Wednesday, May 26, 2021

Misi kemanusiaan Ebit Lew ke Mesir dapat kelulusan

 

Kamarudin mengadakan panggilan video bersama Ustaz Ebit Liew berhubung misi kemanusiaan NGO pendakwah itu ke Mesir. - Foto Twitter Kamarudin Jaafar

KUALA LUMPUR: Misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pendakwah itu bagi memaklumkan misi kemanusiaan yang dijadual bermula hari ini hingga 30 Mei.

"Misi kemanusiaan ke Mesir ini bertujuan memberi sumbangan kepada rakyat Palestin yang terkesan teruk susulan serangan rejim Israel ke atas Gaza.

"Urusan membabitkan misi berkenaan dirancang oleh delegasi Ustaz Ebit Lew secara terus dengan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Mesir.

"Selain itu, segala peraturan, prosedur dan arahan keselamatan yang ditetapkan oleh negara tuan rumah juga mesti dipatuhi.

"Ini penting terutamanya demi memastikan keselamatan Ustaz Ebit Lew dan delegasi beliau sepanjang di perantauan kelak," katanya.

Kamarudin turut mengingatkan delegasi itu untuk mematuhi semua SOP dalam negara yang berkuat kuasa apabila kembali ke Malaysia.

Beliau berkata, secara dasarnya, kementerian menyokong penuh usaha delegasi Ebit dan sentiasa mengalu-alukan rakan NGO yang lain untuk turut menggerakkan pelbagai usaha bagi membantu rakyat Palestin, termasuk mewujudkan tabung bagi mengumpul dana bantuan kemanusiaan.

"Sekiranya diperlukan kementerian boleh membantu untuk menyalurkan dana yang selesai dikumpul oleh NGO kepada pihak berwajib di Palestin melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri.

"Selain membantu memudahkan usaha NGO, kerajaan juga melalui Kementerian Luar Negeri akan terus menggerakkan usaha bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin," katanya.

Sementara itu, Ebit dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini, memuat naik sekeping gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sambil memegang pasport dan tiket penerbangan.

"Pohon doakan ya Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya.

"Ya Allah bantulah kami dan hanya kepada-Mu kami berserah," katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra yang menyokong misi kemanusiaan itu.

"Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati Allah SWT," katanya sambil memaklumkan Turkish Airlines menaja tiket penerbangan rombongannya. (BH)

2 comments:

Anonymous said...

Ini contoh seorng cina yg memahami Islam dan kemanusiaan. Tapi mini zionist dapic menempelak pm kerana kenyataan yg menyokong palestina dan menentang pembunuhan wanita dan kanak2 dan org awam. Mini zionist dapic tidak memahami islam walaupun sudah berada di sini selama puluhan tahun. Mereka juga tidak memahami erti kemanusiaan hanya sempit dengan pemikiran kecinaan. Pemikiran khadam juga mirip dengan falsafah mini zionist dapic.

Unknown said...

Mereka ingin memadamkan islam namun Allah tetap menyempurnakan nya walau dibenci golongan kafir@munafik

Kebencian (kepada islam) di zahirkan di mulut hanya sedikit sedangkan kebencian dihati mereka jauh lebih besar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails