Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto BERNAMA/PEJABAT PERDANA MENTERI
1. Muhyiddin kekal pemimpin politik paling popular
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air, demikian menurut satu tinjauan.
Dalam 'Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan' yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.
Menurut tinjauan yang berlangsung daripada 26 Mac hingga 9 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus diikuti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (30 peratus) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 26 peratus.
Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masing-masing memperoleh 22 dan 11 peratus daripada tinjauan berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata yang mewakili kumpulan umur, jantina, kaum serta kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Selain itu, kajian tersebut yang dilakukan bagi mengenal pasti tahap sokongan pengundi dan kecenderungan mereka terhadap perkembangan politik tanah air semasa, menunjukkan tahap kepuasan bagi dua bekas perdana menteri berada pada tahap sederhana iaitu lebih rendah berbanding Muhyiddin.
Tinjauan itu menunjukkan tahap kepuasan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad ialah 40 peratus pada suku kedua 2020, merosot kepada 29 peratus menjelang suku ketiga tahun sama dan pulih sedikit kepada 33 peratus pada suku pertama tahun ini.
Sementara itu, populariti Datuk Seri Najib Tun Razak pada suku kedua 2020 mencapai 24 peratus, merosot kepada 21 peratus pada suku ketiga namun pulih kepada 27 peratus pada suku pertama tahun ini," menurut tinjauan itu.
O2 Malaysia adalah sebuah pusat penyelidikan dan libat urus sosial yang memfokus kepada sentimen umum merangkumi isu politik serta pilihan raya, sosioekonomi dan penyelidikan dasar awam dengan melihat analisis data. – BERNAMA
2. RM17.8 juta dana Palestin sumbangan rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM17.8 juta dana berjaya dikumpul pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan yang membentuk MyAqsa Defenders (MAD) melalui sumbangan orang ramai terhadap rakyat Palestin.
Menurut kenyataan MAD, hasil sumbangan itu akan digunakan secara berperingkat untuk disalurkan kepada klinik Malaysia-Al Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.
"Kempen khusus pengumpulan dana dari ahli gabungan NGO juga dijalankan sejak hari pertama serangan Israel dan hasil sumbangan dan kepercayaan rakyat Malaysia sumbangan terkumpul sehingga semalam ialah berjumlah RM17,878,518.37.
"Ini menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia kepada perjuangan pembebasan isu Palestin dan kepercayaan kepada gabungan ini untuk menguruskan amanah dengan telus dan penuh integriti," kata kenyataan itu hari ini.
Serangan Israel terhadap bumi Palestin kini sudah memasuki hari ke sembilan sejak ia dilancarkan pada 7 Mei lalu dengan lebih 213 nyawa terkorban termasuk 61 kanak-kanak dan 36 wanita.
MAD menggabungkan 20 NGO antaranya Cinta Gaza Malaysia (CGM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia; Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Malaysia fir Syria dan Iman Care.
Badan itu turut disertai 23 selebriti dan ikon kemanusiaan antaranya Heliza Helmi; MizzNina dan Noh Salleh; Faizal Tahir; PU Rahmat; Fedtri Yahya dan Natasha Hudson.
Selain kutipan dana, MAD juga menggerakkan Kempen #ShameOnIsrael dan #IsraelKoyak dan mengaktifkan pelbagai bentuk kesedaran dan advokasi di seluruh negara bahkan dunia.
Pada masa sama, MAD juga berkata, pihaknya komited dengan
agenda urus tadbir baik, ketelusan, dan akauntabiliti dalam melaksanakan program dan projek kemanusiaan dan kebajikan di Palestin mahupun di tanah air.
Katanya, MAD mengadaptasi kerangka semak dan imbang dalam ekosistem pengurusan dan pentadbirannya dengan meletakkan komitmen antaranya bagi mewujudkan beberapa lapisan pentadbiran bagi menghindari sebarang konflik berkepentingan seperti lapisan Pengasas Bersama Gabungan dan Majlis Tertinggi Gabungan.
(IH)
8 comments:
TAJUK PENIPU bangkai ANHING oleh blog BANGKAI ANJING ni - seolah si DIKTATOR Nazi muhyiddin-NAMX PALSU ni yg. menderma ~$18 JUTA kpd. PALESTIN!!
Semoga ALLAH SWT turunkan BALA amat DASYAT pd. lu si blogger HARAM JADAH amat BANGSAT - yg. menipu ISLAM/UMATnya!!
Wak jahit menongkah arus. Ajenda sekutu dgn anuar dan dap adalah pengkhianat kpd org melayu dan islam. Akar umbi tolak kelangsungan politik peribadi. Politik peribumi adalah asas perjuangan parti. Hayat politik tikam belakang rakan kerajaan umpama buih yg mudah pecah. Itu yg dibangga oleh parti keris bersilang. Bersatu dan patuhi trend yg sedang berlaku.
LAWAKnya!! NGO SAMPAH yg. amat ANTI-UMNO/YAM DS Najib serta memPROMOSI fahaman politik (ideologi) DAP Penjajah ZIONIS iaitu 'bangsa' Malaysia amat RASIS, FASIS & PENIPU (yg. berMOTIF jahat utk. mengHAPUSkan Identiti/Hak/Sejarah/Warisan BANGSA Bumiputera kita) - yg. disyaki diDALANGI oleh DAP Parasit/BERSATU Nazi - mempergunakan Melayu2 LIBERAL-otak lembu utk. membuat satu lagi KAJIAN PENIPU paling KEJI - kononnya DIKTATOR muhyiddin paling POPULAR sbg. Pemimpin & PN akan menang PRU15, serta guan eng HOMO paling popular di no-3 - sementara Pemimpin2 Parti KEMERDEKAAN keramat bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu TULEN kita, paling TAK popular & UMNO akan KALAH kononnya, serta juga kononnya lagi pengundi2 PAS lebih suka rejim PN dr. Gabungan PERPADUAN UMMAH tulen, Muafakat Nasional (MN)!!
KAJIAN2 PENIPU spt. ini - juga disyaki sbg. persedian MENSABOTAJ akan PRU15, disyaki oleh BERSATU Nazi- DAP Parasit (spt. PRU14 diSABOTAJ oleh gabungan BERSIH & NGO Veteran ATM/PDRM Pengkhianat yg. telah menSABOTAJ akan ATM/PDRM/SPR, disyaki melalui penukaran KOTAK2 UNDI samada di tempat Mengundi @ Mengira Undi @ dlm. kereta2 Polis sewaktu perpindahan Kotak2 Undi @ di Balai2 Polis sbg. tpt. Simpanan sementara Kotak2 Undi)!!
Apalagi EJEN2 NGO Asing yg. berpusat di negara PENGGANAS Zionis SWITZERLAND, iaitu BERSIH - telah MENGUASAI secara lansung akan SPR SEWEL!!
Lihat media SAMPAH pro-PH Parasit/BERSATU Nazi, awani HOMO ni - yg. MENIPU kononnya NGO yg. bernama 02 Malaysia adalah 'FIRMA' Penyelidik (yg. LAMAN WEB/FACEBOOK dia TAK boleh buka & TAK tahu HARAM @ SAH, serta TAK dak info ttg. PENGURUSANnya - hanya dpt. lihat komen2 NGO DAPpengganas ni di TWITTER)!!
Di - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddin-kekal-pemimpin-terima-sokongan-tertinggi-rakyat-firma-penyelidik-298824
Atok tua asalnya parti keris bersilang. Abam asalnya parti keris bersilang. Wak jowo pulak bakal bersama atok billionaire, abam bon, sabu syiah dan mini zionist. Bilangan kecil ni biarlah ditelan arus. Kita ada agenda berjemaah bertembung dengan agenda self-centered. Filasuf personal desired tiada tempat dlm jamaah. Mereka terperangkap dlm politik bawah tempurung yg dunianya berlangitkan tempurung. Sudah one step backward mereka. Sasaran baru no rasuah, no kluster mahkamah, no backstabbing. Khalas.
Atok kateeee DAP ok jeeww...!!
Tentera kacang merah @ RBA ternakan puak kafir harbi DA-Pigs berkata "DA-Pigs ok JEW" sebab DA-Pigs adalah barua rejim pengganas Israhell !
Bukankah komen 6:52 menunjukkan tentera kacang merah @ RBA ternakan abang besar roket terdiri dari pesakit mental yang suka memecah-belahkan umat Islam dengan menggunakan pelbagai fitnah dan persepsi ? Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing hancing oleh Pee H !
Biasalah apabila Pee H pimpinan abang besar roket hilang kuasa, puak RBA meroyan histeria gila babi memaki hamun dan menfitnah PN. Jika puak roket dan khadam liberal mereka hina Islam, puak RBA diam membisu seolah-olah okay JEW !
Post a Comment