Sunday, May 30, 2021

Agamawan kalau tidak berjemaah, inilah jadinya

 

Memang-lah kamu akan pelik apabila kamu gagal memahami background-nya.

KELMARIN saya terbaca komen seorang Ustaz mengenai statement Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) dalam sebuah dialog berkaitan Palestin. 

Di mana dalam dialog itu TGHH memberikan saranan agar negara-negara Islam mengadakan hubungan diplomatik dengan negara bukan-Islam yang lain yang tidak menyokong Israel. Supaya dengan itu negara-negara tersebut akan berpihak kepada negara Islam yang menentang Israel.

Sekurang-kurangnya mereka tidak bergabung dan membantu negara haram Israel menyerang Palestin. Dengan itu wujud imbangan kuasa besar dunia yang sedikit sebanyak memberikan kebaikan kepada Palestin dan negara Islam yang lain.

Tiba-tiba Ustaz tersebut bangkitkan mempertikaikan cadangan dan pandangan itu. Kononnya bercanggah dengan prinsip Islam, yang mengharamkan bekerjasama dengan orang-orang kafir. Larangan menjadikan mereka teman sekutu serta menjadikan mereka sebagai pemimpin jelas ditegah dalam al-Quran. Lalu beliau berkata TGHH sudah U-Turn dari prinsip asas politik Islam.

Saya selalu menulis di sini bahawa Ustaz-lah macam mana pun kita, hendaklah berada dalam jamaah. Dalam jamaah itu ada ramai orang. Ada ahli fekah, ada yang mahir Hadis, ada yang tahu tafsir, ada yang pakar Bahasa Arab, ada ahli mengenai politik Islam dan bagai-bagai lagi. Bila ada satu-satu isu maka dimuzakarahkan. 

Dengan itu akan dapatlah dibuat rumusan setelah semua pakar-pakar yang terlibat tadi memberi pandangan. Melihat suatu dengan teropong berbeza dengan melihat suatu menggunakan kamera 3D yang boleh diputar 360 darjah. Dari sinilah dapat difahami mengapa ‘Ijmak Ulamak diiktiraf sebagai salah satu daripada sumber hukum Islam.

Tidak dinafikan di sana setiap perkara itu ada hukumnya. Tetapi hukum itu juga sangat berkait dengan disiplin-disiplin lain yang ada dalam Islam. Ada perkara yang Daruriyyat, ada perkara yang Haajiyaat dan ada perkara yang Tahsiniyyat. Ada pula hukum yang bersifat Mutaghayyirat dan ada yang Thawabit

Di sana juga ada Qaweed Fiqhiyyah yang memandu perjalanan umat khususnya apabila berdepan dengan perkara-perkara baru yang tidak pernah ada sebelumnya. Politik adalah sebahagian daripada wasilah dakwah. Kerana dengan adanya kuasa politik maka jalan dan laluan dakwah terbuka lebih lebar dan lancar. Politik berkuasa membuang segala halangan dakwah supaya dakwah dapat berkembang dengan pesat dan Islam dapat ditancap kukuh di tengah-tengah pentas dunia.

Perlu diingat bahawa Rasulullah-lah orang yang paling faham ayat yang melarang bekerjasama dengan orang-orang kafir, paling faham ayat yang melarang menjadikan orang kafir sebagai pimpinan. Tapi dalam masa yang sama Rasulullah telah mengambil kesempatan atas ‘sistem Himayah’ Jahiliyyah Arab untuk melindungi perjalanan awal dakwah Islam di Makkah. 

Baginda juga yang mengarahkan Sahabat berlindung di negara Kafir Habasyah walhal ketika itu an-Najasy adalah pemimpin kafir. Rasulullah-lah yang mengadakan Perjanjian Piagam Madinah dengan orang-orang Kafir Yahudi di Madinah ketika awal Hijrah. Abdullah bin Huzaifah antara insan yang hidup bersama Nabi S.A.W, yang sudah sangat tentu memahami ayat-ayat Allah yang melarang merendahkan diri kepada orang-orang kafir, tapi beliau-lah Sahabat Nabi yang telah mencium kepala Kaisar Rom ketika beliau ditawan oleh tentera Rom dalam perang Islam dan Rom pada tahun 19 Hijrah. 

Hingga apabila beliau dibebaskan dan sampai ke Madinah Umar Al-Khattab mencium kepala Huzaifah kerana memuji tindakan beliau. Oleh itu jangan terlalu cepat berkomen jika kita belum memahami latar belakang sesuatu perkara. Untuk mengetahui latar belakang itu perlu kepada penjelasan dari ahlinya. Kerana penduduk Makkah-lah yang paling tahu jalan dan lorong yang ada di perkampungan Makkah.

Sama-lah seperti ada komen-komen yang berkata. Dulu PAS bekerjasama dengan DAP boleh, tiba-tiba kami dari parti PH nak bekerjasama dengan DAP tak boleh. PAS ini hipokrit. Memang-lah kamu akan pelik apabila kamu gagal memahami background-nya. 

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 28/5/2021

6 comments:

Anonymous said...

This my statement to alls flamingos bangau oh bangau

Betapa lemahnya pemimpin Melayu kini diperkotak katikkan seklian lama oleh orang pendatang.

Hanya seorang bernama Jho Low pemimpin Melayu berantakan. Sebab apa percaya sangat pada kaum sekian lama..

22 bulan Tun Mahathir berkuasa sampai tertebuk muka sendiri. Kerajaan berpindah kuasa sampai ke sudah haramjadah Jho Low masih bebas... 22 bulan berkuasa apa yang dibuatnya pada Jho Low..!? Elek kosong nothing..!!

Ini lah pemimpin dlm lagu rakyat 'Bangau oh Bangau' tuan puan sekelian... Bangau2 ini masih tak serik jadi terkinja kinja adu domba batu api...

Jho Low dan kaum nya sedang tepuk tangan bersorak terbahak bahak tengok bangau langau tungau ciptaan mereka membatu api sambil mencemuh satu sama lain..

Pernah DAP MCA Gerakan mencemuh apa yang Jho Lo buat..!? Malah senyap senyap Jho Low di angkat jadi pejuang mereka.

Correct me If I am wrong...!?

Anonymous said...

Jo Low Life adalah barua @ proksi @ agen puak kafir harbi roket yang ditugaskan untuk menipu @ kencing dan memusnahkan pemimpin-pemimpin keris yang bodoh berlapis-lapis dan puak keris yang menjadi pak turut naif dengan menggunakan umpan berbisa 1M-D-B.

Akibatnya puak keris mengalami kekalahan yang sangat memalukan dalam sejarah PRU akibat fitnah besar 1M-D-B. Alhamdulillah parti Islam telah menyelamatkan parti keris dari status anjing tersepit kerana semangat perpaduan ummah. Malangnya anjing tersepit menggigit kaki parti Islam sebaik sahaja ia dilepaskan.

Dan kini pemimpin-pemimpin keris yang sudah mula merasa diri mereka semakin kuat sudah mula berlagak bodoh sombong walaupun status sebenar mereka adalah orang yang sedang lemas di sungai. Sembang lebat babi ternakan roket pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak.

Tanpa merasa malu dan segan, pemimpin keris cuba berlaku curang terhadap parti Islam dengan main kayu tiga dengan puak liberal mata satu (dajjal?) yang menjadi khadam puak kafir harbi roket.

Sepatutnya ahli-ahli keris membuang @ menolak semua pemimpin keris yang mengkhianati perpaduan ummah supaya pisang tidak berbuah dua kali kerana mereka bersikap seperti parasit memperjuangkan agenda peribadi bukan agenda Melayu atau agenda umat Islam.

Insaflah kerana 22 bulan sudah cukup untuk membuktikan perpecahan umat Islam oleh strategi persepsi @ fitnah ciptaan musuh Islam telah menyebabkan umat Islam menjadi sangat lemah dan puak kafir harbi dan khadam munafiqun liberal mereka boleh berkuasa untuk menghina Islam dan menindas umat Islam termasuk kaum Melayu Islam.

Cukuplah 22 bulan ! Jika masih belum sedar, sila meninggal !

Anonymous said...

Nabi Muhammad S.A.W. dan kerajaan Islam Madinan telah bersekutu dengan puak kafir untuk menentang tentera kafir harbi Mekah. Baginda juga pernah mengadakan perjanjian kerjasama dengan puak Yahudi Madinah.

Nampaknya segelintir ustaz seolah-olah jahil tentang sejarah Islam. Adakah nereka ponteng wajtu kuliah sejarah Islam ?

Anonymous said...

Nabi pernah buat perjanjiang kerjasama dengan Yahudi... ye betul..

Nabi juga pernah membatalkan perjanjian dengan Yahudi bila didapati Yahudi seperti gunting dalam lipatan.

Moral of stori nak baik pun berpada pada lah .... bukan sampai melutut depan kubo mintak sokongan

Anonymous said...

Pee H phanipu

Barua Pee H phanipu.

Pemimpin-pemimpin Pee H phanipu.

Janji-janji Pee H phanipu.

Rakyat tertipu. Tepuk ......

Anonymous said...

Puak kafir harbi roket dan khadam munafiqun liberal menghina, menentang, menfitnah dan memburuk-burukkan Hudud dan RUU355 dll apa cerita ?

Pee H pimpinan abang besar roket kencing rakyat dengan pelbagai janji hancing dalam menipufesto Pee H apa cerita ?

Kera jaan Pee H hina Islam dan menafikan hak umat Islam apa cerita ?

Kera jaan Pee H jual aset tabung umat Islam dan aset kerajaan dan tambah hutang dan merundumkan ekonomi apa cerita ?

Kera jaan Pee H roboh rumah dan kampung Melayu Islam apa cerita tetapi pendatang dapat geran tanah apa cerita ?

Siapa pegang kuasa 22 bulan ? RBA ternakan abang besar roket mahu sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak !!!

RBA mahu sembang lagikah ??? RBA muka tembok tidak tahu malu !!! Ada hati mahu sembang !

Cukuplah 22 bulan. Jika 22 tahun, rakyat akan hidup menderita di bawah rejim rasis Pee H pimpinan abang besar roket. Negara pun boleh muflis !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails