Monday, May 03, 2021

Biadap DAP? "Saya menjadi mangsa fitnah besar.." -Dr Kamarul Zaman 3..

 

3. Saman fitnah kepada LGE, Steven Sim dan Liyana Marzuki

SAYA amat menyesali tindakan liar dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang menggunakan teknik buli siber dengan mengarahkan tentera-tentera siber untuk menyerang diri saya dan tempat saya bekerja dalam media sosial untuk cuba membunuh karakter saya serta menjatuhkan imej dan kedudukan saya di mata masyarakat.

Negara kita adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan sekiranya pihak-pihak tertentu ini menghormati prinsip kedaulatan undang-undang maka mereka sepatutnya menggunakan undang-undang negara bagi membuktikan kesalahan saya dan bagi menghukum saya jika saya melakukan apa-apa kesalahan seperti yang didakwa.

Atas prinsip yang sama, bagi membersihkan diri saya dari pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas diri saya dan tempat saya bekerja sehubungan dengan isu pemberian bantuan motosikal oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, saya telah memulakan tindakan undang-undang ke atas tiga pihak yang memfitnah saya.

Saman fitnah kepada Lim Guan Eng 

Pihak yang pertama adalah Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, yang telah, pada 21 April 2021, mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap diri saya yang disiarkan antara lainnya di dalam tiga media berikut:


Kenyataan-kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng adalah kenyataan-kenyataan beliau yang mendakwa saya:

(a) memalukan kedudukan akademik saya dengan menulis di Harakah mempersoalkan motif Steven Sim membantu seorang Melayu Islam di kawasan Steven Sim sendiri;
(b) dengan jahat melabelkan Steven Sim sebagai Mubaligh Kristian Cina walaupun Steven Sim tidak pernah menyampaikan khutbah di mana-mana gereja.
(c) membandingkan dengan secara tidak wajar pemberian sebuah motosikal oleh Steven Sim dengan pemberian sebuah motosikal oleh seorang Timbalan Menteri Melayu.
(d) membenci dan mencerca orang bukan-Melayu atau bukan-Islam membantu orang Melayu atau orang Islam dengan melabelkan mereka sebagai Mubaligh Kristian Cina.

Saman fitnah kepada Steven Sim

Pihak yang kedua adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, yang telah, pada 21 April 2021, mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap diri saya yang disiarkan antara lainnya di dalam media berikut:


Kenyataan-kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Steven Sim adalah kenyataan-kenyataan beliau yang mendakwa saya

(a) mengeluarkan cerita Steven Sim memberi bantuan motosikal untuk menyebarkan agama.
(b) menyatakan kedai (menjual motosikal) tidak boleh dikesan.
(c) menyebarkan fitnah bahawa penerima bantuan motosikal tidak boleh ditemui sedangkan saya atau orang parti saya sudah menemui dan berjumpa dengannya.
(d) mungkin tidak membayar RM2,000 kepada pemberi maklumat mengenai penerima bantuan motosikal.
(e) menawarkan RM2,000 ke atas kepala penerima bantuan motosikal bukan bertujuan untuk mencari kebenaran, tetapi hanya bertujuan untuk mencari peluang untuk menyerang beliau. 
(f) melakukan satu perbuatan yang melampau dengan meletakkan harga ke atas kepala penerima bantuan motosikal.
(g) mengganggu penerima bantuan motosikal dan keluarganya.
(h) tahu bahawa penerima bantuan motosikal boleh dijumpai dan saya atau wakil saya telah datang berjumpa dengan penerima bantuan motosikal dan memberinya wang.
(i) bertanya soalan-soalan yang tidak patut mengenai penerima bantuan motosikal, termasuk adakah baju yang dipakai olehnya adalah baju yang betul.
(j) menyatakan motosikal yang diberi kepada penerima bantuan motosikal tidak wujud.

Saman fitnah kepada Liyana Marzuki

Pihak yang ketiga adalah mantan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Noor Liyana Binti Ahmad Marzuki, yang telah, pada 28 April 2021, mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap diri saya yang disiarkan antara lainnya di dalam media berikut:


Kenyataan-kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Liyana Marzuki di dalam Posting Facebook 1 adalah kenyataan-kenyataan beliau yang mendakwa saya:

(a) mengeluarkan penulisan yang tidak mempunyai nilai ilmiah.
(b) memalukan seluruh profesion ahli akademik.
(c) perlu meninggalkan dunia akademik dan masuk politik.
(d) memuatnaik satu posting Facebook yang bertajuk ‘Wayang Opera Cina DAP sekali lagi?’ dan kemudiannya memadamkan posting Facebook ini setelah mendapati posting Facebook ini adalah tidak benar.

Kenyataan-kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Liyana Marzuki di dalam Posting Facebook 2 adalah kenyataan-kenyataan beliau yang mendakwa saya:

(a) mempersoalkan tindakan Steven Sim menghadiahkan sebuah motosikal kepada seorang food panda rider dengan menyatakan ia adalah agenda Kristian terhadap budak Melayu
(b) menawarkan RM2,000 kepada sesiapa yang mendedahkan identiti food panda rider untuk menunjukkan food panda rider itu sebenarnya tidak wujud.
(c) menyebabkan food panda rider ini kena harrass sebab menerima hadiah sebuah motor daripada Steven Sim.
(d) tidak berbuat apa-apa untuk menolong food panda rider itu selain daripada menyusahkan hidupnya.
(e) nama saja Islam tetapi tidak berkelakuan seperti seorang Islam.

Ekoran kenyataan-kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh mereka, saya telah di antara lainnya dihadapkan dengan hinaan dan cemuhan secara terbuka dan berterusan oleh masyarakat secara amnya yang menyebabkan saya mengalami kesusahan dan kegelisahan mendalam dan mendapat malu besar, menyebabkan tindakan undang-undang ini diambil.

Saya menyedari bahawa terdapat pihak-pihak lain yang turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang serupa atau hampir serupa kepada diri saya mengenai isu ini, di mana sesetengah daripada mereka ini telah saya laporkan kepada pihak polis pada 30 April lalu, dan saya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sama kepada mereka selepas ini.

DR. KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Pensyarah Kanan, Universiti Utara Malaysia
2 Mei 2021 – HARAKAHDAILY 2/5/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rupanya, tak kuat mana DAP. Baru hanya seorang 'Dr Kamarul' dah kelupor dan gegar habis, jentera partinya yang dikerahkan. 

Ini antara tanda-tanda DAP akan tumbang dalam PRU15 akan datang, seperti rapuhnya komponen PH atau 'kempunan' akan memerintah lagi setelah kerajaan mereka 22 bulan ghuyup. Ya, marilah kita sama-sama doakan 'keghuyuban'nya sekali lagi. 

"Ya Allah, ya Tuhanku, berilah kemenangan kepada pembela-pembela Islam kami, dan kalahkan pengkhianat-pengkhianat Islam di seluruh mukabumi ini." 

Insya Allah!

13 comments:

Anonymous said...

Dulu ph menang pun sebab kuatnya fitnah. Mereka serang dgn isu 90 juta. Sekarang pun setiap isu fitnah nama pas mesti ada sama. Pas parti kerdil tapi mendapat tempat di hati org Islam. Semoga rakyat tidak tertipu lagi dgn isu fitnah.

Anonymous said...

Hanya ada sebuah parti yg bersih di msia. Tidak rasuah utk jawatan. Tidak ambil lompat parti. Pertahankan agama dan peribumi. Pertahankan insitusi kesultanan.

Anonymous said...

mamat dr kamarul zaman ketegaq pas nih gila babi meroyan nih dah kalah saman fitnah 2 kali oleh Dr Mujahid Yusof Rawa. mamt tu siap kena bayar kos mahkamah lagi

dan ramai lagi malaonta hamPAS yg kalah saman sebab memfitnah orang

tobat la wei or........... go to hell more better 4 u

Anonymous said...

Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff mengesahkan bahawa beliau telah memenangi saman yang dibuatnya ke atas Pegawai Khas Pengerusi DAP Sarawak iaitu Abdul Aziz Isa Marindo.

Anonymous said...

Keputusan tersebut dibuat ekoran tindakan pegawai DAP itu terhadap 22 perkara memfitnah dan memburukkan reputasi yang antara terbanyaknya menuduh Dr Kamarul mempunyai sikap melampau terhadap ajaran agama lain.

Ketika dihubungi, Dr Kamarul berkata, kes ini menjadi mercu tanda sejauh mana DAP sanggup membela ahli Melayunya yang berdepan masalah setelah tenaga mereka dipergunakan, dan dalam kes ini DAP tidak membantu mungkin kerana tahu tetap akan kalah jika melawan.

Anonymous said...

Tun Tak suka di soal dia suka buat tuduhan saja. Lepas ni Tun akan marah dan mengamuk lagi. Tun tak suka pergi ke mahkamah dolu di heret jadi saksi pun dia nyorok belakan lawyer dia.

Dia suka tuduh fitnah dan hasut.. sekarang Tun kau bertemu buku dengan ruas.

Nak tengok Marina, Cucu temani Tun turun naik mahkamah... tak sabar nak tengok kan...

Jawapan klise 'Bukan Salah Saya' relevan atau tidak relevan lagi..

Makin semput le orang tua ni..

haahhh pop corn kasi tambah lagi.!!

#haaahhtepokkkkk




ps : Melayu kena ingat tangani isu ini dng berhemat, batu api adu domba pecah belah orang Melayu sedang giat dijalankan oleh DAP dan barua nya

Anonymous said...

Dia kata org sebar kristian,pastu dia saman pulak org kata dia kata org sebar kristian,apa punya mangkuk prof mcm ni,hahaaha

Anonymous said...

Puak kafir harbi dan khadam liberal mereka menggunakan pelbagai fitnah @ persepsi dan pelbagai janji palsu dalam menipufesto Pakatan Hancing untuk menfitnah pihak lawan dan menipu rakyat supaya rakyat yang naif menyokong dan mengundi mereka dalam PRU.

Cukuplah 22 bulan mereka kencing rakyat hingga hancinh dan menghina dan menafikan hak Islam dan umat Islam. Mereka 'menyamun' aset tabung umat Islam tanpa merasa malu atau segan.

Jika mereka berkuasa 22 tahun, mereka mungkin akan melaksanakan Msian Msia, ICERD dan Rome Statute dll untuk menghapuskan hak agama Islam, hak umat Islam dan hak kaum Melayu yang menjadi penduduk asal negara ini.

Negara beraja mungkin akan dihapuskan dan digantikan dengan negara republik seperti Sgpura di mana kaum Melayu mungkin akan dilayan sebagai rakyat kelas 3 seperti kaum Melayu di Sgapura.

Jika Pakatan Hancing memenangi PRU yang akan datang, kita boleh bayangkan apa yang akan dilakukan oleh puak evangelis yang memperjuangkan slogan seperti 'Johor for Jesus' dan 'Msia for Jesus' dll ke atas negara kita. Mungkin program kristianisasi akan dilaksanakan secara terbuka tanpa sebarang halangan.

Anonymous said...

Mengapa barua-barua roket suka menulis komen fitnah bodoh berlapis-lapis ? Mabuk todi atau mabuk dain ketum ?

Jika barua-barua roket tidak menulis sebarang komen, orang mungkin tidak akan tahu barua-barua roket sangat bodoh.

Anonymous said...

Keadaan sprti itu akan berlaku JIKA semakin ramai adanya MELAYU BANGSAT spt KAMU wahai non 12.14 n 12.26 PM oi!

Anonymous said...

Wah barua rasis BANGSAT 12.35 ternakan parti kafir harbi roket meroyan histeria gila babi memaki hamun kaum Melayu kerana kaum Melayu tidak mahu diperbodohkan oleh puak rasis ultra kiasu roket.

Maka terbuktilah puak roket adalah puak rasis yang hanya layak hidup di dalam gua di zaman ais.

Anonymous said...

Tahniah tuan ibnu. Dedahkan apa yg patut.

Anonymous said...

Yg suka keji fitnah maki hamun dari suku ph. Yg lain ok jer.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails