Wednesday, May 05, 2021

Dahulu DAP label Umno sebagai kleptokrat -Idris Ahmad

 

“DAP tahu kalau Melayu berpecah, peluang untuk berkuasa semula di Putrajaya cerah. Kalau Melayu bersatu harapan mereka untuk kembali berkuasa sukar,”

KOTA BHARU: DAP akan melakukan apa sahaja demi untuk mentadbir kembali Putrajaya termasuk berusaha mendapat sokongan pengundi Melayu.

Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad berkata, DAP tahu mereka solid boleh mendapat sokongan orang bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

Bagaimanapun katanya untuk mendapat undi Melayu DAP berdepan dengan kesukaran.

“Jadi harapan mereka mencari jalan supaya parti yang boleh pecah undi Melayu bagi mencapai impian untuk berkuasa semula di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

“Sekarang DAP memberitahu mereka sudah boleh bekerjasama dengan Umno. Sedangkan pada PRU14 Umno digelar oleh DAP sebagai kleptokrat.

“Menjelang PRU15 pula Bersatu digelar pengkhianat. Ini kisah menarik. Ada udang di sebalik mee Kuala Sepetang,” katanya catatan di media sosialnya.

Portal berita melaporkan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke memberitahu parti itu komited menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Selain itu kekal dengan pendirian untuk bekerjasama dengan pihak lain termasuk Umno pada PRU15.

Idris juga berkata, beliau yakin Umno tidak semudah itu kerana ahli Umn terkenal sebagai antiDAP.

Katanya Umno diyakini tidak akan menerima pelawaan jajaran tersebut.

“Malah PAS ada pengalaman dengan DAP. Begitu juga Tun Dr Mahathir sudah ada pengalaman. Bersatu sudah ada pengalaman dengan DAP.

“DAP tahu kalau Melayu berpecah, peluang untuk berkuasa semula di Putrajaya cerah. Kalau Melayu bersatu harapan mereka untuk kembali berkuasa sukar,” katanya.

Sedangkan kata beliau apa yang berlaku Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini jelas parti it menolak sebulat suara kerjasama dengan DAP.

Katanya juga sekarang DAP meletakkan PAS musuh nombor satu kerana berusaha untuk menyatukan orang Islam Melayu, di mana secara tidak langsung akan menyekat DAP dan PH berkuasa di Putrajaya.

Malah menurutnya impian DAP mendidik PAN sebagai pengganti PAS masih tidak berjaya.

“Maka cubaan memancing Umno untuk bersama dengan DAP cuba dilakukan. Tempoh 22 bulan mimpi ngeri rakyat Malaysia, semoga tidak berulang,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/5/2021

Sila lihat..

5 comments:

Anonymous said...

Haaahh tepokkkkk baru ada tulur sudah keluar wooo.!! Atok Gua Caya Sama Lu. Harap jangan U-Turn udah lah yerr.. tapikan sukar nak percaya sang fitnah lidah bercabang ni.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau sudah menerima surat saman daripada bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, peguamnya sudah diarahkan untuk memberikan respons terhadap perkara tersebut.

“Saya akan berjumpa dengannya (Khalid) di mahkamah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa lalu

Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di portal berita bertajuk ‘Khalid Abu Bakar Bocor Rancangan Pada Najib’ yang disifatkan sebagai satu fitnah.

Tun tu acah acah power ajer nak jumpa kat mahkamah .. sampai masa dia paling penakut ke mahkamah.. Sah pakai wheel chair anak cucu turun naik le usung ke mahkamah.... puiiiii..

Pada 22 April lalu, Khalid telah mengarahkan firma guaman Gunaseharan & Linda untuk menghantar notis tuntutan kepada Dr Mahathir bagi menuntut beliau membuat permohonan maaf terbuka secara bertulis dan media sosialnya seperti Facebook serta Instagram.

Wayang kerala dah start.. masuk mahkamah ayat power Tun ini suma 'salah najib'

Sekurang kurang nya buat lah sumpah laknat ka sumpah COMANGO Marina Gereja ka..!!

Lidah bercabang nak cakap kena lah acah acah power kasi lebih..!! Tungguuu

#hahhpopcorntambahdahtepokkk

PS : Sekali lagi kena peringat. Melayu jaga melayu. Ini kes Melayu kena cermat tangani isu ini. Jangan termakan adu domba batu api barua puak DAP@PAP Lee Kwan Yew. Ini barua tunggu masa mahu pecahkan kesatuan melayu dalam PN dan kesatuan NGO Islam.

Anonymous said...

Jika berdasarkan populasi rakyat Msia, rakyat majoriti ialah kaum Melayu Islam maka dari segi logiknya kaum Melayu yang berkuasa untuk memerintah negara.

Dan puak kafir harbi sangat memahami fakta ini maka mereka menggunakan strategi sangat kotor 'pecah dan perintah' untuk melaga-lagakan dan memecah-belahkan kaum Melayu Islam supaya mereka menjadi lemah dan boleh ditindas dengan mudah oleh orang kafir harbi.

Untuk mencapai matlamat jahat puak kafir harbi, mereka memperalatkan puak munafiqun liberal yang sanggup menjadi barua @ pelacur politik murahan ternakan parti kafir harbi dapigs untuk memecah-belahkan umat Islam supaya kuasa politik umat Islam menjadi sangat kemah.

Mereka adalah pengkhianat bangsa dan agama yang sanggup menjual ibubapa mereka sendiri untuk mencapai kehendak nafsu serakah mereka sendiri walaupun menjadi boneka kafir harbi. Cukuplah 22 bulan mereka dan tuan kafir harbi mereka menindas agama Islam dan umat Islam.

Umat Islam wajib menentukan puak kafir harbi dan badut liberal mereka kalah dalam PRU15 supaya nasib malang kaum Melayu Singapura tidak menimpa umat Isl di negara kita.

Allah melarang umat Islam dari melantik orang kafir dan orang munafik menjadi pemimpin:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?"

An-Nisaa' : 144.

Anonymous said...

Pembetulan perenggan ke-3 komen 6:35 am :

Untuk mencapai matlamat jahat puak kafir harbi, mereka memperalatkan puak munafiqun liberal yang sanggup menjadi barua @ pelacur politik murahan ternakan parti kafir harbi dapigs untuk memecah-belahkan umat Islam supaya kuasa politik umat Islam menjadi sangat lemah.

Anonymous said...

Malaysia ni negara milik org melayu, seperti juga singapura. So org melayu kena jaga negara ini sebaik baiknya. Singapura perlu diambil semula kerana punya sejaah yg panjang sebelum dijajah oleh british.

Anonymous said...

Harap UMNO kekal dengan polisi NO ANWAR NO DAP! Harap Muafakat Nasional dapat dimantapkan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails