Tuesday, May 18, 2021

Erdogan selar Biden sebagai 'tangan berdarah' sokong Israel disiarkan di tv dunia..,

 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. - Foto AFP

1. Erdogan selar Biden sebagai 'tangan berdarah' sokong Israel

ANKARA: Recep Tayyip Erdogan semalam berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden 'bertanggungjawab' di atas sokongannya terhadap Israel dalam konflik yang memuncak di Semenanjung Gaza.

Komen Presiden Turki itu antara serangan paling keras terhadap Biden sejak memulakan tugasnya di Rumah Putih, Januari lalu.

Erdogan menghabiskan masa beberapa bulan terakhir untuk memperbaiki hubungan dengan Washington dan mendekati sekutu Barat yang lain selepas pertikaian selama setahun.

Beliau secara jelas dan tegas menyerang Biden dalam ucapan disiarkan secara langsung di televisyen di seluruh negara.

"Kamu menulis sejarah dengan tangan berdarah anda. Kamu paksa kami berkata seperti ini. Kami tidak boleh berdiam diri lagi dalam hal ini," kata Erdogan dalam ucapan ditujukan kepada Biden.

Erdogan mendapat sokongan Asia Barat kerana secara terang-terangan memperjuangkan Palestin sepanjang 18 tahun pentadbirannya.

Minggu lalu, beliau menuduh Israel melakukan 'keganasan' dan berjanji akan menggerakkan dunia untuk membela Gaza.

Erdogan semalam, ketika merujuk laporan media AS mengenai penghantaran senjata baharu diluluskan pentadbiran Biden, berkata: "Hari ini kita lihat tandatangan Biden bagi urusan jual beli senjata rejim Zionis.

"Wilayah Palestin penuh dengan penganiayaan, penderitaan dan darah, seperti banyak wilayah lain yang kehilangan kedamaian dengan berakhirnya Uthmaniyyah dan anda menyokongnya," kata Erdogan kepada Biden. - AFP

2. Tentera Israel terkategori sebagai golongan penakut

TENTERA Israel bukanlah dikategorikan tentera yang berani. Lawan al-Qassam pun mereka bukan berani berdepan secara jantan di medan. Berdepan dengan rakyat Palestin bersenjatakan batu mereka berani. Taktik mereka ialah pengeboman dari udara. Sama macam strategi US dan sekutunya dalam Perang Teluk 1991. 

Sejarah mencatatkan Yahudi adalah bangsa penakut. Bacalah sejarah Perang Bani Nadhir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah di zaman Nabi S.A.W. Tinggal lagi ummat Arab dan Ummat Islam perlu bersatu. Jumlah penduduk negara-negara yang bergabung dalam Liga Arab lebih 300 juta. Berapa jumlah penduduk Israel?

Pemimpin Israel kerja kuat demi cita-cita mereka. Kita kerja sambil lewa:

في مذكّراتِ (جولدا مائير) اليهوديةِ، بعنوان (الحقد):

 فإذا هي في مرحلةٍ منْ مراحلِ حياتِها تعملُ ستَّ عشرة ساعةً بلا انقطاعٍ، في خدمةِ مبادئِها الضّالَّةِ وأفكارِها المنحرفةِ، حتى أوجدتْ مع (بن جوريون) دولةً، ومنْ شاء فلينظُرْ كتابها

Dalam Biografinya, mantan Perdana Menteri (PM) Yahudi, Golda Meir (PM Israel dari 1969-1974) yang bertajuk ‘My Life’ memaparkan satu tahap dalam kehidupannya, di mana beliau pernah bekerja 16 jam tanpa rehat memperjuangkan ideologi sesatnya Zionis sehingga beliau berjaya mendirikan negara haram Israel bersama dengan David Ben Gurion (PM pertama Israel).

ورأيتُ ألوفاً منْ أبناءِ المسلمين لا يعملون ولو ساعةً واحدةً ، إنما همْ في لهو وأكلٍ وشُربٍ ونومٍ وضياعٍ

‘Lantas saya melihat ribuan umat Islam yang enggan bekerja walaupun 1 jam sehari untuk agama mereka. Mereka asyik bermain, makan, minum, tidur dan menghabiskan waktu dengan sia-sia.’

Bandingkan bangsa Yahudi seperti Golda Meir yang bekerja keras 16 jam sehari untuk memperjuangkan Zionisme atau umat Jepun dan Korea yang bekerja sampai ke malam dan bandingkan dengan jumlah jam kerja kita, maka di situlah punca kekalahan kita dengan musuh kita. Hakikatnya, mereka bekerja jauh lebih kuat dari kita.

DR AZMAN IBRAHIM – HARAKAHDAILY 17/5/2021

3. Budak Palestin Menceritakan Penganiayaan Israel dengan Rap.

Budak Palestin Menceritakan Penganiayaan Israel dengan Rap

Budak Palestin Menceritakan Penganiayaan Israel dengan Rap

 (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Kita umat Islam perlu ingat bahawa rejim pengganas Israhell disokong, didokong dan dipuja oleh puak evangelis @ kristian zionis.

Puak kristian zionis ini telah 'dibasuh otak' @ 'brainwashed' untuk menjadi hamba abdi yang berkhidmat untuk rejim pengganas Israhell oleh pemimpin-pemimpin kristian zionis seperti
Jerry Falwell and Pat Robertson.

Falwell berkata dalam tahun 1981:
"To stand against Israel is to stand against God. We believe that history and scripture prove that God deals with nations in relation to how they deal with Israel." Sumber:
Falwell, Jerry (1981). Fundamentalist Phenomenon. Grand Rapids: Baker Publishing Group. pp. 150. ISBN 978-0801029585.

Dan kita harus ingat puak kristian zionis ini wujud di negara kita dan mereka boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara kita kerana mereka boleh bertindak mengikut arahan rejim pengganas Israhell.

Pembunuhan jurutera Palestin di Msia dilakukan oleh skuad pembunuh proffesional dari unit Kidon dengan bantuan agen-agen mossad yang mungkin dibantu oleh puak kristian zionis @ penyokong zionis tempatan menyebabkan proses pembunuhan itu berlaku dengan mudah dan mereka boleh menghilangkan diri dengan mudah.

Setiap operasi sulit agen-agen rejim pengganas Israhell biasanya dibantu oleh penyokong-penyokong tempatan dan NGO pro-zionis secara sulit @ rahsia seperti menyediakan safehouse dll tetapi penyokong zionis tersebut hanya mengetahui tugas mereka sendiri sahaja tetapi mereka tidak mengetahui keseluruhan operasi agen tersebut. Maka jika mereka ditangkap oleh pihak berkuasa, rahsia operasi sulit Mossad di negara asing tidak terdedah.

Kita perlu melindungi rakyat Palestin yang berlindung di negara kita kerana terdapat dakwaan rejim pengganas Israhell mahu menghapuskan pelarian Palestin di Msia dll.

Anonymous said...

Teruskan bersoladariti memberi segala bentuk sokongan moral yang padu, kewangan dsb kepada semua para pejuang! Jangan berhenti mendoakan kemenangan mereka.

InshaAllah, bersama2 pasukan pejuang yang disayangi Allah SWT, umat Islam akan sekali lagi akan menang sepertimana peristiwa kemenagan didalam Perang Khaibar.

Sekali lagi kita dapat memasuki Majidil Al Aqsa dengan penuh kemuliaan sepertimana yang pernah berlaku dizaman para sahabat yang mana Bilal telah melaungkan azan disana! Tidak perlu lagi untuk mendapatkan kebenaran polis2 Yahudi untuk memasuki dimana2 sahaja pintu masjid Al Aqsa!

Allahuakbar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails