2. Penafian ‘posting’ mempertikaikan Raja Muda Perlis
SAYA menjadi mangsa fitnah besar untuk membunuh karakter saya di mana sejak kira-kira jam 5:00 petang, 28 April 2021, telah diviralkan dalam pelbagai media sosial, khususnya Facebook dan WhatsApp, satu posting Facebook yang kononnya dibuat dan dipadamkan oleh saya yang bertajuk ‘Wayang opera Cina DAP sekali lagi?’ dan mengandungi ayat-ayat yang berbunyi:
‘Sebelum ini wayang tentang pembelian motosikal yang tak wujud sekarang wayang kononya berbasikal dengan Raja Muda Perlis.’
‘Lelaki di dalam gambar bertopeng sepanjang masa dan tiada bukti itu merupakan Raja Muda Perlis.’
‘Satu kebiadaban DAP terhadap institusi Raja-raja Melayu.’
Bila disemak, saya dapati bahawa penyebaran posting Facebook palsu ini dibuat antara lainnya melalui posting oleh individu-individu berikut bermula pada kira-kira jam 4:00 petang, 28 April 2021:
1. Posting Che Ibrahim Mohamed yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/100001076378230/posts/4313044808741356/
2. Posting Saila Hadialuz Nazar yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1024801084590541&id=100011819768949
3. Posting Miqdad Zakaria yang boleh diakses di pautan ini:
4. Posting Abu Muhammad Ibnu Ismail yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/1061861934/posts/10220502598529271/
5. Posting Zainal Nor yang boleh diakses di pautan ini:
6. Posting Lensalog Aidi yang boleh diakses di pautan ini:
7. Posting Taufik Ali yang boleh diakses di pautan ini:
8. Posting Hussin Al Mala’al A’lam yang boleh diakses di pautan ini:
9. Posting Muhammad Al Hanif Hassan yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/100000634296229/posts/4352818401415927/
10. Posting Mohd Safuan MohdSafuan yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.phpstory_fbid=3997535496952344&id=100000877993870
11. Posting Abdul Manaf Shafie yang boleh diakses di pautan ini:
12. Posting Muhammad Radzi Ismail yang boleh diakses di pautan ini:
Pada waktu penyebaran posting Facebook palsu ini dibuat, akaun Facebook saya telah dihukum denda tidak dibenarkan membuat sebarang posting atau komen selama 24 jam kononnya kerana ada aduan bahawa posting saya sebelum ini yang melanggar Community Standards Facebook.
Bila akaun Facebook saya dibebaskan dari hukuman ini, iaitu pada kira-kira jam 6:30 petang, 28 April 2021, saya telah memuat naik satu posting bagi menafikan bahawa saya pernah membuat sebarang posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis, menyenaraikan 12 individu yang didapati membuat penyebaran posting Facebookpalsu ini dan menyebut saya akan menyaman mereka.
Begitupun, pada kira-kira jam 9:00 malam, 28 April 2021, sekali lagi akaun Facebook saya telah dihukum denda tidak dibenarkan membuat sebarang posting atau komen selama 3 hari kononnya kerana ada aduan bahawa posting saya yang menafikan bahawa saya pernah membuat sebarang posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis ini melanggar Community Standards Facebook.
Pada jam 1:00 pagi, 29 April 2021, saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Zulhazmi Shariff, yang saya ketahui merupakan Naib Pengerusi DAP Kedah yang juga seorang peguam, telah memuatnaik satu posting bagi memberi panduan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan polis ke atas saya atas dakwaan membuat posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis ini di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 [Akta 589]. PostingZulhazmi Shariff ini boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/100007941282524/posts/2941369372804410/
Pada jam 2:00 petang, 29 April 2021, saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Azhar Ismail, yang saya ketahui merupakan Ketua PAN Bahagian Ledang, Johor, telah memuatnaik satu posting bagi memaklumkan beliau telah membuat laporan polis ke atas saya berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi Shariff ini di samping mengongsi panduan tersebut. Posting Azhar Ismail ini boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1891293944371547&id=100004728797049
Pada jam 2:00 petang, 29 April 2021, juga saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Amar Abd Jalil, yang saya ketahui merupakan Ketua AMK Cabang Padang Besar, Perlis, telah memuatnaik dua posting bagi memaklumkan beliau akan dan telah membuat laporan polis ke atas saya juga berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi Shariff ini.
Posting Amar Abd Jalil ini boleh diakses di pautan ini:
https://www.facebook.com/110506737008243/posts/579501970108715/ dan https://www.facebook.com/watch/?v=1601419840048864
Ekoran fitnah besar ke atas saya ini, saya, keluarga saya dan institusi tempat saya bekerja, iaitu Universiti Utara Malaysia, telah bertubi-tubi dikecam, dihina dan dimaki oleh pelbagai pihak sehingga menimbulkan gangguan keselamatan kepada kami.
Saya berpendapat bahawa kesemua mereka yang telah membuat dan menyebarkan posting Facebook palsu saya yang bertajuk ‘Wayang opera Cina DAP sekali lagi?’ serta mereka yang telah menggesa, membantu dan membuat laporan polis ke atas saya berdasarkan posting Facebook palsu saya ini telah melakukan jenayah yang serius. Oleh itu, saya akan membuat laporan polis secepat mungkin mengenai perkara ini.
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Pensyarah Kanan
Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS),
Universiti Utara Malaysia (UUM)
HARAKAHDAILY 29/4/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah dan jazakallahu khairan kathira, DR Kamarul.
(Sambungan dari Biadap DAP? "Saya menjadi mangsa fitnah besar.." I)
Lihat sebelum ini.. Ibnu Hasyim
3 comments:
Pakatan Hancing (puak kafir harbi + khadam liberal @ munafiqun) dan persepsi dan fitnah berpisah tiada. Kepakaran (1) menfitnah pihak lawan dan kencing rakyat dengan menggunakan pelbagai janji palsu dalam memipufesto PRU. Sikap anti-Islam dan anti-Melayu dari dulu, kini dam selamanya. Hanya orang bodoh percaya pada Pakatan Hancing.
Ke mana saja kita pergi, hormati budaya tempatan. Org melayu ke mana pergi, tidak menimbulkan masalah. Tapi org cina, ke mana pergi tetap timbulkan masalah.
20 tahun lagi ke mana arah tuju Singapura dan kemana hendak pergi dengan wang yang banyak tetapi tanah yang sedikit
Tentu sekali Singapura memandang ke negara jiran yang terhampir yang memilki tanah. Betul tak?
Kemudian lihat lebih jauh dinegara yang mempunyai masalah yang serupa ia itu negara Israel.
Sambil di kelilingi oleh negara Islam ia terlalu ego dan angkuh untuk menerima hakikat diri itu kecil. Maka sah kita sudah dapat kawan yang boleh berkongsi isu dan problem yang sama.
Jika Israel boleh menawan semua jiran nya bukan sahaja melalui ketenteraan , malah juga melalui perang saraf dan pemasangan proksi maka Singapura nampak nya tidak ada opsyen lain melainkan meniru jejak langkah serupa.
Apakah yang dilakukan Singapura sebaik sahaja ia di sepak keluar dari Malaysia?
He turned to the Jewish state, through the Israeli ambassador in Thailand, for help. Israel sent a military mission led by Maj. Gen. Rehavam Ze'evi, then deputy head of the military's operations branch. (Ze'evi was assassinated in Jerusalem by Palestinian gunmen in October 2001.) Lee insisted on secrecy because he didn't want to antagonize his Muslim neighbors, Malaysia and Indonesia.
Itu lah yang di lakukan oleh pemerintah Singapura sekarang dari parti PAP , abang kepada DAP berbaruakan melayu PKR/PAN
Singapura adalah pusat penyebaran media pelapor fitnah jijik negara Malaysia melalui NST MediaCorp alat penyambung fitnah media dunia Yahudi seperti WSJ, CNN, CNBC Ruters dan South China Post dll.
Jika kita berfikiran waras sambil melihat peta Singapura kita akan tahu 20 tahun lagi srvival Singapura ada lah dengan pergantungan kepada jiran nya iaitu Malaysia.
Bertindak seperti negara Israel dan Singapura pula belajar dari nya , kita kena lah juga tahu bahawa rencana sulit masa depan Singapura mesti membabitkan Malaysia.
Kuasai negara kita di Malaysia melalui proksi , jika tidak Singapura tidak boleh survive. 22 tahun 22 bulan melalui kroni dan proksi mereka menguasai ekonomi Malaysia kerana berlebihan lebihan memberi muka pada kaum ini.
Sambil akan menguna kan cara saraf dan pemasangan kaki dan talibarut untuk menyusah kan Malaysia melalui PKR/PAN yang dicucuk hidung mereka, Singapura membina satu sistem keselamatan untuk diri nya.
Kini ketahui lah bahawa sememang nya parti politik DAP di Malaysia diguna kan untuk mencapai hasrat Singapura.
Berhentilah berbuat baik dan beri muka berlebihan lebihan selama 22 tahun 22 bulan dengan pasang kroni mata sepet di Malaysia kerana kebanyakkan mereka bertuankan Singapura@PAP
Memakmurkan Malaysia UMNO/PAS/Bersatu dibawah pimpinan Islam-Melayu ada lah kesengsaraan untuk mereka di Singapura. Sebaliknya Kesusahan Malaysia pula adalah kesejahteraan bagi mereka di Singapura.
Bagi yang tiada mata hati untuk membaca dan pengetahuan tentang rencana jiran kita ini melain kan hanya tahu dan mahu menghukum orang, maka PKR/PAN yang bertuankan DAP@PAP elok sangat lah usah cuba memegang tampuk pemerintahan.
Melalui politik matang saja Malaysia boleh menghalang cita cita Singapura dan proksinya di negara kita. Buang semua ahli politik picisan adu domba fitnah jijik acah-acah power asyik u turn beratus kali.
Elok lah saja dibuang semua pemimpin yang sudah berkarat ini jauh jauh. Hapuskan talibarut Melayu dan barua barua DAP@PAP bererti kesengsaraan buat Singapura.
#jahanamsingapura
Post a Comment