Saturday, May 08, 2021

Biadap DAP? Penolakan saman pemula.. -Dr Kamarul Zaman 4.

 

4. Penolakan saman pemula gagalkan kedengkian kepada PAS

...mereka memohon pengisytiharan bahawa Dato’ Seri Abdul Hadi telah menghasut dan tidak layak memegang jawatan dalam pemerintahan Malaysia..

PADA 2 April 2020, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri berkuatkuasa serta merta.

Berikutan itu, pada 9 Disember 2020, dua penganut Kristian dari Sabah, Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian memfailkan saman pemula terhadap beliau di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam saman pemula ini, mereka memohon pengisytiharan bahawa Dato’ Seri Abdul Hadi telah menghasut dan tidak layak memegang jawatan dalam pemerintahan Malaysia, termasuk jawatan yang setara dengan jawatan menteri.

Peliknya, tindakan menghasut yang didakwa dilakukan oleh Dato’ Seri Abdul Hadi ini bukanlah satu tindakan baru tetapi adalah satu tindakan lama, iaitu kononnya melalui kenyataan yang diterbitkan dalam Harakah  pada 18 Januari 2016.

Sepatutnya bila ada laporan polis dibuat kepada mana-mana pihak, dalam kes ini kepada Dato’ Seri Abdul Hadi, semua pihak perlulah meletakkan kepercayaan kepada pihak polis dan pendakwa raya untuk menyiasat dan membuat keputusan.

Bila tidak ada pendakwaan dibuat ke atas Dato’ Seri Abdul Hadi maka nyatalah bahawa tidak ada apa-apa perbuatan menghasut yang dilakukan oleh beliau di dalam kenyataan yang diterbitkan dalam Harakah  pada 18 Januari 2016 tersebut.

Malang sungguh bila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pihak polis dan pendakwa raya serta membawa kes ini ke mahkamah untuk menggunakannya bagi menghalang Dato’ Seri Abdul Hadi dari memegang jawatan kerajaan.

Syukurlah bila Hakim Dato’ Akhtar Tahir membenarkan permohonan Dato’ Seri Abdul Hadi untuk membatalkannya dengan memutuskan bahawa saman itu tidak mempunyai ‘locus standi‘, remeh dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Dapatan lain mahkamah ialah Dato’ Seri Abdul Hadi tidak menghasut serta Mahkamah Sivil tidak boleh digunakan untuk menguatkuasa undang-undang jenayah dan tidak boleh mengambil alih kuasa Pendakwa Raya dan Perdana Menteri.

Lebih menarik lagi adalah kenyataan Hakim Dato’ Akhtar bahawa jika ada pihak yang hendak dipersalahkan kerana menghasut adalah pihak yang menyaman sendiri kerana membangkitkan semula perkara lama dan menjadikannya isu baharu.

Saman pemula ini jelas merupakan satu manifestasi kepada kebusukan hati pihak tertentu yang sedaya-upaya mahu memburukkan imej PAS dan Dato’ Seri Abdul Hadi, termasuk dengan menghalang beliau dari memegang jawatan kerajaan.

Begitulah teruk sekali dengkinya pihak ini kepada PAS dan Dato’ Seri Abdul Hadi padahalnya PAS dan Dato’ Seri Abdul Hadi sendiri tidak pernah walau sekalipun cuba menghalang mana-mana pemuka Kristian dari memegang jawatan kerajaan.

Tahniah kita ucapkan kepada peguam-peguam yang mewakili Dato’ Seri Abdul Hadi, iaitu Yusfarizal Yussoff dan Adam Luqman Amdan, di atas kejayaan mereka memulihkan imej PAS dan Dato’ Seri Abdul Hadi yang cuba hendak dicemari ini.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 8/5/2021

Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff adalah Pensyarah Kanan di Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM).

2 comments:

Anonymous said...

PRU 15 Enemy At The Gate : Jiran Tunggu Waktu untuk Terkam

Perbelanjaan untuk pembelian senjata negara jiran kita mencecah 9.7 billion Sing dolar atau 24% dari bajet nasional nya. Untuk sebuah negara kecil ia ada lah jumlah yang sangat besar.

Untuk ratio 5 juta penduduk ini boleh di kira sebagai perbelanjaan yang terlalu besar. masalah terbesar Singapura ada lah tanah. Singapura tidak pernah bermasalah dengan wang.

Maka tidak di anggap sebagai pembaziran atau pembelian sia sia. Mungkin juga atas sebab mereka juga memahami aspirasi Singapura untuk mencapai hasrat sulit masa depan nya.

Mengikut kajian Stockholm International Peace Research Institute (SPRI) Singapura menjadi negara ke 5 pengimport senjata terbesar di belakang China, India, Pakistan dan S. Korea. Ini setaraf negara Amerika, Israel dan Kuwait.

Pergaduhan etknik antara kaum di Indonesia sedikit masa dulu di mana etnik Cina di serang menjadi kan Singapura bertambah kaya di mana warga kaya orang cina dan billionair nya melari kan diri ke Singapura bersama wang mereka. Ini mengkaya kan Singapura dan memiskin kan Indonesa.

Jadi polisi "trouble thy neighbour" yang dilaungkan Tun Mahathir menguntung kan Singapura sebenarnya. Ada seorang calon parti pembangkang yang mahu bertanding di Gelang Patah mahu menyaman kerajaan atas sebab membongkar kan rahsia nya sebagai "Trojan Horse" pihak seberang.

Singapura masih mengamal kan ISA walau pun adik nya DAP bersama barua nya berjaya menghancur kan ISA di negara Melayu Islam Malaysia.

Melondeh kan talibarut kepada jiran ada lah satu perkara yang tidak di sukai oleh pihak pembangkang.

DAP melalui Tony Phua amat peka dengan "defense spending" oleh Kementerian Pertahanan kerana kekuatan tentera Malaysia ada lah satu beban terbesar dan ia menyusah kan rencana pihak Singapura di masa depan.

Ingat Menteri Pertahanan PH Mat Sabu melondehkan kekuatan pertahanan tentera di perlimen menguntungkan siapa sebenarnya.

Awas dah di peringatkan Melayu kena faham isu isu yang dibawa oleh pembangkang. Awas talibarut dan barua DAP ini. PAP adalah abang besar DAP dan PKR PAN dan PejWang pula menyanjung DAP di Malaysia.


#baruaDAPberertibaruaLewKwanYew

Vacuum Cleaner Repair New Mexico said...

Lovely blog you have herre

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails