‘Babi mati dalam ladang, depa lempar terus ke sungai’
TASEK GELUGOR: Status terkini pencemaran Sungai Kereh akibat pembuangan sisa najis dari ladang penternakan babi yang terletak di Kampung Selamat masih buntu untuk diselesaikan.
Walaupun isu ini menjadi perhatian Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) namun kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP masih terus membisu.
Baru-baru ini, tinjauan Harakahdaily di Kampung Air Melintas Kecil bagi mendapatkan kepastian berhubung sebarang tindakan susulan setelah analisis sampel air dikeluarkan mendapati, tiada tindakan segera, efektif dan proaktif diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Sungai Kereh masih sama, tercemar dengan najis babi walaupun Harakahdaily mendapati terdapat usaha untuk mengalirkan air sungai dan najis babi daripada terus bertakung di satu tempat.
Bagaimanapun, usaha itu tidak menyelesaikan sebahagian besar masalah yang dihadapi penduduk.
Menemubual salah seorang penduduk, Fatimah, 56, berkata semua penduduk di sini sudah lali dengan bau busuk najis babi terutamanya ketika musim kemarau dan pada waktu malam.
Katanya, ketika musim hujan, bau yang dihasilkan oleh najis babi tidak terlalu ketara memandangkan air sungai mengalir setiap masa dan membawa najis-najis tersebut mengalir bersama.
Namun ujarnya, walaupun air sungai mengalir, sesekali penduduk mendapati penternak mengambil kesempatan untuk membuang bangkai babi.
Bangkai babi yang dibuang walaupun pergi bersama arus sungai akan tersekat di rumput-rumput, disebabkan itu penduduk dapat mengesan bahawa terdapat usaha melepaskan bangkai babi bersama air sungai ketika hujan lebat.
“Kalau hujan lebat sangat, anak babi depa lempaq dalam sungai,” katanya.
Disangkakan, penduduk sekitar Kampung Selamat hanya berdepan dengan bau busuk najis babi, rupanya banyak lagi masalah lain yang kurang mendapat perhatian PBT.
Antaranya, sekiranga berlaku banjir, penduduk di kawasan yang lebih rendah terpaksa berdepan dengan banjir yang mempunyai najis babi.
Lebih malang, bukan sekadar banjir dan najis babi, bahkan bangkai babi juga turut hadir bersama air banjir yang tidak diundang.
Menurut Pengerusi Badan Bertindak Bantah Pencemaran Sungai Kereh, Abdul Razib Abdul Rahim, perkampungan di Lahar Yui, Lubuk Meriam, Seberang Tok Dom, dan Air Hitam antara kampung yang bakal menerima nasib banjir bersama najis dan bangkai babi.
“Yang berdepan dengan masalah banjir, orang yang (duduk) di hilir di kampung lain, sebab di sini, Kampung Selamat, Tok Bedu, kawasan tinggi.
“Yang rendah nanti di Lahar Yui, Lubuk Meriam, Seberang Tok Dom, Air Hitam, depa ini berdepan dengan isu banjir.
“Kalau banjir depa ini memang teruk, bila banjir najis babi akan keluar dari paras sungai dan masuk ke dalam perkampungan.
“Bukan setakat itu sahaja, dengan babi-babi masuk, kadang bila banjir, depa tauk (lempar) babi, depa ambil kesempatan babi yang mati dalam ladang, depa akan lempar terus ke dalam sungai.
“Jadi (arus) sungai ini akan bawa ke kampung-kampung. Yang kena itu nasib, kawasan-kawasan ini akan berdepan dengan isu banjir, tidak seperti penduduk di kawasan tinggi yang berdepan dengan bau busuk,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/5/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: ‘Babi mati dalam ladang, depa lempar terus ke sungai’. Kerajaan DAP Pulau Pinang buat apa, tak hormat orang Islam? Cis!!
Sila lihat..
No comments:
Post a Comment