Anonymous said...

Maaflah. Kerana tidak sealiran dap yg memang mempunyai sikap keganasan. Mungkin mewarisi budaya komunis yg satu ketika dulu membunuh rakyat yg tidak berdosa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails