Tuesday, May 04, 2021

Oh! Indahnya rindu laungan kejut sahur

 

Sebahagian penduduk Kampung Batu 2 Jalan Apas, Tawau, yang menyertai "ketuk-ketuk kejut sahur" pada 2018. - Foto/Abdul Rahemang Taiming.

Bunyi paluan kompang dan tamborin diiringi alunan lagu-lagu rakyat dimainkan sekumpulan penduduk mengelilingi Kampung Batu 2, Jalan Apas, Tawau, Sabah, bagi mengejutkan umat Islam bersahur, aktiviti biasa setiap kali Ramadan.

Aktiviti itu dikenali sebagai "ketuk-ketuk kejut sahur" amat popular di beberapa kampung sekitar daerah itu yang dipercayai diperkenalkan sejak awal 1970-an dengan menyelitkan pelbagai unsur nasihat melalui penyampaian lagu-lagu rakyat di sepanjang laluan serta hadapan rumah penduduk.

Ia bertujuan mengejutkan penduduk setempat beragama Islam bangun tidur bersahur tanpa mengira lapisan usia termasuk mungkin kanak-kanak seawal usia enam tahun untuk menunaikan ibadah puasa.

Penduduk lazimnya bergerak secara berkumpulan antara 20 hingga 30 orang berjalan kaki mengelilingi kampung sambil membawa peralatan muzik tradisional seperti kompang, tamborin dan kerincing, seawal jam 2 pagi hingga 4 pagi atau sebelum masuknya waktu imsak.

Namun, kemeriahan sambutan Ramadan dengan tradisi itu berbeza sejak tahun lalu akibat COVID-19. Tahun ini, mereka tidak mengadakan "ketuk-ketuk kejut sahur" sebagai langkah keselamatan, namun bagi penduduk suasana itu amat dirindui mendengar alunan lagu mengajak semua bangun bersahur.

Rindu bunyi paluan kompang

Bagi penduduk Kampung Batu 2, Jalan Apas, Ramadan tahun lalu dan tahun ini tidak semeriah tahun sebelumnya apabila aktiviti yang dekat di hati penduduk setempat tidak boleh dilakukan.

Wakil penduduk, Darwis Sonda, 53, berkata sambutan Ramadan di kampung kini bertukar sunyi dan perlu menangguhkan acara tradisi itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di daerah ini bermula 3 April lalu dan kini dilanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 17 Mei depan.

"Kita batalkan aktiviti ini kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan kegiatan berkumpulan membabitkan orang ramai," katanya.

Bagi suri rumah, Salmiah Salleh, 60, mengaku merindui bunyi paluan kompang dan tamborin selain alunan lagu-lagu rakyat setiap kali bangun menyediakan juadah bersahur.

"Penduduk terutama belia dan kanak-kanak berkumpul dan sanggup pusing satu kampung untuk kejutkan penghuni di sini bangun bersahur," katanya.

Teruskan tradisi

Belia kampung, Mohd Zulkifli Abd Wahab, 20, menegaskan lakukan aktiviti berfaedah termasuk mengadakan latihan dalam skala kecil bagi meningkatkan kemahiran bermain alat muzik.

Kanak-kanak juga bangun awal pagi untuk menyertai ‘ketuk-ketuk kejut sahur’ pada 2018, menambah kemeriahan sepanjang Ramadan. Foto/Abdul Rahemang Taiming
Mohd Zulkifli (kiri belakang) bersama beberapa kanak-kanak Kampung Batu 2 Jalan Apas, mengadakan latihan bermain kompang dan tamborin selepas tiada aktiviti ‘ketuk-ketuk kejut sahur, tahun ini. Foto/Abdul Rahemang Taiming 

"Kami kumpulkan beberapa kanak-kanak untuk dilatih bermain kompang dan tamborin supaya mereka dapat meneruskan tradisi turun-temurun ini," katanya pemuda generasi ketujuh di kampung itu.

Peserta cilik, Mohd Alif Jasri, 9, mengakui acara "ketuk-ketuk kejut sahur" sebagai mencabar tetapi menyeronokkan.

"Kami terpaksa bangun awal (sebelum waktu subuh). Mujur ada ayah yang tolong kejut sebelum kami sama-sama menyertai yang lain," katanya mula menyertai acara tradisi itu sejak berumur enam tahun.

Lihat sebelum ini.. Ibnu Hasyim

1 comment:

Anonymous said...

KIT SIANG MENGGESA 6 BEKAS KETUA POLIS NEGARA BERSUARA SETELAH HAMID BADUR MEMULAKAN BERSUARA TERHADAP MENTERI DALAM NEGERI.

TURUT DIGESA IALAH BEKAS-BEKAS MENTERI DALAM NEGERI SUPAYA IKUT MEMBERIKAN KOMEN ?

Komen aku mudah ajer... sesiapa yg naik jadi kerajaan akan buat benda yang sama atsu hampir sama... Kit Siang tu cakap jer hebat dia klon Lee Kwan Yew

Bila Cina dapat kuasa perangai lagi teruk... itu goreng DAP jangan terpedaya waklu sekelian ...!!

Orang Melayu kena faham isu betul betul kena faham siapa musuh siapa kawan.. tak kan kena goreng babi masak kicap dari DAP@LeeKwanYew dah mengelupo tak boleh fikir...

#melayujagamelayufahamkanyer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails