Sunday, May 30, 2021

Gadis Minahasa/Manado, Apa cantiknya?


Di belakang saya, bandar Menado di lembah pantai antara berbukitan dingin ini..

Berkereta kuda di antara bandar-bandar di pergunungan Minahasa.

Indokini: Gadis Minado Cantik-cantik.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan

GADIS-GADIS Minado cantik-cantik. Teras cantiknya, adalah dari gadis suku-kaum Minahasa yang asal dari pergunungan Minahasa. Jelas kelihatan, bila saya lewati beberapa bandar di pergunungan ini, seperti Tomohon, Tandano, Tandengan, Minahasa, Bukit Kasih tugu peringatan pelbagai agama, dan lain-lain. Mengelilingi Danau Tondano, kawasan pertanian dan perikanan air tawar.

Masjid yang saya temui, bukan lagi nisbah 1:10 dengan gereja Kristian, bahkan satu masjid bersamaan 100 gereja. Perjalanan saya dan kawan saya itu dengan motosikal. Tiba-tiba hujan datang di pertengahan jalan, makin lama makin lebat. Kebetulan kami singgah berteduh depan rumah bertentangan dengan sebuah gereja.

"Kenapa kita tak singgah di gereja itu?" Saya tanya. "Takkan pengawal gereja itu tak beri kita tumpang teduh?"

"Oh. Jangan salah faham. Pernah sekali hujan begini aku singgah di gereja kawasan pergunungan ini pada hari minggu, hari mereka sedang sembahyang ramai-ramai. Aku di luar gereja, mereka panggil masuk, duduk di bangku tempat upacara mereka, walau mereka tahu aku seorang Islam." Kata kawan saya itu. 
Dan.. "Bukan saperti orang Islam di Kampung Arab di Manado, anjing yang masuk ke kampung itupun diburu, jarang yang pernah keluar hidup-hidup!"

"Nampaknya hebat kempen toleransi beragama oleh pemerintah Manado?" Kataku.

"Bukan itu sahaja, hari keramaian orang Islam dikawal oleh orang Kristian, begitu juga sebaliknya." Jelasnya.

"Oh. Ada lagi toleransi baragama, gadis-gadis Islam dibenarkan berkahwin dengan pemuda bukan Islam.. Betulkan?" Saya menambah. Dia mengangguk dan terdiam.

Hujan mulai reda. Beberapa wanita dan lelaki Minahasa keluar dari rumah, melintas di depan kami dengan senyuman yang ramah. Memang orangnya putih-putih, yang saya lihat sepanjang perjalanan itu. Mungkin kerana tempat tinggalnya di cuaca sejuk. 

Atau mungkin kerana mengalir darah kacukan penjajah Belanda atau Sepanyol yang berjaya mengkristian anak-anak tempatan. Tetapi hidung mereka tidak nampak yang mancung-mancung pun. Ada juga yang mengatakan bangsa Minahasa ini berasal dari Filipina yang memang kulitnya putih dan raut mukanya memang begitu. Itu sebabnya, gadis Minahasa itu dikatakan cantik-cantik.

"Cantikkah? Apa pandangan tuan?" Dia tanya pendapat saya.

"Pada saya, cantik itu menurut mata orang yang melihatnya. Bahkan ada bangsa Negro Amerika menganggap bangsa kulit hitam itu lebih cantik dari bangsa kulit putih. Kalau tidak bangsa-bangsa Asia Tenggara yang kebanyakannya sawo matang ini tak laku lah, orang tak mahulah!"

"Jadi, bagaimana cantik yang sebenarnya?"

"Cantik sebenarnya ialah cantik semuanya. Bukan cantik rupa sahaja, tetapi cantik juga akhlaknya. Ramai anak-anak Minahasa yang jadi pelacur di Manado, bahkan pelacur kelas satu kerana cantik wajahnya. Orang sini panggil 'wanita panggilan', atau 'gadis nakal'. Itu tidak tepat.. sebenarnya perempuan jalang." Jelas saya.

"Ada juga antara kami yang menyebut begitu!" Tingkahnya.

"Ya! Kalau begitu akhlak yang baik bukan sahaja baik dalam melayani manusia, bahkan baik juga terhadap Allah yang Maha Pencipta. Menurut titah perintahNya, sebagai tanda cinta. Agama Kristian juga mengharamkan minuman keras seperti yang terpampang tertulis di tempat awam (Lihat di pelabuhan kapal di Minado) dan hubungan luar nikah. Mengapa mereka tidak ikut, berakhlak menurut agama mereka?" Jelas saya lagi.

Maka 'minah-minah' ini sepatutnya diajari dengan pelajaran ke 'Esa'an atau ke'Asa'an dalam kepercayaan kepada Tuhan dan peraturan-peraturannya, maka barulah boleh cantik akhlaknya.. Dan layak disebut 'Minah-asa..'

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

Minahasa, Sulawesi.

Mei 19, 2009


Sila lihat sebelum ini..

4 comments:

Anonymous said...

Ada satu sektor ini tidak perlu disebut sebut pun dibuka dari dolu kini dan selamanya.

Kerajaan membenarkan lima sektor ekonomi perlu beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilaksanakan untuk tempoh selama 14 hari.

Sektor tersebut adalah pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi.

“Sektor ini dibenarkan beroperasi kerana peranannya menyokong kerja-kerja membekal keperluan asas seperti makanan, minuman, dan barangan keperluan rumah serta penjagaan diri, kelengkapan Peralatan Pelindung Peribadi (PPE), peranti perubatan dan ubatan kepada petugas kesihatan, aktiviti perdagangan antarabangsa, memastikan rantaian bekalan tidak terputus dan menyokong infrastuktur kritikal dan kerja-kerja kecemasan,” katanya.

Sektor kartel judi online tidak perlu disebut sebut sebab dari dolu kini dan selamanya dibuka. Laman web sugar book boleh pulak disekat judi online macam buat buat tak nampak pulak.

No wonder kartel kartel judi online along contoh nya Datuk Vickey lesap dan tokey judi online maintain kekal kaya berjaya jalan lenggang kangkung dengan baju jenama POLO bila diheret ke mahkamah.

kah kah kah kah kah... benda bukan auta ini fakta...

#deleteselepasbaca

Anonymous said...

'Toleransi' baragama atau pengkhianatan pemerintah total atau sikap pengecut ulama dan kejahilan umat Islam yang membenarkan gadis-gadis Islam berkahwin dengan pemuda bukan Islam? Ini bukan toleransi beragama tetapi pembuka jalan ke arah murtad dan booking tempat kekal dalam neraka ! Kebodohan berganda-ganda yang memberi keuntungan besar kepada proses kristianisasu.

Mengapa kesesatan ini dibenarkan berlaku dalam masyarakat Indonesia sehinggakan menukar agama semudah menukar baju ?

Inilah akibatnya apabila liberalisme dijadikan perlembagaan negara Indon yang dimulakan oleh Sukarno dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin sekular liberal!

Maka celakalah pemimpjn-pemimpin Indon yang telah menipu dan menyesatkan rakyat dan nerakalah tempat yang kekal abadi untuk oengkhianat-pengkhianat tersebut.

Anonymous said...

Puak kafir harbi roket dan khadam munafiqun liberal menghina, menentang, menfitnah dan memburuk-burukkan Hudud dan RUU355 dll apa cerita ?

Pee H pimpinan abang besar roket kencing rakyat dengan pelbagai janji hancing dalam menipufesto Pee H apa cerita ?

Kera jaan Pee H hina Islam dan menafikan hak umat Islam apa cerita ?

Kera jaan Pee H jual aset tabung umat Islam dan aset kerajaan dan tambah hutang dan merundumkan ekonomi apa cerita ?

Kera jaan Pee H roboh rumah dan kampung Melayu Islam apa cerita tetapi pendatang dapat geran tanah apa cerita ?

Siapa pegang kuasa 22 bulan ? RBA ternakan abang besar roket mahu sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak !!!

RBA mahu sembang lagikah ??? RBA muka tembok tidak tahu malu !!! Ada hati mahu sembang !

Cukuplah 22 bulan. Jika 22 tahun, rakyat akan hidup menderita di bawah rejim rasis Pee H pimpinan abang besar roket. Negara pun boleh muflis !

Anonymous said...

Adun roket didakwa rogol wanita apa cerita ? Mengapa wanita roket yang kononnya membela hak wanita diam membisu ? Puak roket adalah puak rasis lidah biawak !

Mengapa puak RBA ternakan puak kafir harbi roket sibuk menfitnah ibnuhasyim tetapi mereka gagal mengutuk adun roket yang didakwa merogol wanita ? Ini menunjukkan RBA adalah kepala bapak hipokrit lidah biawak !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails