Wednesday, May 26, 2021

Atlet, berenang dengan 'buaya darat'. Itukah M'sia?

 

SUKAN

BEGINI ceritanya. Ong berasal dari Ipoh, Perak, bekas pemenang pingat emas pada tujuh temasya di Malaysia itu memulakan latihan ketika di sekolah menengah.

Apabila menyertai pertandingan di luar negara, Ong berkata dia ditemani beberapa jurulatih renang bagi pasukan kebangsaan. Dalam salah satu kejadian ketika keluar negara, dia mendakwa seorang jurulatih menyentuh payudaranya. Ong berkata dia masih ingat jurulatih tersebut masuk ke biliknya dan menyuruhnya melelapkan mata sebentar sebelum pertandingan. 

Lelaki berkenaan kemudian duduk di sebelah dan mengusap badannya. "Saya berbaring di atas katil, dia datang dan mengusap bahu saya. Kemudian, tangannya meliar ke sana sini ..." katanya.

Sebagai remaja, Ong berkata dia naif dan tidak pasti bagaimana untuk memberikan respons ketika itu. Dia kemudian diberitahu dari seseorang bahawa individu yang sama melakukan serangan seksual terhadap sekurang-kurangnya 10 atlet.

Jurulatih beronani depan atlet

Seorang lagi bekas perenang yang enggan namanya disiarkan memberitahu bahawa dia pernah melihat seorang jurulatih beronani di hadapan seorang perenang ketika perenang lelaki berkenaan berpura-pura tidur.

Kejadian itu, katanya, berlaku semasa pertandingan di Korea Selatan kira-kira dua dekad lalu.

"Pada masa itu, saya berjalan di tingkat bawah untuk mencarinya kerana saya ingin melihat rakaman video persembahan renang saya.
"Pintu tidak terkunci, jadi saya hanya ketuk dan masuk. Ketika itulah saya melihat dia terbaring di atas katil dan beronani menghadap perenang berkenaan.
"Saya fikir perenang itu sedang tidur. Tapi kemudian, saya dapat tahu daripada orang lain bahawa perenang itu takut dan pura-pura tertidur, ”tambahnya.

Selepas itu dia mendengar lebih banyak tuduhan terhadap jurulatih berkenaan, termasuk bagaimana dia menyentuh bahagian alat sulit perenang semasa latihan.

Cabul/rogol.
Pada 1990-an, bekas jurulatih pasukan kebangsaan C Ramanathan didakwa mencabul dua atlet junior. Dia dijatuhi hukuman empat tahun penjara setelah disabit kesalahan. Setelah melakukan rayuan, hukuman penjara dikurangkan dan dia dibebaskan pada tahun 2011. Empat tahun lalu, bekas jurulatih terjun kebangsaan Huang Qiang didakwa merogol seorang atlet terjun. 

Menurut China Press, seorang saksi memberi keterangan bahawa mangsa ragu-ragu sebelum melaporkan jenayah itu kerana takut pelaku itu akan menggunakan kedudukannya untuk menghancurkan kariernya. Setelah bertahun-tahun perbicaraan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Februari 2020 membebaskan dan melepaskan Huang dengan alasan bahawa keraguan munasabah berjaya dibuktikan terhadap tuduhan tersebut. 

Menurut laporan, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyatakan, antara lain, bahawa mangsa gagal  membuat laporan polis dan memeriksa kecederaannya dengan serta-merta. Pihak pembelaan berjaya membuktikan bahawa masa tidak mencukupi untuk pemerkosaan berlaku.

Pakaian atlet.

Pada tahun 2015, atlet Farah Ann Abdul Hadi dikritik kerana pakaian  ketika meraih pingat emas dalam Sukan SEA.

Pada masa itu, mufti Perak, Harussani Zakaria, mengatakan gimnastik bukan untuk wanita Islam manakala Ahli Parlimen Lumut, Mohamed Imran Abdul Hamid di parlimen mengatakan "pakaian seksi" atlet boleh mengundang zina.

Dua tahun lalu, exco Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah mendakwa aksio dalam gimnastik mendatangkan ghairah kepada kaum lelaki. Kerajaan negeri Terengganu kemudian memperkenalkan garis panduan bagi pakaian sukan patuh Syariah.

Itukah Malaysia sebagai negara umat Islam? (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Dengar khaborr nyer yeopp .. Abang Tejju akan cium tangan Tun Mahathir dalam sedikit masa lagi... Abang Tejju sedang memikirkan hala tuju perjuangan bersama Parti PejWang...

Mengkomer jangan terkinjorr kinjorr ssggt yeoppp ooii..!!

kikiki..

Anonymous said...

Bior bebenor yeopp. Jangan tangkap fitnah lagi. Kalau dgn geng fasik ph, khabornya kena tapis. Jangan telan bulat bulat. Deme tu kuat mohong macam mini zionist komunis.

Anonymous said...

Hebat pm kita. Merendah diri tapi tegas. Kita perlu pemimpin seperti ini. Bukan pemimpin yg banyak cakap, tapi banyak juga bohong nya. Rakyat pun dikencing utk simpan bohongnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails