Thursday, May 27, 2021

Hebat! "Tiada sesiapa yang paksa kami" pilih dirotan depan ramai.

 

Petugas kesihatan merawat luka seorang lelaki Kristian selepas menerima hukuman sebat rotan di Banda, Acheh. - Foto AFP

Indokini: 2 lelaki Kristian dirotan di khalayak umum di Indonesia

BANDA, ACEH: Dua lelaki beragama Kristian dirotan di khalayak umum, di sini selepas didapati meminum arak dan berjudi.

Hukuman sedemikian dilakukan dua minggu selepas dua lelaki yang mengadakan hubungan seks antara sesama jantina, dirotan hampir 80 kali.

Kedua-dua tertuduh, masing-masing dirotan 40 kali di bahagian belakang badan oleh pegawai syariah.

Seorang tertuduh, dikenali sebagai JF memilih hukuman rotan di khalayak umum bagi mengelak daripada dikenakan pendakwaan jenayah yang berkemungkinan mengundang risiko ditempatkan di penjara untuk tempoh sehingga enam bulan.

"Polis syariah beri kami pilihan dan kami buat keputusan untuk mematuhi perundangan kes jenayah Islam.

"Tiada sesiapa yang paksa kami untuk pilih hukuman ini," katanya.

Aceh ialah satu-satunya wilayah di dunia ini yang negaranya didiami majoriti penduduk Muslim dan menguatkuasakan perundangan Islam.

Individu bukan Muslim yang melakukan kesalahan, sama ada melanggar perundangan negara atau agama mempunyai pilihan untuk dihukum mengikut mana-mana sistem.

Insiden yang menyaksikan individu bukan Muslim, dirotan di khalayak umum jarang berlaku di Aceh, namun hukuman sedemikian sejak kebelakangan ini menjadi kelaziman, khususnya bagi kes berjudi dan menjual arak.

Dua lelaki Kristian itu ialah antara tujuh individu yang setakat ini dirotan di khalayak umum.

Lima lagi individu yang menerima hukuman sedemikian ialah Muslim, selepas disabit bersalah kerana berzina dan meminum arak.

Kumpulan hak asasi manusia sehingga kini menyelar bentuk hukuman rotan di khalayak umum, dengan menyifatkan ia sebagai kejam, malah Presiden Indonesia, Joko Widodo sudah mengeluarkan arahan supaya pendekatan sedemikian dihentikan. - AFP. Februari 8, 2021 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada 6 perkara yang perlu dibetulkan dalam kenyataan di atas:

(i) Kenyataan "Aceh ialah satu-satunya wilayah di dunia ini yang negaranya didiami majoriti penduduk Muslim dan menguatkuasakan perundangan Islam." 

Cetek sangat pemikiran penulis di atas. Yang betulnya, 'bukan satu-satunya'. Contohnya, lihat Saudi Arabia, Brunei dan beberapa lagi di Afrika, yang melaksanakan sistem perundangan Islam..

(ii) "Kumpulan hak asasi manusia sehingga kini menyelar bentuk hukuman rotan di khalayak umum, dengan menyifatkan ia sebagai kejam." 

Kalau kejam mengapa 2 penganut Kristian itu dengan sendirinya memilih hukum sebat cara Islam?

(iii) "..malah Presiden Indonesia, Joko Widodo sudah mengeluarkan arahan supaya pendekatan sedemikian dihentikan."

Mengapa peraturan yang tidak dikehendaki Presiden Indonesia itu masih berlaku di Aceh, Indonesia? Mengapa, tentu ada sesuatu fakta yang diselewengkan?

(iv) Walauapa pun, Presiden Indonesia Joko Widodo lebih hebat dari Perdana Menteri Malaysia Tun M waktu itu kerana Indonesia membenarkan Aceh melaksanakan perundangan Islam 'sebat' di Aceh, berbanding di Malaysia sewaktu PAS merampas kembali Kelantan dari BN, dan rakyat Kelantan memilih sistem perundangan Islam dalam PRU, tetapi ditolak oleh Tun M selaku PM kerajaan Pusat..

(v) Orang Islam mesti memilih... sistem perundangannya sendiri. Kalau ada orang Islam memilih carahidup bukan Islam, bererti 'kepala otak'nya sudah dijajah oleh unsur-unsur bukan Islam.

(vi) Contohnya, di Malaysia masih ada orang Melayu yang .kepala otaknya DAP atau parti yang bukan Islam.

Sekian.

Sila lihat siri Indokini...

1 comment:

Anonymous said...

Tunggu komen Che Det, Marina COMANGO G25 Siti Kassim dan Anwar Ibrahim...

Makin menjadi jadi gambar bogel anak cucu kesayangan .....orang guna mask kat mulut...

akai ada...!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails