Pensyarah minta kerajaan jelaskan kehadiran pesawat Israel
KL: Pihak berkuasa di negara ini perlu menjelaskan kewajaran membenarkan pesawat pengintip Israel melalui ruang udara Malaysia.
Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi berkata, mengapa Malaysia membenarkan pesawat pengitip tersebut melalui ruang udara negara, sedangkan Indonesia secara tegas melarang pesawat itu menceroboh ruang udara mereka.
Kata beliau, penjelasan oleh seorang YouTuber kononnya penceroboh ruang udara suatu perkara normal walaupun tidak mendapat kebenaran negara tidak sewajarnya berlaku.
“Ada YouTuber cuba menormalisasikan keadaan dengan mengatakan bahawa secara normal penerbangan di ruang udara antarabangsa diperbolehkan walaupun tidak mendapat kebenaran negara. Itu sangat mendukacitakan.
“Dikatakannya lagi ia seperti pesawat penumpang yang lain. Sedangkan pesawat Israel banyak kali sebelum ini melalui ruang udara Malaysia.
“Kalau benar pun penerbangan sebelum ini ialah pesawat penumpang boleh lagi consider, tetapi ini jelas pesawat pengintip,” katanya pada lontaran di media sosialnya hari ini.
Media semalam melaporkan Boeing milik Israel dikesan merentasi ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di pangkalan tentera udara Singapura.
Pesawat jenis Boeing 737-400 bernombor 4X-A00 milik Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) iaitu sebuah syarikat kontraktor berpangkalan di Tel Aviv.
Pesawat Boeing 732-400 milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat perisikan elektronik yang direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial.
Dr Mohd Syakir juga berkata, semua maklumat negara termasuk peralatan teknologi ketenteraan di Malaysia sangat mudah dikesan oleh pesawat terbabit.
“Jangan mengaitkan keadaan ini dengan hanya menyindir orang kita dengan mengatakan bahawa seolah-olah kita yang mahukan jawapan mengenai kenapa ruang udara kita mudah dimasuki dikatakan pula sebagai penakut.
“Rakyat perlukan penjelasan. Sila beri penjelasan yang jelas,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/5/2021
8 comments:
Ya. Sila beri penjelasan. Rakyat ingin tahu sebab sebenar yahudi terbang kat sini.
Sebagaimana Indonesia, kerajaan kena tegas MELARANG mana2 kapalterbang Yahudi menggunakan ruang udara negara!
Kerajaan juga perlu dengan segera mengharamkan mana2 pertubuhan2 atau organisasi2 yang ada kaitan dengan Yahudi beroperasi disini!
Kita merasa melihat sikap kerajaan lidah biawak yang kononnya menentang kezaliman rejim pengganas Israhell tetapi membenarkan jet pengintip Israhell terbang di ruang udara Msia selama 4 jam.
4 jam sudah cukup untuk jet pengintip Israhell melakukan pengintipan ke atas tempat-tempat strategik seperti pusat pertahanan, radar, semboyan, sistem komunikasi dll di Msia.
Mengapa jet pejuang TUDM tidak memintas jet pengintip Israhell ? Siapakah yang melarang jet TUDM dari memintas jet pengintip Israhell.
Jika ini berlaku di negara yang berdaulat, jet Israhell sudah tentu telah dipaksa mendarat atau dimusnahkan di udara. Lihatlah bagaimana jet pejuang Russia yang telah menembak jatuh jet penumpang awam yang memasuki ruang udara Russia tanpa kebenaran.
Mengapa jet pejuang TUDM tidak memintas MH370 walaupun perubahan arah terbang dikesan oleh radar ? Siapakah yang melarang ???
Inilah tindakan pemimpin negara-negara yang berdaulat, bermaruah dan bermoral tinggi:
(1) Arab Saudi tutup ruang udara untuk Israel. Negara haram Israhell terpaksa batal penerbangan ke Dubai.
(2) Indonesia melarang jet Israhell dari memasuki ruang udara Indonesia.
Malaysia ? zzzzzzZZZZZZZ
SALAH DAP SEMUA INI. SALAH DAP. SALAH DAP. PARTAI TIDAK SALAH. NI SALAH DAP. PARTAI KALU BULIH BALING BATU KT PESAWAT ISRAEL NI. PARTAI KALU BULIH BALING BATU KT PESAWAT ISRAEL NI. PARTAI KALU BULIH BALING BATU KT PESAWAT ISRAEL NI. PARTAI KALU BULIH BALING BATU KT PESAWAT ISRAEL NI. PARTAI KALU BULIH BALING BATU KT PESAWAT ISRAEL NI. PARTAI KALU BULIH BALING BATU KT PESAWAT ISRAEL NI. PARTAI KALU BULIH BALING BATU KT PESAWAT ISRAEL NI. PARTAI KALU BULIH BALING BATU KT PESAWAT ISRAEL NI. KU MAKAN TELUR. KU MAKAN TELUR. KU MAKAN TELUR. KU MAKAN TELUR. KU MAKAN TELUR. KU MAKAN TELUR.
Ayat ke 10 surah al Kalam bermaksud:
``Janganlah engkau patuhi orang yang suka bersumpah dan suka menghina``
Aku tetap tuntut SUMPAH PADANG MERBOK dibuktikan pelaksanaannya oleh PAS yg bersumpah itu ari.
Memang salah puak kafir harbi roket dan khadam munafiqun liberal mereka kerana mereka berjemaah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dalam menipufesto Pee H.
Cukuplah taktik persepsi kotor amalan puak roket selama 22 bulan untuk menfitnah pemimpin Islam dan pemimpin Melayu, menghina Islam dan menafikan hak umat Islam kerana umat Islam sudah sedar dari tidur .
Jika puak roket memerintah negara 22 tahun, rakyat dan negara boleh menjadi muflis ! Muflis aset, muflis moral dan ekonomi musnah kerana poliTIKUS roket cuba membaiki labu !!!!
Tuntutlah kamu. Akhirat mungkin tak berjumpa antara golongan yg menyokong islam dan yg menyokong dap dan liberal.
Post a Comment