Saturday, May 01, 2021

Maradona 'dibiarkan' sebelum meninggal dunia

 

Maradona (kiri) dikatakan tidak menerima rawatan mencukupi sebelum meninggal dunia.

SUKAN

BUENOS AIRES: Ikon bola sepak Argentina, Diego Maradona tidak menerima rawatan mencukupi dan dibiarkan "dalam tempoh panjang dan menyakitkan" sebelum meninggal dunia tahun lalu, kata pakar perubatan hari ini.

Menerusi dokumen 70 muka surat, panel berkenaan menyatakan Maradona, yang mengalami serangan jantung pada 25 November pada usia 60 tahun, "sakit teruk sekurang-kurangnya 12 jam sebelum mati" pada saat dia disahkan meninggal dunia di katilnya.

Maradona meninggal dunia selepas menjalani pembedahan di bahagian otak kerana darah beku.

Panel 20 pakar diminta pendakwa raya Argentina untuk menilai punca kematian dan menentukan sama ada wujud unsur pengabaian.

Pakar bedah Maradona, Leopoldo Luque, pakar psikiatri Agustina Cosachovdan dan ahli psikologi, Carlos Diaz kini disiasat selain dua jururawat serta masing-masing koordinator jururawat dan perubatan.

Penemuan berkenaan boleh menyebabkan dakwaan melakukan kesalahan yang mendatangkan kematian dan dihukum penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah.

Maradona menjalani pembedahan pada 3 November, hanya empat hari selepas dia meraikan hari lahir ke-60 di kelab dia menjadi jurulatih, Gimnasia y Esgrima. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails