Saturday, May 29, 2021

Bila pendakwah pukul isteri dan curang

 

MAJORITI asatizah-asatizah yang saya kenal, alhamdulilah mereka ini sama ada di media sosial atau di dalam kehidupan sebenar, mereka amalkan agama. Yakni mereka mengamalkan apa yang mereka ajar kepada masyarakat. Ya, majoriti bagus dan baik!

Namun ada segelintir memang boleh dikategorikan menunggang agama. Luar lain, di rumah lain. Di depan kamera lain, habis shooting perangai lain sehinggakan pernah ada krew produksi pernah berkata dengan saya;

Krew: “Eh bro, Ustaz *** ini dahsyat ya?”

Saya: “Maksud kamu dahsyat?”

Krew: “Masa shooting depan kamera, ya Allah pijak semut tak mati. Suruh orang jaga adab dan akhlak. Habis shooting, perkataan yang keluar dari mulut dia, tak boleh imagine someone like him cakap begitu.”

Minggu lepas saya dihubungi oleh seorang wanita yang juga isteri kepada seorang Ustaz ini. Kebiasaannya dalam kes aduan begini, saya tidak akan percaya bulat-bulat dan akan bertanya soalan untuk mendapatkan kepastian. Soalan yang saya tanya pula bukan soalan biasa tetapi soalan yang agresif untuk mendapatkan kepastian.

Saya akan meminta kronologi kejadian, bukti kejadian malahan laporan polis serta laporan perubatan dari hospital andai kes dipukul. Semua yang saya minta telah diberikan oleh wanita ini. Laporan polis, laporan dari hospital kesan dari dipukul si suami yang bergelar Ustaz. Bila disebut nama Ustaz itu saya tak berapa kenal tetapi macam pernah dengar namanya.

Bila saya check, ok. Tahu siapa tetapi tak kenal sangat. Pernah masuk TV dan saya tonton beberapa ceramahnya di Facebook dan YouTube. Dalam video, wow, ceramahnya lembut, tutur katanya baik, pesanannya bagus, satu keperibadian yang sungguh jauh berbeza dari laporan polis serta bukti video-video yang dikongsikan dengan saya.

Bukan sahaja isterinya dipukul dan dimaki hamun, Ustaz ini juga menghantar mesej kepada berpuluh wanita bukan mahram untuk berkenalan malahan sanggup mengaku dirinya duda! Ustaz ini juga menghantar video lucah dirinya kepada wanita bukan mahram! Astaghfirullah...

Apabila saya menyiasat mengenai Ustaz ini, rupa-rupanya ini bukan kali pertama beliau memukul isteri. Dia memang mempunyai sejarah yang hampir sama. Bila saya tanya kepada wanita ini, apakah Ustaz ini pernah buat perkara tak senonoh kepadanya sebelum mereka bernikah dan dia menjawab ada.

Kemudian saya tanya lagi, adakah dia menceritakan kepada sesiapa untuk mendapatkan bantuan apabila Ustaz tersebut memukulnya dan buat benda tak senonoh dengan wanita bukan mahram setelah bernikah dengannya? Beliau menjawab;

“Saya cuba cerita dengan ustaz-ustaz lain tetapi mereka tak percaya kerana perwatakannya di luar rumah dan di rumah jauh berbeza. Mereka langsung tak nak tengok bukti yang saya ada sebelum decide. Lagipun dia ustaz dan saya orang biasa.”

Kami di Multiracial Reverted Muslims – MRM telah mendapatkan khidmat guaman bagi membantu wanita ini untuk keluar dari permasalahan yang dihadapinya. Ustaz ini memfailkan cerai di negeri mereka bermastautin kerana dikatakan beliau agak popular di negeri tersebut dan mahu memfailkan di negeri lain.

Saya perasan, lelaki yang dayus ini agak mengugut pasangan mereka dan malahan akan menyulitkan penceraian yang menyebabkan wanita tersebut digantung tidak bertali. Andai sudah tidak cinta lagi dan hanya memukul serta memaki hamun, kenapa masih tidak mahu melepaskan mereka? Tidak lain kerana ego yang tak berpenghujung.

Saya menulis ini bukan untuk memburukkan asatizah atau agamawan tetapi ingin memberitahu kepada wanita di luar dan masyarakat di luar bahawa bukan semua agamawan begitu. Majoriti mereka bagus tetapi seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.

Majoriti agamawan tidak menunggang agama untuk kepentingan dan kerakusan diri. Segelintir yang berperwatakan agama, berlatarbelakangkan agama serta berhujahkan agama sanggup menipu masyarakat demi kepentingan diri mereka dan juga menutup nafsu serakah mereka yang tidak mematuhi syariah Islam.

Memang ada segelintir agamawan atau yang berperwatakan agama dan agamawan akan bersikap double standardapabila rakan mereka yang terkena, mereka akan mendiamkan diri atau menyembunyikan perbuatan rakan mereka. Bila kena pada orang lain yang bukan kenalan mereka, barangkali mereka orang pertama melompat dan mengkritik.

Sebab itu sering saya ingatkan diri saya dan masyarakat, berperwatakan agama tidak membuktikan perbuatan atau percakapan mereka pasti benar. Benar atau salah perbuatan atau percakapan seseorang adalah berdasarkan dalil dan hujahnya. 

Sahabat semua, jangan kerana ada segelintir agamawan atau mereka yang berperwatakan begini menyebabkan menolak semua atau majoriti agamawan. Saya tegaskan, majoriti agamawan adalah bagus dan baik. Ini bukan membuka ruang untuk Liberal menyerang kita tetapi membuktikan betapa telusnya kita Muslim dalam amar makruf nahi mungkar.

Kita tidak seperti Liberal yang apabila terkena pada geng mereka dalam kes salah laku seks, rogol dan kezaliman yang lain, mereka diamkan tetapi bila kena pada Muslim atau agamawan, mereka pom pang kecoh bagi nak kiamat. Kita sebagai Muslim, prinsip keadilan ditegakkan. 

Amar makruf dan nahi mungkar walaupun pada diri sendiri dan kenalan kita. Tidak double standard. Kita perlu berpegang kepada prinsip dan standard Islam yang tinggi dalam kehidupan. Hak wanita terjaga dan kami di MRM dengan kerjasama yang telah terjalin dengan NGO-NGO lain agar berusaha sebaik mungkin untuk membantu mereka yang teraniaya. Esok saya akan update pula kisah seorang wanita yang juga dipukul pasangannya.

Jikalau anda memerlukan bantuan dan berada di dalam rumahtangga bermasalah seperti ini, sila hubungi Bro Azim https://wasap.my/601110500414 untuk kami membantu secara percuma! 

*Identiti akan dirahsikan melainkan anda memberi izin untuk kami kongsikan identiti anda.

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 28/5/2021

3 comments:

Anonymous said...

Daripada Abu Zar RA, dia berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya:

Ketika aku bersama Nabi SAW pada satu hari ke rumahnya, aku mendengar Baginda berkata: "Bukan Dajjal yang lebih aku khuatirkan terhadap umatku daripada Dajjal." Sebelum baginda hendak masuk, aku bertanya: 'Apakah yang lebih engkau khuatirkan atas umatmu daripada Dajjal itu? Baginda menjawab: 'Para pemimpin yang menyesatkan orang lain.'"
(Hadis Riwayat Ahmad)

SEGELINTIR pencermah ular-ma, ostaz dan ostazah, 'pakar' motivasi, pemimpin politik, pemimpin NGO, influencer dll adalah penunggang agama kerana mereka sanggup menjual agama untuk mendapat sedikit keuntungan dunia tetapi Allah tidak akan memberi sebarang keuntungan kepada mereka di dunia dan di akhirat.

Maka kita tidak terkejut melihat puak berhati serigala ini mempromosi produk-produk syarikat
pendakawah kristian korea dll dan menjadi barua ternakan puak kafir harbi roket dan puak liberal mengkhianati Islam dan umat Islam. Wah mereka menyokong gerakan kristianisasi !

Mereka berani menyalah-gunakan wang zakat dan wang sedekah @ wang derma dan wang kerajaan dll untuk memenuhi kehendak nafsu serakah mereka sendiri. Maka tidak hairanlah sebilangan orang miskin terpaksa memohon bantuan dari gereja dll.

Mereka sanggup menggunakan agama untuk menipu orang ramai dengan membuat pelbagai pakej palsu seperti pakej umrah dan pelaburan palsu dll.

Bahkan mereka berani menubuhkan 'tahfiz' palsu dll dan memperalatkan anak-anak yatim ,kanak-kanak dan remaja dll untuk mengutip wang derma dari orang ramai supaya penunggang agama boleh hidup mewah dan menbiayai kehidupan maksiat mereka.

Sebilangan penunggang agama sanggup menggunakan agama dengan menyamar sebagai peminta sedekah untuk mengutip wang sedekah dari orang ramai walaupun kehidupan sebenar mereka tidak miskin.

Mereka sanggup diperalatkan oleh puak kafir harbi dan puak liberal sesat lagi menyesatkan untuk menyokong kemungkaran dan kesesatan. Bahkan mereka menjadi pembela kepada pemerintah-pemerintah yang zalim dan kejam.

Mereka sanggup menfitnah dan memburuk-burukkan ulama-ulama tulen kerana aktiviti menunggang agama ditentang oleh ulama tulen dan perasaan hasad dengki penunggang agama mengguasai akal mereka.

Malanglah pengikut-pengikut mereka kerana mengikut penunggang agama secara membabi buta ke neraka kerana kejahilan mereka sendiri. Bahkan mereka membela salah laku penunggang agama.

Mereka adalah musang berbulu ayam yang suka bercakap tidak serupa bikin sambil menggunting dalam lipatan kain dan menghina dan memalukan agama Islam dan umat Islam dan menimbulkan keraguan orang kafir dan umat Islam sendiri terhadap agama Islam dan umat Islam kerana sikap hipokrit penunggang agama sendiri.

Puak penunggang agama menggunakan dalil-dalil agama untuk memenuhi kehendak nafsu serakah dan agenda peribadi mereka.

Puak penunggang adalah puak hipokrit yang menggunakan ayat-ayat untuk memuaskan syahwatnya, hati mereka penuh kebencian dan kedengkian, tidak mengajak manusia ke jalan Tuhan tetapi menyesatkan manusia ke jalan maksiat.

Maka kita tidak terkejut melihat penunggang agama menggunakan populariti mereka untuk berkhalwat atau berzina dengan gadis atau bini orang, meliwat pelajar dll.

Anonymous said...

Pembetulan komen 9:31 AM:

Maka kita tidak terkejut melihat puak penunggang agama berhati serigala ini mempromosi produk-produk syarikat pendakwah @ missionari kristian korea dll dan menjadi barua ternakan puak kafir harbi roket dan puak liberal mengkhianati Islam dan umat Islam. Wah mereka menyokong gerakan kristianisasi dengsn mempromosi produk missionari kristian yang menyatakan matlamat dan aktiviti mereka berfokus kepada kristianisasi @ memurtadkan umat Islam !

Anonymous said...

Jangan lupa pula mereka tak nak nyatakan sokongan ngan palestina gaza kerana takut disergah oleh mini zionist dapic kat malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails