"Manusia apakah ini yang kita bela selama ini. Ibarat melepaskan anjing tersepit, digigit kembali setelah dilepaskan."
CONTOHILAH keberanian Kerajaan Turki di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan, mempertahankan sejarah Hagia Sophia. Erdogan berpegang kepada kebenaran, berdepan dengan kutukan dunia. Akhirnya, berjaya.
Hagia Sophia tidak menghadapi begitu banyak masalah meskipun sudah beberapa kali berubah fungsi bangunannya. Hagia Sophia sendiri berubah-ubah fungsinya daripada masjid ke gereja dan kemudian muzium dan kembali semula kepada masjid pada tahun 2018.
Kebenaran melawan kebatilan. Kebenaran tetap menang
Jangan mengulangi sejarah Masjid Babri. Kini hanya tinggal kenangan, masjid bertukar menjadi kuil. Masih adakah harapan menjadi masjid kembali? Sejarah Melaka berpaksikan kepada sejarah Kesultanan Melayu Islam Melaka. Kembalikan segera sejarah Melayu Islamnya sebelum tenggelam dengan identiti Kristian penjajah buat selama-lamanya.
Patutlah Portugis sembunyikan semua fakta ini bagi menunjukkan kebongkakkan penjajahan mereka. Sama juga strategi mereka menyembunyikan pelayar pertama mengelilingi dunia iaitu anak Melayu bernama Panglima Awang, bukannya Ferdinand Magellen yang mati terbunuh di Filipina.
Sangat teruja menonton Jejak Rasul dan catatan laman muka buka Luqman NulHakim (5 Mei 2021), bertajuk ‘Afamosa hasil runtuhan batu istana dan masjid?’ Antara faktanya yang turut dibuktikan adalah:
Pertama, menurut, Munsyi Abdullah (1849), tembok kota Melaka yang dibina daripada batu telah dihancurkan British sekitar tahun 1820an. Ia dihancurkan kerana British risau kekebalan tembok itu jika dikuasai musuh kelak.
Kedua, sebahagian pakar sejarah memberikan pandangan bahawa kewujudan tembok kota Melaka sebenarnya dibina pada zaman kesultanan Melaka lagi. Pihak Portugis hanya membina gerbang yang baharu dan gereja di atas bukit.
Ketiga, bukti menunjukkan, terdapat kesan-kesan takik pada jata yang berada di depan dan belakang gerbang mempunyai ukiran seakan-akan keris yang disilang tarakol (sejenis pistol Melayu). Sangat mustahil sebuah kota yang ampuh dan kebal mampu disiapkan kurang setahun walaupun dikerah seluruh orang Melaka membinanya. Melaka ditakluk sekitar Ogos 1511 dan serangan balas dibuat sekitar awal 1513.
Keempat, mengikut cerita orang-orang tua Melaka, ketika Istana Melaka dibakar Portugis, api yang membakar istana mengambil masa satu minggu untuk menghanguskan istana dan cahaya apinya kelihatan sehingga ke seberang (Dumai).
Kelima, dalam catatan Alfonso, mereka memang menggunakan runtuhan batu-batu dari makam pembesar, raja, ulamak dan istana sebagai bahan membina gerbang dan gereja. Kata Lukman (2021) lagi, bukan pintu gerbang itu yang dipersoalkan tetapi bekas Gereja St Paul itu yang patut dirobohkan kerana itulah kawasan sebenar istana dan Masjid Agung Melaka.
Keenam, lima orang Raja atau Sultan pernah Syahid ketika peperangan merebut Kota Melaka iaitu:
(i) Tengku Raja Ahmad Shah Ibni Sultan Mahmud Shah. Putera Mahkota Kerajaan Melaka (1511) – (Melayu), (ii) Raden Yunus menantu Sultan Ageng Raden Demak – Tengku Mahkota Kerajaan Demak (Jawa) berserta dua puteranya. – (1521), iii. Raja Haji Fisabilillah – Tengku Mahkota kerajaan Riau Lingga (Bugis) – 1784.
Ketujuh, ketika mendengar kota Melaka ditawan oleh Portugis, maka terpacul dari mulut Sultan Demak:
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa kami dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Jiwa dan badan kami serahkan.
Kelapan, ketika Raja Haji ditemukan syahid, tangan kanan beliau masih memegang kitab Dalail Khairat (kitab selawat) dan di tangan kirinya badik pusaka milik keluarganya.
Kesembilan, bagi menghina kemangkatan Raja Haji, Belanda telah meletupkan 21 das tembakan meriam atas Bukit St Paul sebagai tanda kemenangan. Abdullah Munsyi, menceritakan penghinaan terbesar adalah ke atas makam Raja Haji dibina kandang babi. Lalu orang Melayu telah menyelamatkan jenazah almarhum (masih utuh) dan dihantar ke kampung Baginda.
Kesepuluh, sepanjang peperangan merebut Kota Melaka, orang Minangkabau di bawah pimpinan Naning banyak menyerang dari bahagian daratan.
Kesebelas, Sunan Ampel (ketua Wali Songo) adalah ulamak besar Nusantara yang mula-mula mengisytiharkan jihad untuk merampas semula kota Melaka.
Dek kerana kepemimpinan Kerajaan Melayu Islam Melaka ketika itu lemah dan mempunyai para pembesar dalam kalangan pembelot dan korup, Melaka telah dijajah selama hampir 450 terjajah. Pun begitu bangsa Melayu tidak duduk diam untuk menebus maruah mereka dan menegakkan kembali agama Allah. Terukir pantun berbunyi:
Kalau nak jatuh, jatuhlah nangka,
Jangan ditimpa si batang pauh,
Jika kerana agama, bangsa dan negara,
Hamba sanggup berkecai tubuh.
Tunggu apa lagi, kembali sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Islam Melaka. Baru-baru ini, kesedaran itu mula muncul, apabila ada cadangan supaya nama Bukit St Paul ditukar namanya kepada nama asal Bukit Melaka.
Malangnya, MCA, parti Cina inilah yang paling kuat menentang penukaran nama Bukit St Paul kembali kepada Bukit Melaka, sehingga tergendala sehingga kini. Ultra kiasu lain pun mengambil kesempatan apabila ada biawak hidup yang memulakan.
Jika kehidupan pemimpin dan ahli MCA seperti baba nyonya boleh juga terima akal hujahnya, tetapi MCA jauh lebih Cina daripada Cina. Kenapa kita masih terus membela dan membela biawak hidup ini? Binalah kembali masjid yang telah dirobohkan oleh penjajah itu di tapak gereja itu sebagai bukti sejarah. Jangan biarkan penjajah terus megah dengan jajahannya.
Di sinilah kebijaksanaan penjajah Portugis dalam melenyapkan nama-nama Melayu Islam, seperti Panglima Awang, orang Melayu pertama mengelilingi dunia, bukannya Ferdinand Magellan atau mungkin Christopher Columbus.
Nama Panglima Awang dilenyapkan dan digantikan dengan nama Henry The Black dan Enrique of Malacca, merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia.
Panglima Awang telah dipenjarakan dan dibaptiskan oleh penjajah Portugis ketika itu kerana Portugis tidak mahu ada nama-nama Melayu Islam naik menandingi mereka. Sememangnya orang Melayu ketika itu dahulu, begitu terkenal sebagai pelayar (kelasi) yang hebat. Panglima Awang bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu kepada kapal Ferdinand Magellan.
Asal-usul Panglima Awang (Enrique) diperdebatkan oleh ramai sejarawan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan Cebu. Apa yang penting Panglima Awang adalah seorang berbangsa Melayu. Ferdinand Magellan atau Fernao de Magalhael merupakan ahli pelayaran Portugis yang mengetuai angkatan lima buah kapal dengan, 270 kelasi, keluar dari Sepanyol pada tahun 1519.
Ketika menjejakkan kaki di kepulauan Filipina, dipendekkan cerita Magellan telah terbunuh. Dalam kata lain, Magellan gagal mengelilingi dunia. Misi pelayaran ini diteruskan oleh Panglima Awang. Kejayaan Panglima Awang ini tidak diceritakan oleh musuh-musuh Islam, malah beliau dipenjarakan, dibaptiskan dan dikristiankan secara paksa. Akhirnya, nama Panglima Awang tenggelam.
Strategi ini juga yang digunakan oleh ultra kiasu. Mereka tidak mahu melihat nama-nama sejarah Melayu Islam ditonjolkan hari ini. Namun, sejarah Bukit Melaka tetap sejarah Bukit Melaka. Kembalikan. Ultra kiasu tetap mahukan kekal nama Bukit St Paul. Siapa ultra kiasu ini yang terlalu raikan? Ikutlah jejak langkah Erdogen dalam melawan kebatilan. Inilah negarawan sebenar.
Sejarah Bukit Melaka telah terpahat sebelum ultra kiasu menjejak kaki ke bumi bertuah ini. Peliknya, kenapa terlalu mendengar kata mereka, sehingga tenggelam identiti bangsa dan agama. Lihatlah bagaimana ultra kiasumemahatkan nama-nama yang tidak kena mengena dengan sejarah Tanah Melayu seperti Sun Yat Sen, Yap Ah Loy, Lim Lian Geok dan lain-lain lagi, termasuk Komunis MPAJA yang dibina tugunya.
Tetapi bila tiba nama-nama yang jelas terbukti dalam sejarah, seperti Bukit Melaka, ultra kiasu begitu kuat menentang. Apa hak mereka berbuat demikian? Manusia apakah ini yang kita bela selama ini. Ibarat melepaskan anjing tersepit, digigit kembali setelah dilepaskan.
PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 10/5/2021
No comments:
Post a Comment