1. #Aid4Palestine: MB, Exco T’ganu sumbang sebulan gaji
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan Terengganu bersetuju memotong sebulan gaji untuk disalurkan ke Tabung #Aid4Palestine.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, usaha itu turut mendapat sokongan wakil rakyat penyokong kerajaan (backbenchers) apabila mereka menyumbang sebanyak RM3,000 seorang.
“Manakala syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut memberi dana dengan bantuan terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM100,000.
“Ini komitmen serta solidariti kerajaan negeri dalam membantu saudara kita di bumi Palestin yang sememangnya terkesan dengan kekejaman zionis Israel,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah sedang giat menggerakkan kempen bagi meningkatkan lagi kutipan dana untuk Palestin.
“Ini dilakukan mengikut NGO yang ada di Terengganu supaya ia memudahkan seluruh rakyat untuk sama-sama menyumbang.
“Di kesempatan ini juga saya menyeru kepada pihak-pihak seperti syarikat swasta, NGO dan rakyat untuk menyumbang demi kebaikan penduduk Palestin,” tambah beliau.
Pada 12 Mei lalu, Kerajaan Malaysia menubuhkan sekretariat #Aid4Palestine bagi menyelaras bantuan kewangan untuk Palestin dan menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.
Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, perkembangan terkini yang berlaku di Palestin dengan serangan berterusan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah suatu tindakan zalim dan wajib dikecam. – TRDI.my
2. PAS Kedah lancar derma jihad bantu Palestin
ALOR SETAR: PAS Kedah melancar kutipan derma jihad untuk membantu kesengsaraan umat Islam di Palestin yang kini menghadapi pembataian oleh rejim haram Israel.
Pesuruhjayanya Senator Ahmad Yahaya berkata, kempen Derma Jihad Palestin itu melibatkan semua PAS kawasan di Kedah dan dewan-dewan peringkat negeri.
“Derita umat Islam Palestin tidak harus dibiarkan berlarutan. Sehubungan itu, Derma Jihad Palestin yang dilancarkan ini untuk membantu saudara kita di sana yang sangat memerlukan pertolongan ketika ini,” ujar beliau pada satu kenyataan hari ini.
Jumaat lepas tentera rejim Israel melancarkan serangan terhadap umat Islam ketika mereka menunaikan solat di masjid Al-Aqsa.
Kejadian itu berikutan pada setiap Jumaat terakhir di bulan Ramadan, umat Islam Palestin berkumpul di Masjid Al-Aqsa (Intifadah) memperingati peristiwa berdarah kekejaman regim laknatullah terbabit.
Walau bagaimanapun kerakusan rejim haram Israel itu menerima serangan balas dari tentera Al-Qasam sehingga mereka menjadi kucar kacir di mana banyak nyawa dan harta benda musnah.
Sayap tentera Hamas membalas dengan menembak peluru berpandu bertalu talu ke negara haram Israel yang sama sekali tidak dijangka zionis.
Ahmad berkata, kesengsaraan umat Islam di Palestin tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, di mana melibatkan ratusan nyawa tidak berdosa melayang selain sekolah, bangunan kerajaan dan tempat kediaman menjadi sasaran zionis.
Justeru itu beliau mengajak orang ramai bagi membantu umat Islam di Palestin. Sumbangan boleh disalur melalui akaun Tabung Bencana PAS Kedah – 552170001133 (Maybank).
“Semua sumbangan terkumpul akan diserah kepada Aid4palestin. Semoga usaha murni kita yang sedikit ini, mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Marilah kita mendoakan agar kesengsaraan rakyat Palestin segera berakhir,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 14/5/2021
3. Bagaimana sikap kerajan Pulau Pinang, Selangor dan lain-lain?
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamulillah, kita mengalu-alukan parti-parti politik lain selain PAS di Malaysia, yang menyokong pembebasan rakyat Palestin. Terutamanya parti DAP yang terang-terang menyokong perjuangan rakyat Palestin (Lihat DAP kecam serangan Israel... Dasar musang berbulu ...), PKR, PSRM dan lain-lain.
Kita nak tahu juga perkembangan parti-parti mereka mengenai hak kebebasan rakyat tertindas.. Bagaimana sikap kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan lain-lain.
(IH)
PKR senyap PAN PejWang lansung tak bunyi ... ooh tunggu tuan depa DAP bagi arahan lah tuuuu..
ReplyDelete#melayujagamelayu
Pkr kata agama adalah sama. Tu depa takut nak kutuk zionist. Sebab agama zionist sama level dengan agama liberal. Nanti bila dapic bantai Islam, pkr akan sokong dap sebab Islam kata agama zionist tak sama dengan islam. Pkr akan kata pas jumud sebab masih pertahankan warisan Nabi saw yg usia warisan sudah jangkau seribu empat ratus tahun lebih. Mesti berani buat reformasi agama . Tu yg muncul liberal pkr.
ReplyDelete