Kedah tuntut bayaran, bukan pampasan dari Pulau Pinang
ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya Perbadanan Bekalan Air (PBAPP) negeri itu diminta menghentikan dolak-dalih sebaliknya memenuhi tuntutan membayar RM50 juta diminta Kerajaan Negeri Kedah.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kedah tidak menuntut pemberian pampasan daripada Pulau Pinang, sebaliknya mengenakan bayaran atas penggunaan air mentah oleh negeri tersebut.
Beliau menegaskan perkara tersebut ketika menjawab pertanyaan media mengenai isu tersebut selepas Majlis Serahan Tabung #Aid4Palestin di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini sebentar tadi.
“Saya minta bayaran daripada Pulau Pinang. Pampasan saya tahulah minta dekat (Kerajaan) Pusat. Kita reserve hutan, reserve tadahan untuk kawasan pertanian apa semua ini kita minta dekat Pusat. Bayaran ayaq (air), Pulau Pinang kena bayaq, dia yang ambil ayaq. Itu pun tak reti (tahu)?
“Bayaq-bayaq. Tak kan nak suruh Federal bayaq, hangpa yang kederah ayaq tu.
Bayaran air mentah, bayar kepada Kedah. Pampasan kita (Kedah) minta dekat Federal, betul. Kita bukan minta pampasan dekat Pulau Pinang, kita minta dia bayar air mentah.
“Tak payah duduk kona-kona (pusing-pusing) dekat orang lainlah. Straight forward, you bayar air mentah, Kerajaan Pusat kita (Kedah) tahulah nak minta (pampasan). Bukan kita minta pampasan dekat Pulau Pinang.
“Saya dah hantar kita punya itu kepada KASA (Kementerian Alam Sekitar dan Air) untuk Kerajaan Federal jadi moderator. Hantar kita punya pandangan-pandangan pakar dari segi teknikal. Bagi kepada KASA, KASA kata akan jadi mediator untuk uruskan bayaran itulah,” ujarnya.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Dato’ Ir Jaseni Maidinsa hari ini dalam kenyataannya berkata, Kedah sewajarnya menuntut pampasan untuk perlindungan undang-undang dan pemuliharaan Ulu Muda daripada Kerajaan Pusat.
“Ini kerana Kerajaan Pusat yang memperoleh cukai berjumlah RM16.4 bilion pada 2019 dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang harus membayar dan memberi pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk memastikan keselamatan bekalan air di negeri-negeri Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
“Ulu Muda berfungsi untuk tiga negeri di NCER, dan bukan hanya Pulau Pinang. Jadi melihat kepada fakta ini, kami sangat bersetuju Kedah berhak mendapat pampasan untuk melindungi dan memulihara Ulu Muda sebagai Lembangan NCER.
“Oleh itu, Pulau Pinang dan PBAPP menyokong sepenuhnya tindakan Kedah untuk mendapatkan pampasan daripada Kerajaan Pusat kerana melindungi dan memulihara Ulu Muda,” katanya.
Sanusi sebelum ini menuntut RM50 juta setahun dari Pulau Pinang kerana mengabstrak air mentah dari Sungai Muda dan pampasan RM100 juta setahun daripada Kerajaan Pusat atas pengorbanan memukihara kawasan tadahan Ulu Muda.
Tuntutan yang dibuat Kedah sejak tahun 2010 itu lagi tidak pernah dilayan Pulau Pinang, tetapi apabila berbangkit ura-ura kemungkinan penerokaan di Ulu Muda, Ir Jaseni memulakan bantahan.
Malah, beliau juga menyatakan tentangannya apabila Kedah melaksanakan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Muda bertujuan mengimbangi kestabilan paras airnya.
Begitu juga ketika KASA mengumumkan Lembaga Lembangan Sungai Muda (MRBA) bagi penyelesaian itu, Jaseni sebaliknya mahu Lembaga Lembangan Ulu Muda (UMBA) ditubuhkan.
Tindakan-tindakan Dato’ Ir Jaseni mewakili sikap Kerajaan Pulau Pinang itu dilihat keterlaluan dan hingga campur tangan terhadap urusan dan kedaulatan negeri Kedah sebagaimana bidas Sanusi. – HARAKAHDAILY 18/5/2021
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pasai apa bodo sampai tera tu?
Ni MB selut. Saman la apa lg?
ReplyDeleteJangan bagi muka pada pencuri besaq air dari Dapigs
ReplyDeleteJangan jadi Air Malaysia ke Singapura... buat perjanjian bertulis dan pastikan untung pada pembekal sir bukan pembeli ... pastikan jgn lepas pandang tempoh perjanjian....
ReplyDeleteSingapura akhirnya dapat air free...
tak ke kimak nama nye tu
Pi la kalih sungai tu.
ReplyDelete