Saturday, May 22, 2021

'Gaza', Nama Dron tempur baharu Iran, antara penyebab Israel umum gencatan senjata?

 

Iran memberi penghormatan kepada rakyat Palestin yang menentang pencerobohan dan penindasan Zionis. - Foto AFP

TEHRAN: Pasukan pengawal revolusi Iran hari ini, memperkenal dron tempur baharu yang diberi nama 'Gaza' sebagai penghormatan terhadap rakyat Palestin, menurut laman web rasmi tentera negara itu.

"Dron itu diberi nama sebagai penghormatan abadi bagi mereka hari ini di Gaza yang menentang pencerobohan dan penindasan Zionis," kata Pengawal Komandan, Mejar Jeneral Hossein Salami dalam majlis pelancaran yang dipetik agensi berita Sepah News.

Pelancaran dron itu dibuat selepas berkuatkuasanya gencatan senjata di antara Israel dan pejuang Palestin pada pagi tadi.

Jelas Hossein, dron itu berupaya membawa 13 bom dan mampu terbang setinggi 35,000 kaki dengan kelajuan mencecah 350 kilometer per jam (kmj) dan dapat bertahan selama 20 jam.

Gencatan senjata diumumkan pagi tadi di antara Israel dan pejuang Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza, selepas berlaku pertempuran maut yang berlanjutan selama sebelas hari.

Serangan roket yang dilancarkan ke arah Israel dari Gaza didakwa meragut 12 nyawa di negara haram itu, termasuk seorang kanak-kanak, seorang remaja dan seorang tentera.

Selain itu, dua warga India dan dua warga Thailand turut terbunuh, menurut petugas perubatan Israel.

Sekitar 357 orang cedera dalam serangan ke atas negara haram Israel.

Serangan udara didalangi Israel pula membunuh seramai 243 orang Palestin termasuk 66 kanak-kanak dan pejuang sejak 10 Mei lalu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Penunjuk perasaan Palestin melontar batu ke arah askar Israel hari ini di pusat kemasukan Hawara, selatan bandar Nablus dalam kawasan Tabing Barat yang ditakluki. - Foto AFP

Republik Islam itu tidak mengiktiraf Israel sebagai negara dan sokongan terhadap rakyat Palestin menjadi tonggak dasar luar Iran, sejak revolusi negara 1979.

Hossein pada Rabu lalu mengalu-alukan kelahiran Palestin baharu yang bertempur dengan peluru berpandu sambil mengelar Israel ketika ini patah, kecewa dan dalam kejatuhan.

Komandan Pasukan Pengawal Quds, Ismail Qaani, pada awal minggu ini menegaskan sekali lagi sokongan Tehran untk rakyat Palestin bagi menentang Israel, ketika bercakap menerusi panggil telefon dengan pegawai pejuang Islam di negara itu.

Menurut laporan Sepah News, Hossein turut melancarkan sistem radar baharu yang digelar Quds (Baitulmaqdis). Ia berupaya mengesan pesawat secara senyap-senyap dalam radius 500 kilometer (km).

Laman web sama memaparkan versi sistem pertahanan udara yang ditingkatkan.

Sistem itu pernah menembak jatuh dron Global Hawk, milik Amerika Syarikat (AS) pada 2019 di Selat Hormuz kerana didakwa menceroboh ruang udara Iran. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa menariknya kalau di Malaysia?

Dron adalah suatu perkara penting untuk kegunaan pihak kerajaan, syarikat atau membuka peluang bisnes, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. 

Dron boleh membantu negara dari sudut bisnes, kewangan, pertanian, perikanan, persenjataan dan membina kekuatan pertahanan negara, termasuk jabatan polis dan tentera. Lihat perkembangan drastiknya seperti yang berlaku di negara Turki, Iran dan lain-lain.  


Menariknya Perkembangan Dron Dunia. Penulis Sains China Memuji Pengurus Teknikal Baykar, Selçuk Bayraktar

Penulis sains popular China Song Yi Chang menggambarkan Pengurus Teknikal Baykar, Selçuk Bayraktar, sebagai "Genius dalam bidang kenderaan udara tanpa pemandu bersenjata." 

Dalam program yang disiarkan dengan tajuk "War Technologies" di China Central Television (CCTV), Song Yi Chang menyamakan Bayraktar dengan Steve Jobs, pengasas syarikat Apple.

"Seorang genius muncul di bidang ini di Turki mengenai persenjataan. Dia adalah Selçuk Bayraktar. Bapa dron di Turki. Kedudukan Bayraktar dalam perang dron adalah seperti kedudukan Steve Jobs dalam teknologi telefon pintar." Katanya.

Penulis China juga memberikan maklumat mengenai latar belakang Bayraktar dalam program ini, dan mengingatkan bahawa dia mengkhususkan diri dalam perisian dan elektronik Dron Bersenjata semasa pendidikannya di AS, dan kemudian kembali ke negaranya.

UAV Buatan Turki Bayraktar SİHA Digunakan Dalam Latihan Tentera Azerbaijan

Dalam latihan tentera Azerbaijan, Bayraktar SİHA (Kenderaan Udara Tanpa Senjata Bersenjata) buatan Turki, juga digunakan.

Dalam gambar yang dikongsi oleh Kementerian Pertahanan Azerbaijan, Bayraktar SİHA yang dikeluarkan dari hangar dan ketika lepas landas ditampilkan.

SİHA melakukan tugas mengesan sasaran musuh yang disimulasikan dan memindahkannya ke pusat pemeriksaan.

Latihan yang dimulakan semalam oleh tentera Azerbaijan dengan penyertaan 15 ribu tentera akan berterusan sehingga 20 Mei.


Lihat juga:

Polis K'tan perlukan dron pantau sempadan. Apa Menariknya?

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (dua kanan) memantau pergerakan penduduk Kampung Pauh Lima yang dikenakan PKPD mulai tengah malam tadi sehingga 1 Jun. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

(IH)

1 comment:

Anonymous said...

Tuhan jadikan bangsa yahudi dengan satu perasaan iaitu rasa tidak bersalah membunuh org Islam dan rasa bersalah jika tidak membunuh orang islam. Liberal pula tidak rasa bersalah bila caci maki dan fitnah ulama dan rasa bersalah bila tidak caci maki dan fitnah ulama. Ada keserasian di situ cuma tahap keseriusannya masih ada jurang. Di tengah jurang itu ialah mini zionist dapic. Keberadaan mini zionist dalam rantaian itu ialah gelagatnya yg mencabar kesabaran orang melayu, islam, insitusi kesultanan dan perlembagaan negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails