Monday, May 24, 2021

Pembandaran Cina M'sia, sama Yahudi Palestin, Melayu B/Uban Mangsa..

 

Smart lifestyle infrastructure for Penang development

Projek pembandaran Yahudi miliki persamaan dengan projek pembandaran Cina?

PENGUSIRAN beberapa orang keluarga Palestin yang menetap di kawasan penempatan Syaikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur baru-baru ini merupakan sebahagian daripada ‘master plan’ Israel terhadap ‘bandar Baitulmaqdis’.

2. Terdapat tiga pelan utama yang digagaskan antaranya adalah ‘Jerusalem 2020 Master Plan’, ‘The Maron Plan’ – Pelan Pembangunan dan Kemajuan Kerajaan Tempatan, dan juga Jerusalem 5800 (juga dikenali sebagai Jerusalem 2050) – Pelan Pembangunan daripada sektor swasta.

3. Ketiga-tiga pelan terbabit saling melengkapi dalam meningkatkan jumlah populasi Yahudi di bandar terbabit dan mengurangkan jumlah populasi rakyat Palestin melalui strategi pembandaran.

4. Strategi tersebut adalah selari dengan perancangan Pembandaran SDG 2030 dalam membangunkan bandar Baitulmaqdis menjadi sebuah Bandar Antarabangsa (international smart city) dengan menjadikan sektor pelancongan, pendidikan dan teknologi sebagai pelan utama.

5. Dengan adanya ‘master plan’ tersebut banyak projek-projek baru dibangunkan antaranya hotel-hotel, pusat pendidikan, hub teknologi dan kawasan-kawasan pembandaran mewah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat tempatan.

6. Pelan ini menyasarkan pembinaan penempatan baru Yahudi sebanyak 62.4 peratus, dan membuat beberapa pindaan undang-undang untuk mengusir rakyat Palestin keluar dari kawasan tersebut. Antaranya ‘absentee law’ dan ‘third generation law’. Undang-undang tersebut mengusir warga Palestin secara halus dan terancang melalui usaha pembandaran.

7. Wujudkah pelan sebegini di Malaysia? Dalam keluaran Landskap kami baru-baru ini, ada memberikan beberapa kajian kes pembandaran antaranya Projek Penang Smart City, dan juga Projek Iskandar Smart City. Sumber: https://iris.institute/…/dominasi-taikun-kapitalis…/

8. Kedua-dua projek ini, mengunakan template ‘pembangunan’ yang lebih kurang serupa dengan apa yang cuba dibangunkan di Palestin. Seperti contoh di Penang, antara yang terkesan adalah penduduk Melayu di Batu Uban, anda boleh menonton dokumentari itu di sini: https://youtu.be/xwFregunsc8

9. Jika bandar-bandar di Baitulmaqdis membawa masuk pelabur-pelabur luar Yahudi dari Amerika Syarikat dan Eropah, bandar-bandar baru di Malaysia membawa masuk pelabur-pelabur luar dari China, Hong Kong, Taiwan dan juga Singapura. Strategi yang sama digunakan untuk meningkatkan demografi warga Yahudi, dengan membawa masuk diaspora Yahudi ke Israel, dan strategi yang sama juga digunakan untuk membawa masuk diaspora China membeli rumah dan menetap di Malaysia.

10. Wujudkan persamaan dalam kedua-dua contoh ‘master plan’ pembandaran tersebut? Satu projek membawa idea untuk ‘mengyahudikan’ bandar-bandar Palestin dan satu projek lagi membawa idea untuk ‘mengchinakan’ lagi bandar-bandar di Malaysia? 

Fikir-fikirkan.

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pembandaran Cina di Malaysia, sama dengan pembandaran Yahudi di Palestin. Contohnya, Melayu Batu Uban Pulau Pinang jadi mangsanya.   

6 comments:

  1. Di Penang tu... Melayu/Mamak sendiri yg menyebabkan tanah terjual semasa era umno perintah


    Situasi 1. Mak bapa mati.. Harta sekangkang kera berebut x bleh buat pusaka. Kena jual. Jual kat bangsa lain harga tinggi.

    Situasi 2. Ada tanah. Duit makin kurang sbb boros atau masalah peribadi. So jual tanah. Jual kat bangsa lain harga jualan tinggi

    Situasi 3. Ada tanah. Ada tali barut (geng amano hidup Melayu juga yg jadi broker pujuk jual). Jual kat bangsa lain harga tinggi. Kisah benar... member datang bagitau jual tanah 1 juta sambil senyum kat aku di Balik Pulau. Seronok... Dlm hati aku kesian sbb apa lah sangat 1 juta tu... habis juga nanti. Dia pula lari keluar dr pulau pegi tinggal kat Seberang Perai. Hilang 1 keluarga Melayu di sebelah pulau.

    Semua salah bangsa lain kerrr???

    Bangsa lain tu ambil peluang sj.

    Bangsa sendirilah yg salah. Salah juga pemimpin Melayu dlu yg gagal bawa Melayu mengatasi kemiskinan.

    Pemimpin/kroni/Dato'/ketua cawangan cawangan...kaya raya. Rakyat merempat.. anak2 Melayu ramai hisap dadah, ketum dan kaki merempit.


    Tlg sedar orang Melayu Islam. Pilih pemimpin yg sederhana dan jujur. Jangan bersama P End yg bergabung pencuri, pengkhianat dan pengIslam kununnya...

    ReplyDelete
  2. Pertimbangkan dua situasi ini:

    (1) Bukankah terdapat kuota Bumiputera-Melayu untuk rumah kedai yang dibina ? Mengapa hampir semua rumah kedai dimonopoli @ dibeli @ dimiliki oleh kaum bukan Melayu?

    Adakah orang Melayu telah dinafikan hak untuk membeli rumah kedai kuota bumiputera-Melayu melalui pelbagai tipu helah seperti kononnya semua rumah kedai telah dibeli oleh orang Melayu sedangkan unit-unit rumah kedai itu belum dijual kepada orang Melayu ?

    Selepas sesuatu tempoh rumah kedai dibiarkan kosong, mungkin pemaju akan beritahu kerajaan negeri konon orang Melayu tidak berminat untuk membeli rumah kedai tersebut. Akhirnya rumah kedai itu mungkin dijual kepada orang bukan Melayu.

    (2) Pemaju mungkin sengaja menjual rumah pada harga yang sangat tinggi kerana mereka tahu majoriti orang Melayu tidak mampu membeli rumah tersebut.

    Akibatnya orang Melayu terpaksa tinggal di kawasan setinggan atau menyewa bilik dll sahaja.

    Apabila orang Melayu sudah tua, mereka terpaksa balik ke kampung.

    (3) Pemimpin Melayu dalam kerajaan BN, PH dan PN telah gagal membela nasib kaum Melayu seperti tidak membina rumah kos rendah di bandar untuk kaum Melayu.

    Bukankah situasi ini sama dengan situasi di zaman penjajah British di mana orang Cina menetap di bandar dan orang Melayu di kampung ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan komen 10;26 pm

      Pertimbangkan tiga situasi ini:

      Delete
    2. Situasi ke-4:

      Kaum bukan Melayu membeli rumah dan rumah kedai kuota bumiputera dengan menggunakan 'Ali Baba' !

      Delete
    3. Pembetulan komen 10;26 pm

      Pertimbangkan EMPAT situasi ini:

      Delete
  3. Pemimpin ka Penang bukan pulau saja tergadai...akidah pun nak digadai dengan Pluralisma Murtad... tak caya ko pi tgk kat Matang Pauh tuhh...??

    ReplyDelete