Sunday, May 30, 2021

Mereka rancang RM180 1 dos, RM380 2 dos, sedangkan kos tak sampai 1/3...

 

Manipulasi aplikasi SELANGKAH letus propaganda? 

ANDA tidak dapat daftar AstraZeneca tempoh hari? Namun orang yang tidak cuba mendaftar pula yang dapat tarikh? Adakah ini sebabnya? Terdapat pendaftaran dalam jumlah yang ramai namun daripada satu sumber sahaja. Lebih parah, terdapat individu yang tidak memberikan kebenaran mendaftar dan ini sangat tidak beretika. 

Walaupun pendaftaran vaksin amatlah digalakkan, sistem sedia ada yang diamalkan oleh negara ketika ini adalah Opt-in. Mendaftarkan individu untuk menerima vaksin tanpa kelulusan individu adalah tidak beretika.

Malah, ianya juga diburukkan dengan penggunaan teknologi bagi merebut tempat. Peluang rakyat biasa yang hanya menggunakan telefon pintar untuk  mendapatkan vaksin pula disekat dengan kaedah yang tidak adil oleh sesetengah pihak. 

Kita mengesan pendaftaran dalam jumlah yang ramai ini dilakukan melalui aplikasi SELANGKAH milik Kerajaan Selangor. Kami memandang serius mengenai etika ini dan mengharapkan kerajaan mengambil tindakan yang serius terhadap apa yang berlaku.

Pada mereka yang telah didaftarkan tanpa sedar, anda bolehlah berhubung dengan pihak berkenaan seperti yang disebut di dalam PS CITF.

Aneh di sebalik mempertikaikan pelbagai usaha vaksin dilaksanakan oleh Kerajaan, membuat dakwaan boleh mendapatkan sendiri vaksin, memfitnah kerajaan kononnya kos pembelian vaksin oleh kerajaan adalah mahal.

Kami mendapati mereka merancang mengenakan RM180 satu dos, RM380 untuk 2 dos vaksin sedangkan vaksin yang sama dibeli oleh kerajaan dengan kos tidak sampai 1/3 dari apa yang dilaporkan mahu dikenakan oleh pihak yang ‘berebut’ pula Vaksin Astrazeneca menggunakan nama pemohon tanpa pengetahuan pemohon.

YB DATO’ HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 29/5/2021

1 comment:

Anonymous said...

Semasa pendemik Covit 19 ini boleh dikatakan semua sektor terjejas teruk. Sektor swasta paling terjejas teruk. Ada gaji dipotong, diberhenti kan dan skim VSS. Sektor Awam kurang terjejas dusebabkan kerajaan masih membayar gaji kakitangan awam.

Ada satu sektor pang tidak terjejas sama sekali di masa pendemik ini. Sektor ini ialah Sektor Kartel Judi Online Ahlong. Bukti yang jelas kartel ini kebal ada yang Emounya Kartel di tengkap lesap tiba tiba, bila di heret ke mahkamah tokey kartel masih pakai baju jenama Polo dan lengang kangkung tidak digari. Web judi online masih onn setiap masa. Web lucah sugar book boleh disekat. Judi Online susah sangat ke nak sekat..!?

Itu lah persoalan nya susah sangat ke nak sekat..!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails