Sunday, May 16, 2021

Bangkit secara proaktif dukung Palestin -Duta Khas PM M'sia

 

Penunjuk perasaan menyertai bantahan terhadap Israel di Hermannplatz, Berlin, hari ini. - Foto AFP

1. Bangkit  secara proaktif dukung Palestin  -Duta Khas PM M'sia.

Kerajaan Islam perlu dukung perjuangan Palestin

KUALA LUMPUR: Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap kerajaan Islam seluruh dunia, bangkit secara proaktif mendukung perjuangan Palestin, dalam mempertahan kedaulatannya dan menentang rejim Zionis Israel.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, masyarakat Muslim dunia sepatutnya bersama-sama mendukung kebangkitan rakyat Palestin yang sudah bersatu, bukan sahaja di seluruh bumi Palestin, malah di Israel.

"Orang Arab Palestin daripada Muslim dan Kristian sama-sama bangkit. Kita sangat gembira kerana rakyat Arab di sekeliling Palestin mendukung dengan semangat yang kuat.

"Zionis Israel telah tersilap langkah seperti mengusik sarang tebuan dengan menceroboh kawasan Sheikh Jarrah, menghalau penduduk Palestin dari rumah mereka untuk didiami pendatang Yahudi serta menceroboh Masjid Al-Aqsa," katanya.

Orang ramai mengibar bendera Palestin dalam demonstrasi menyokong perjuangan Palestin di pusat bandar Brussels, hari ini. - Foto AFP

Beliau berkata demikian dalam ucaptama bertajuk Pembebasan Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah pada Majlis Pelancaran Kempen #Aid4Palestine secara dalam talian malam ini yang turut disertai Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Dr Sheikh Ekrima Said Sabri.

Kempen itu, yang digerakkan Sekretariat #Aid4Palestine di bawah Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, hasil kerjasama lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM1 juta yang akan disalurkan terus ke Palestin.

Sumbangan secara pendanaan awam itu boleh disalurkan melalui NGO Muslim Care Malaysia (Maybank: 5644-9021-1159), Tabung Palestin-Amal Malaysia (Bank Islam: 13053010006474) dan Cakna Palestin (Maybank: 5530-3803-3881).

Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim Zionis Israel kali ini ke atas rakyat Palestin bermula dengan serangan di Masjid Al-Aqsa sejak 7 Mei lalu, diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu, sehingga kini, dilaporkan lebih 119 rakyat Palestin terkorban, manakala beratus-ratus lagi cedera.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dalam kenyataan, mewajibkan semua peringkat parti PAS menggerakkan usaha mengutip sumbangan untuk dana itu.

Sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin juga, beliau berkata parti itu turut mewajibkan setiap premis milik PAS untuk menaikkan bendera Palestin, selain menggalakkan premis lain berbuat demikian. – BERNAMA

Penceroboh Israel di atas bumbung rumah dalam kejiranan Sheikh Jarrah timur Baitulmaqdis, hari ini. - Foto AFP

2. Kami tidak akan membisu - Al Jazeera
Menara Jala dibom dalam serangan udara tentera Israel di bandar Gaza yang dikawal oleh pergerakan Hamas the Palestinian Hamas movement, on May 15, 2021. Tingkat 13 bangunan itu menempatkan biro stesen televisyen Al-Jazeera dan agensi berita Associated Press. - Foto AFP

DOHA: Al Jazeera tidak akan tunduk terhadap tekanan, selepas serangan udara dilancarkan Israel terhadap Gaza yang memusnahkan bangunan pejabat agensi berita berkenaan dan The Associated Press (AP).

Ketua Biro Al Jazeera Baitulmaqdis, Walid al-Omari, berkata dalang di sebalik perang yang semakin meruncing di Gaza ketika ini, bukan sekadar ingin menyebabkan kemusnahan dan kematian di wilayah bergolak itu, sebaliknya turut bertujuan menyekat operasi media.

"Mereka nak 'diamkan' media yang menjadi saksi, merekodkan dan melaporkan kebenaran di sebalik apa yang berlaku di Gaza. Tetapi ini tidak mungkin berlaku. Ini ialah antara siri jenayah yang didalangi tentera Israel di Semenanjung Gaza," katanya menerusi siaran langsung, selepas bangunan 13 tingkat, Menara Jala di Gaza dimusnahkan.

Rakaman disiarkan Al Jazeera itu menunjukkan bangunan berkenaan menyembah bumi, selepas bedilan udara yang dilancarkan Israel, sekali gus menyaksikan kepulan habuk dan sisa runtuhan memenuhi persekitaran.

Pemilik Menara Jala, Jawad Mehdi, mendedahkan pegawai perisikan Israel sebelum itu memberi amaran kepadanya untuk memastikan bangunan terbabit dikosongkan,ejam sebelum serangan udara dilancarkan.

Wartawan Al Jazeera di Gaza, Safwat al-Kahlout, yang meluahkan kekecewaan berhubung serangan udara terbabit menerusi Twitter berkata, bangunan berkenaan menyimpan pelbagai kenangan sepanjang beliau berkhidmat di wilayah bergolak itu.

Israel mendakwa jet tempur negara berkenaan membedil sebuah bangunan yang menjadi 'sarang' menyimpan aset ketenteraan, milik pasukan risikan pejuang Hamas.

"Bangunan itu juga menempatkan cawangan media awam yang digunakan oleh Hamas sebagai pelindung mereka," katanya.

Berdasarkan perangkaan pegawai kesihatan rasmi, serangan udara dilancarkan Israel terhadap Gaza, sejak 10 Mei lalu mengorbankan 139 orang, termasuk 39 kanak-kanak dan menyebabkan lebih 1,000 lagi tercedera.

Sementara itu, di Washington, AP terkejut dan takut dengan serangan Israel yang memusnahkan bangunan menempatkan agensi berita berkenaan.

"Ini perkembangan yang membimbangkan. Petugas kami hampir maut," kata Presiden AP dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gary Pruitt.

"Selepas ini, dunia hanya mengetahui sedikit perkembangan di Gaza berikutan serangan hari ini," katanya.

Rumah Putih pula mengingatkan Israel kepentingan melindungi keselamatan media yang bebas.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki menulis di Twitter, "Kami sudah berhubung terus dengan pihak Israel bahawa memastikan keselamatan wartawan dan media bebas tanggungjawab paling utama". - AFP

Kepulan asap muncul selepas Menara Jala runtuh akibat serangan udara Israel di bandar Gaza yang dikawal oleh pergerakan Hamas, hari ini. - Foto AFP

Asap hitam di atas bangunan yang dibedil Israel di bandar Gaza, hari ini, manakala kiri menunjukkan roket dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome Israel. - Foto AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails