Saturday, May 08, 2021

DAP tidak akan mampu raih undi Melayu-Islam. -Dr Kamarul Zaman.


Melayu yang menyertai DAP hanya dipergunakan

KUALA LUMPUR: Undi masyarakat Melayu-Islam tetap tidak akan dapat diraih DAP meskipun pelbagai usaha dilakukan bagi mendekati golongan berkenaan.

Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ia berhubung kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang mendakwa parti itu bersedia untuk bekerjasama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita dapat melihat sekarang ini DAP sedang rancak membuat pelbagai program bagi mendekati masyarakat Melayu, termasuk dengan memberikan bantuan kepada golongan susah, membuka kedai pakaian raya percuma dan sebagainya.“Ini kerana mereka tahu bahawa setelah BERSATU tidak lagi bersama mereka dalam PH, dan kerana parti PAN terbukti tidak mampu menguasai sokongan majoriti Melayu, maka mereka terpaksa berusaha sendiri mendekati orang Melayu.

“Begitupun, adalah diyakini bahawa walaupun mereka berusaha, mereka tetap akan gagal kerana dari dulu hingga sekarang orang Melayu dapat melihat bahawa mereka dari kalangan Melayu yang menyertai DAP hanya dipergunakan.

“Bukan sahaja dari segi pemilihan sebagai wakil rakyat, malah pemilihan sebagai pemimpin DAP sendiri seperti apa yang sedang berlaku di peringkat negeri-negeri sekarang, lumrahnya jika ada wakil Melayu pun hanya seorang dua saja terpilih.

“Begitu juga dengan isu-isu yang pemimpin DAP perjuangkan sejak dulu hingga kini adalah isu-isu yang tidak dekat dengan orang Melayu, dan pemimpin DAP pun tahu jika mereka bekerjasama dengan Umno sebelum PRU15 mereka akan gagal,” ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini.

Menurutnya, Umno dan DAP masing-masing menyedari hakikat bahawa tidak akan wujud sebarang pertalian politik antara kedua-duanya memandangkan prinsip parti yang tidak boleh menerima antara satu sama lain.

“Sebab itulah beberapa kali keluar kenyataan daripada pemimpin DAP, termasuk dari Anthony Loke yang disebut-sebut sebagai bakal Setiausaha Agung DAP yang baru bahawa DAP sedia bekerjasama membentuk kerajaan dengan Umno selepas PRU15.

“Kenyataan dan strategi begini, pada hemat saya, bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia adalah selari dengan kedudukan DAP sebagai parti yang telah pernah mengecapi kuasa yang akan membuat apa saja untuk mendapatkan balik kuasa.

“Kerjasama membentuk kerajaan dengan Umno selepas PRU15, pada fikiran mereka, tidak akan mampu ditentang dengan berkesan oleh ahli-ahli Umno dan ahli-ahli DAP berbanding penolakan besar yang boleh berlaku jika ia dibuat dalam PRU15,” ujar beliau lagi.

Bagaimanapun katanya, perancangan DAP ini tidak mudah direalisasikan ekoran penolakan ahli-ahli partinya yang sentiasa teguh dalam mempertahankan prinsip mereka.

“Saya tidak fikir perancangan DAP ini akan mudah menjadi kenyataan kerana ahli-ahli Umno tidaklah sebodoh itu untuk menerima mereka, dan adalah dijangkakan dalam pemilihan Umno nanti pemimpin yang mesra DAP akan tersingkir,” kata Kamarul lagi.

Beliau tidak menafikan DAP akan melakukan apa sahaja bagi membolehkan mereka menguasai Putrajaya, termasuk bekerjasama dengan Umno.

Namun beliau menegaskan, kerjasama bagi membentuk jaringan politik dengan Umno tidak akan tercapai meskipun pelbagai usaha dilakukan bagi mendekati masyarakat Melayu. – HARAKAHDAILY 7/5/2021


Sila lihat..

2 comments:

Anonymous said...

Ini sebabnya Malaysia perlu dipimpin oleh pemimpin berjiwa Melayu dan Islam. Kaum lain tak perlu mssuk campur

Singapura masih lagi menyimpan akta ISA mereka walaupun negara mereka sudah aman dan maju.

Jika di sini di Malaysia , ada peguam menyatakan ia hukum ketinggalan zaman dan tidak releven, malah dikata kan hukuman zalim. Namun negara yang dikira lebih advance dan maju dari negara kita masih lagi menyimpan nya.

PAP sebagai pemerintah masih lagi mempraktik hukuman zalim, dan PAP ada lah abang kepada DAP , maka DAP menyanjung kepimpinan zalim, dan PKR, PAN dan PejWanh pula menyanjung DAP.

Apakah tujuan negara jiran masih menyimpang hukuman ISA? siapa musuh mereka? orang cina? orang Melayu?

Diatas semenanjung pula pemerintah yang beragama buddha dari negara Thailand masih dengan kekangan mereka kepada kawasan majoriti Islam.

Di atas lagi kaum Rohingya yang beragama Islam sudah pun hancur dan tidak beridentiti.

Bukan sahaja “foodless” atau pun “cashless” malah lebih teruk mereka juga “stateless”. tanpa negara .

Jika negara yang mereka tinggal pun mereka tidak di iktiraf , apa kah negara yang mereka tuju mahu mengiktiraf mereka?

Orang islam Pattani dibunuh, yang membunuh tidak dikategori sebagai orang beragama Buddha , selain di panggil militari atau pun tentera Thai sahaja.

Begitu juga yang membunuh kaum Rohingya , mereka tidak digelar pemerintah Buddhist atau pembunuh dari kaum beragama buddhist bahkan dikata kan pemerintah tentera

Negara kita sedang dibaraikan sedikit demi sedikit oleh anasir beragenda.

Kerana mereka sedar orang Melayu senang dimanipulasi dan digunakan. Kini nampak nya cara yang sama sedang diguna kan. Watak dari kaum melayu sendiri menjadi badut dan kitol.

Orang Melayu harus faham betul betul isu ini. Musuh orang Melayu dan barua suruhan mereka sedang membatu api utk pecah belahkan orang Melayu. Biar Melayu selesai kan isu sesama Melayu. Melayu Jaga Melayu


#baruaDAPberertibaruaLeeKwanYew

Unknown said...

Ramai yang tak mengerti dan tetap dalam kejahilan kerana tak memahami al Quran dan hadis, terlalu bersangka baik dengan musuh Allah walaupun bertakbir ".. Walaukarihal kafirun" sampai mengalir air mata.

Sama-sama lah kita berdoa dan istiqomah melakukan dakwah, menyuruh yg maaruf dan mencegah yang mungkar moga dengan itu menjadi wasilah Allah menyelamatkan umat melayu ditimpa bala

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails