19 pertemuan perniagaan antara syarikat Itali dan Malaysia diatur secara dalam talian
KUALA LUMPUR: Itali intai untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Malaysia dalam keselamatan siber yang kini dilihat semakin penting berikutan pertumbuhan transformasi digital di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19.
Duta Itali ke Malaysia, Cristiano Maggipinto menekankan tiga bidang utama yang berpotensi iaitu ialah akademik dan penyelidikan, maritim dan perlindungan infrastruktur kritikal.
“Kami tahu Malaysia adalah negara yang sangat penting dalam keselamatan siber dan berhasrat memulakan kerjasama dengan Malaysia,” katanya dalam temu bual bersama Bernama, di sini baru-baru ini.
Maggipinto berkata kerjasama dalam bidang akademik sedang diusahakan antara Konsortium Interuniversiti Kebangsaan Itali untuk Informasi (CINI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam penyelidikan dan latihan kepakaran dalam keselamatan siber.
Di bidang maritim, beliau menekankan pentingnya kerjasama dalam keselamatan siber antara kedua-dua negara kerana Selat Melaka, antara laluan dagangan utama di dunia.
“Keselamatan perdagangan maritim sangat penting untuk dunia ini termasuk Itali dan Eropah,” katanya.
Mengenai perlindungan infrastruktur kritikal pula, Maggipinto berkata kepentingan kerjasama terutama dalam sektor telekomunikasi, pengangkutan dan kesihatan.
“Terutamanya ketika pandemik melanda menyebabkan peningkatan dalam bidang teleperubatan, justeru perlindungan sistem maklumat untuk hospital sangat penting,” katanya.
Maggipinto berkata Kementerian Luar Itali bersama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Malaysia pada 13 April telah menganjurkan webinar mengenai kerjasama keselamatan siber antara kedua-dua negara yang turut memberi tumpuan kepada tiga bidang utama berkenaan.
Webinar tersebut turut disertai Timbalan Menteri Luar Itali Manlio Di Stefano dan Ketua Pegawai Eksekutif NACSA Mohd Shah Nuri Md Zain.
Susulan webinar itu, sebanyak 19 pertemuan perniagaan antara syarikat Itali dan Malaysia diatur secara dalam talian, yang menurutnya menunjukkan minat kedua-dua negara untuk mengadakan kerjasama.
“Oleh itu, kami berharap ini adalah langkah pertama antara Itali dan Malaysia dalam sektor yang sangat sensitif dan penting ini. Ia juga menunjukkan minat untuk memperluas kerjasama ke pelbagai sektor lain, tidak tertumpu kepada sektor perdagangan tradisi semata-mata,” katanya.
Maggipinto berkata Itali juga tertarik dengan program 5G Malaysia serta penubuhan Makmal Ujian Cybersecurity 5G pertama di rantau ini menjelang 2023.
“Syarikat-syarikat Itali sudah dimaklumkan mengenai program 5G di Malaysia. Berharap dapat melihat syarikat Itali dapat mengambil bahagian dalam program ini, serta menyumbang untuk mewujudkan 5G di Malaysia,” kata Maggipinto. – BERNAMA
Akan datang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Kisah blogger di saman Lee Kwan Yew di Singapura - Di Malaysia barua DAP iaitu PKR paling lantang kebebasan bersuara.
ReplyDelete"A Singapore blogger who faces a defamation lawsuit by Prime Minister Lee Hsien Loong said he raised more than S$70,000 ($55,700) in four days through crowdfunding to pay for his legal costs"
http://www.bloomberg.com/news/2014-06-03/singapore-blogger-tops-funding-goal-to-defend-against-lee-s-suit.html
Oleh kerana semua badan dan persatuan sudah di takutkan , maka tiada yang berani tampil menderma lalu individu sahaja yang menderma kepada bloggers yang berani lawan kerajaan kiasu Cina PAP.
Ini ada lah cara menakutkan musuh politik mereka.
Di Malaysia walaupun DAP berlakon mahu kebebasan bersuara , mereka amat takut kepada kebebasan bersuara yang menghentam mereka , tambah lagi jika datang dari ahli parti atau pun penyokong.
Mereka ada perintah zalim "Gag order" arahan tutup mulut dimana sesiapa yang mengengkari nya akan di bawa ke badan disiplin dan akan di buang dari parti.
Walaupun di Malaysia dimana kerajaan Melayu telah mengugurkan ISA nya kerana tekanan, termasuk dari parti adik PAP ia itu DAP yang menguasai para peguam , dan Majlis Peguam, tapi di negara abang mereka , ia nya utuh dan untouchable.
Lhat sejarah saman dan memufliskan musuh politik amalan PAP. Siapa berani lawan pemerintah cina Singapura, maka tinggal pakai spender dan muflis lah dia.