Tuesday, May 25, 2021

Judi, Datuk ditahan. Mengapa kasino, pusat judi kini masih dibuka?

 

1. Datuk seri antara 19 ditahan terbabit judi mesin slot.

Seorang lelaki bergelar datuk seri adalah antara 19 individu ditahan polis di sekitar Lembah Klang dalam operasi memerangi kegiatan judi mesin slot dari 17 hingga 20 Mei lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim berkata lelaki berusia 55 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket itu ditahan di kediamannya di Bukit Segar, Cheras.

“Selain datuk seri itu, polis turut menahan sembilan individu lain yang dipercayai anggota sindiket tersebut merangkumi seorang wanita tempatan, lima lelaki Myanmar serta tiga lelaki Bangladesh berusia 17 hingga 71 tahun,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Azmi berkata sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini. Dalam serbuan berkenaan polis turut merampas wang tunai berjumlah RM579,000, tiga utas jam tangan bernilai RM238,000, tujuh jongkong emas dan loket bernilai RM58,250 serta tiga kenderaan bernilai RM1.2 juta yang ditemukan di kediaman datuk seri itu.

2. Kenapa kasino, pusat judi dibenar buka semasa PKP? – PCM


KUALA LUMPUR – Kerajaan dipersoal tindakan membenarkan kasino dan pusat perjudian beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa, lagi-lagi ketika penularan Covid-19 masih tinggi.


Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan bertanya mengapakah masih ada lagi kelab-kelab mesin slot judi beroperasi dan tidak diarahkan ditutup. Pembukaan kasino dan pusat perjudian ini seolah-olah mengiyakan wujudnya ‘golongan kayangan’ yang langsung tidak boleh disentuh sama sekali.


“Saya hendak tanya, mengapa ada lagi kelab-kelab judi ini beroperasi dan tidak diarahkan ditutup ketika PKP, semasa kes semakin hari semakin meningkat dan angka kematian menggerunkan rakyat.

“Oleh kerana SOP telah diperketatkan, kini ramai juga yang berselindung dalam kelab-kelab tersebut untuk aktiviti-aktiviti tertentu, persoalan saya, adakah golongan kayangan tidak boleh di sentuh? 



3. Menteri tak tahu Kasino Genting Beroperasi, Sudah Diarah Tutup


'Tolong jangan cakap nanti kita tidak beritahu pula atau ‘tidak tahu’. Saya maksudkan insiden perjudian di Genting Highlands baru-baru ini.


Kementerian Kewangan dan Menterinya, jangan berpura-pura tidak tahu kerana lesen dikeluarkan oleh anda, jadi tolonglah. Kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), tolong ambil perhatian,” tulisnya dalam Facebook beliau. 


Pada 7 Mei, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 16 daripada 28 pelancong dari Alor Setar yang mengunjungi Genting Highlands positif Covid-19. Mereka menaiki dua bas dalam perjalanan dari 22 April hingga 24 April, yang diatur oleh syarikat pelancongan berdaftar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, semalam dilaporkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pengurusan Genting telahpun diarah menutup operasi kasino serta-merta.Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan penutupan serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei). 


(IH)

6 comments:

Anonymous said...

Kah kah.

Sia2 masuk parti Islam pe end.

X buat kerja. orang viral bru pemimpin Islam nak bertindak.

Nampak gayanya penyokong je le buat kerja. Pemimpin goyang kaki dlm gaji besar.

Anonymous said...

Ada 3 soalan dlm fikiran rakyat berkenaan kartel judi onlime kartel Along dan tokey ayam ini. Pengalaman yg dolu dolu tu..

1. Apakah Datuk Seri yg ditangkap judi online dng berketul emas akan di tangkap atau lesap..!? Dolu Datuk Vickey lesap lansung sentap masa itu IGP Amit Bedul lantik kan Tun Mahathir

2. Apakah Datuk Seri itu nntinya ke mahkamah pakai baju reman atau baju jenama Polo

3. Apakah nanti Datuk Seri yg ditangkap akan lenggang kangkung ke mahkamah tidak bergari..

Siapa boleh jawap dng tepat ...!!!

Anonymous said...

Ini lah kaum yang diberi muka lebih lebih dah lama naik kepala dah mula pijak kepala.

Hebat tak pusat judi ni, arahan menteri pun dia tak peduli dan nampaknya tiada siapa yang serius mahu memastikan ia benar2 ditutup akhirnya sebagaimana diarahkan.

Menteri pun, bila sudah tahu pusat judi Genting masih dibuka, langsung tak keluar apa-apa suara susulan.

Bila kaum pendatang di beri muka lebih lebih... arahan pun tak dihiraukan lagi.

Anonymous said...

Siapa yg beri muka dlu?

Geng amano/pengkhianat yg parti Islam terhegeh2 nak buat kawan tu le..

Skrng pun lbh kurang sama je... Nak berkawan lagi?

Anonymous said...

1.06 dan vanza

22 tahun 22 bulan di beri muka lebih lebih... lu fikir sindiri sapa tu

Anonymous said...

Sejak pas bersama kerajaan rakyat rasa lebih selesa. Jika pemimpin tidak terima rasuah, rakyat pun tak terlibat rasuah kecuali sedikit juga. Sama juga yg munafiq tetap ada tapi berkurangan bilangannya. Jika ph 22 bulan, rasuah meningkat, sex songsang meningkat, liberal meningkat, mini zionist naik tocang. Itu baru 22 bulan. Asyik berebut kuasa antara dua atok. Rakyat bosan dan hidup dalam ketakutan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails