Tuesday, May 04, 2021

Ramadhan &Semangat Badar dalam PRU 15. siri 4

 

Lihat sebelum ini..

1. Kewajipan mengundi.  

Apabila politik menjadi sebahagian daripada ajaran Islam, maka kewajipan memilih pemimpin adalah sebahagian daripadanya. Dalam sistem demokrasi diadakan pilihanraya dengan mensyaratkan seseorang itu mendaftarkan diri menjadi pemilih yang membolehkannya mengundi.


Walaupun demokrasi berasal daripada barat, namun tidak boleh dipisahkan daripada kewajipan politik yang ditegaskan oleh hukum Islam selagi tidak bercanggah dengan dasar dan konsep Islam yang sempurna, teguh dan anjal. Pemerintahan Islam di sepanjang zaman keemasannya menerima segala yang baik daripada semua bangsa yang bertamadun dan mengislahkan kelemahan serta menolak kemungkarannya.

Perlu disedari mengikut kajian sejarah, demokrasi moden di negara barat adalah terpengaruh daripada Politik Islam yang dikaji oleh ilmuan barat daripada Tamadun Islam dalam segala aspek, bukan sahaja dalam bidang sains teknologi, bahkan sebenarnya termasuk juga dalam ilmu sains politik. Di mana mereka mengenali amalan memilih pemimpin dalam syariat Islam sehingga diadakan sistem pilihan raya, tetapi mereka memisahkannya daripada agama.

Demokrasi purba di Greek yang dicipta oleh tamadun barat tidak boleh menandingi Feqah Politik Islam. Apabila caranya tidak berpijak di lapangan rakyat semua peringkat, maka dilakukan perubahan pemerintah secara revolusi seperti di Perancis, England dan lain-lain. Di beberapa negara lain pula mengorbankan rakyat silih berganti, sehinggalah para orientalis bertemu dengan pengajian Islam.  

Islam menempa sejarah politik ketika wafatnya Rasulullah S.A.W. Para sahabat R.A. di kalangan Muhajirin dan Ansar yang mewakili semua kumpulan dan kelompok melaksanakan konsep syura yang disebut di dalam Al-Quran. Mereka berhimpun di tempat bernama Thaqifah Bani Sa’idah (Dataran Bani Sa’idah), sekarang dibina Kompleks Percetakan Al-Quran.

Tujuan perhimpunan itu adalah bagi memilih Khalifah (Ketua Negara) menggantikan Rasulullah S.A.W. selepas kewafatannya. Himpunan itu dilakukan selepas selesai menyembahyangkan jenazah Rasulullah S.A.W. sebelum dikebumikan jasadnya yang mulia itu. Ini menunjukkan betapa besarnya kewajipan memilih pemimpin dalam ajaran Islam, sehingga lebih diutamakan daripada mengebumikan jasad Rasulullah S.A.W.

Ada tiga calon yang dicadangkan. Kalangan Ansar (penduduk asal Madinah) mencalonkan pemimpin mereka, Saad bin Ubadah R.A, adapun keluarga Rasulullah S.A.W dan beberapa orang yang lain mencalonkan Ali bin Abi Talib K.W.H (menantu dan sepupu Rasulullah S.A.W.), kalangan Muhajirin pula mencalonkan Abu Bakar R.A. daripada Muhajirin Qabilah Quraisy. Apabila mereka mendengar Hadis Rasulullah S.A.W. yang pernah bersabda:

الأئمة من قريش

“Para pemimpin utama hendaklah daripada Quraisy.”

Akhirnya Abu Bakar R.A dipilih menjadi Khalifah. Para ulama yang menulis berkenaan Politik Islam menegaskan dalil mafhum daripadanya adalah memilih pemimpin yang muslim dan mempunyai kelayakan daripada kaum yang paling kuat pengaruhnya dalam masyarakat. Syarat muslim kerana Islam menjadi aqidah negara, manakala syarat Quraisy kerana dominasi dalam masyarakat.

Kuasa Khalifah Abu Bakar R.A tidak mutlak dan pentadbirannya secara syura yang melibatkan anggota kabinet di kalangan pemimpin para sahabat dan masyarakat umum yang bebas menasihat dan mengkritik, berprinsipkan patuh kepada hukum tertinggi Al-Quran dan Sunnah serta menghayati amalan syura.   

Cara pemilihannya sentiasa berubah mengikut perkembangan masyarakat dan zamannya seperti juga hukum Islam yang lain. Contohnya haji yang diwajibkan menjadi rukun Islam, tidak lagi musafirnya melalui unta atau berjalan kaki sahaja. Zaman kini perjalanannya melalui pesawat udara dan keselamatannya melalui amalan visa. Maka semuanya menjadi wajib kerana termasuk di dalam kaedah hukum Syara’:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

“Apa-apa yang tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib juga.”

Contoh lain juga adalah wajibnya pakaian menutup aurat bagi menunaikan sembahyang, tanpa dipersoalkan siapa yang membuat kainnya dan siapa peniaganya, tanpa ditanya agama tukang jahit dan bentuknya dari negara mana, tetapi syarat sah orang sembahyang itu adalah Islam.

Begitulah juga perubahan masyarakat dan zaman dalam amalan politik yang mengadakan pilihan raya umum pada hari ini, tidak boleh dipisahkan daripada kewajipan politik yang menjadi sebahagian daripada syariat Islam.
 
Rasulullah S.A.W. telah memberi amaran kepada umatnya yang cuai melaksanakan kewajipan ini di akhir zaman menyebabkan kemusnahan mereka.

Sabda baginda SAW:

لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الإِسْلاَمِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِى تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضاً الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلاَةُ (مسند أحمد)

“Demi sesungguhnya (akan berlaku) dirungkainya tali simpulan teguh yang mengikat ajaran Islam, satu demi satu. Apabila satunya dirungkai menyebabkan orang ramai menjadi berselerak terpaksa berpegang dengan simpulan ikatan yang ada selepasnya. Perkara pertama yang dirungkai ialah hukum (yang berkait dengan pemerintahan negara) atau politik dan yang terakhirnya ialah sembahyang.”

Imam Al-Ghazali yang banyak menulis berkenaan tasawuf juga memberi perhatian khusus dalam aspek pemerintahan negara dalam kitabnya yang berkait dengan aqidah menegaskan:

“Agama menjadi asas, kuasa pemerintahan (politik) menjadi pengawasnya. Kalau tidak ada asas menyebabkan runtuh dan kalau tidak ada pengawas menjadikan hukum agama itu sia-sia sahaja”

Kita menyaksikan sekarang betapa ramai di kalangan umat Islam tidak mengambil kisah atau menganggap tidak penting dalam aspek ini. Ada juga yang merasa bosan kerana banyaknya karenah yang tidak menyenangkan dalam aspek politik, lalu mereka menyerah kalah atau mencari pendekatan yang salah apabila lebih mudarat bencananya. Mereka lupa betapa politik banyak mempengaruhi aspek yang lain, khususnya aspek kedaulatan negara dan keselamatan umat, bukan sahaja aspek ekonomi dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. menyuruh umatnya bersabar menghadapi penyelewengan politik kerana wajib memelihara urusan politik supaya tidak terjerumus ke dalam bencana yang lebih besar akibatnya.

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis yang menunjukkan betapa Allah dan Rasul-Nya sangat murka terhadap orang yang tidak mengambil perhatian terhadap kepentingan umatnya sehingga menerima bencana yang memusnahkan semuanya.

Maka hendaklah difahami betapa mendaftarkan diri untuk menjadi pengundi di zaman kini adalah satu kewajipan agama yang besar terhadap setiap orang lelaki dan wanita apabila mempunyai kelayakan.

Allah berfirman:

وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم ٣٨ محمد

“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman dan menegakkan Islam) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” (Surah Muhammad: 38)

Urusan menegakkan Islam dengan menjadi pemerintah berkuasa politik adalah kewajipan besar bagi umat Islam. Adapun yang datang menguar-uarkan supaya umat Islam melupakan politik adalah warisan peninggalan penjajah supaya umat ini lemah dan hilang kuasanya. Akhirnya menjadi hamba kepada sesiapa yang mengambil kuasa.

Mengundi bukan sahaja memilih pemimpin bagi pihak rakyat, bahkan tanggungjawab mengundi adalah melantik wakil rakyat untuk melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar yang menjadi tonggak penting dalam menjaga jati diri umat melalui kekuasaan atau bersuara dan menentukan sikap. Mengundi juga adalah menjadi hakim terhadap kerajaan dengan melakukan hisbah di sepanjang penggal pemerintahannya.

Konsep ini bersandarkan kepada firman Allah:

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤ آل عمران

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran: 104)

Sabda Rasulullah S.A.W.

وَالَّذِي نَفْسي بِيَدِهِ، لَتَأْمُرُنَّ بِالمَعْرُوفِ، وَلَتَنْهَوُنَّ عَنْ المُنْكَرِ أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللهُ أنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَاباً مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُوْنَهُ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ. (رواه الترمذي)

“Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman kekuasaannya. Kamu hendaklah menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau kalau kamu tidak melaksanakannya, hampirlah Allah menghukum kamu dengan balasan daripadanya. Kemudian kamu berdoa kepadanya, tiba-tiba doa kamu tidak diperkenankan” (Riwayat Tarmizi)

Hanya Muslim tanpa pedulikan maruah umatnya sahaja tidak mahu mengundi.

Padi bukan sebarang padi,
Padi ditanam di dalam sawah,
Mengundi bukan sebarang mengundi,
Mengundi kerana pertahan maruah.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS, Bertarikh: 6 Zulhijjah 1438H / 28 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 28/8/2017 

2. Undi Parti Islam

Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia (PAS) (Pindaan 2011) Perlembagaan PAS (klik gambar).

Bab 1
Fasal 1. Nama: Nama Pertubuhan ini ialah 'Parti Islam Se Malaysia ringkasnya disebut 'PAS' sahaja.
Fasal 2. Pejabat yang didaftarkan: Pejabat Agung PAS yang didaftarkan pada masa ini ialah: Pejabat Agung PAS, No. 318-A, Jalan Raja Laut,50350 Kuala Lumpur

Bab 2
Fasal 3. Dasar: Dasar PAS ialah ISLAM
Fasal 4. Seruan Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR

Jelasnya, dasar PAS ialah ISLAM. Inilah asas yang di bawa oleh Muhammad SAW, teruji dengan halangan perang Badar, golongan Islam yang kecil mampu mengalahkan golongan bukan Islam yang besar. Semangat perang Badar terus membara dan marak hingga kini.

Suasana politik di Malaysia kini sama seperti suasana hampir Perang Badar di zaman Raslullah SAW. Sebelum berlaku Perang Badar ahli politik waktu itu terbagi dua. Golongan Islam dan yang bukan Islam. Timbul idea penyatuan ummah, sehingga hampir jelas pertembungan antara kumpulan beriman dan kufur.

PAS bersama kumpulan Melayu berasaskan Islam akan bertarung dengan puak-puak khianat dan penentang Islam. Pertempuran ini berlaku dalam medan perang 'peti undi' PRU 15 yang akan diumumkan sikit hari lagi. Dengan ini semangat Perang Badar ini wajib dipulihkan segera! -Ibnu Hasyim,
(Bersambung)

1 comment:

Anonymous said...

"Enemy At The Gate" - DAP@PAP Rencana Sulit Nya Hanya Selepas Sehari Tawan Putrajaya saja sudah memadai.

Keputusan undian CEC DAP yang lalu , seharus nya membuka mata rakyat terutama nya orang Melayu.

Apa yang terjadi barua DAP ini ialah ahli Melayu dalam DAP yang tidak lansung di iktiraf oleh ahli Cina yang menjadi pengundi pada pemilihan Jawatan Kuasa Kerja Pusat DAP.

Ia umpama seperti kedudukan orang Melayu di Singapura , di mana walaupun jumlah Melayu kedua paling ramai namun dalam heraki negara milik abang DAP ia itu PAP, Melayu terletak di kasta paling pariah

DAP sebenar nya menyerang Islam namun mereka sembuyi serangan di atas nama politik, dan mereka menyerang jenama "PN" ada lah parti harapan orang Islam dan majoriti nya Melayu.

Dua halangan besar kepada DAP untuk menguasai orang Islam ada lah parti UMNO dan institusi Raja.

Jika dua "barrier" ini dapat di tumbangkan, maka seluruh umat Islam dapat di jinak kan.

Pesta arak bukan lah penting sangat untuk di raikan oleh DAP dan pembangkang , namun itu sahaja antara jalan untuk memecah belah kan umat Islam dan melayu.

Apabila isu pesta arak di bangkitkan , umat Islam berpecah antara Islam sejati dan Islam barua.

Yang bertaraf barua @ hamba DAP akan mencari jalan untuk menghalal kan hanya untuk memuaskan boss mereka atas sebab sudah memakan "dedak" dari DAP.

Dengan barua Melayu Mudah Lupa yg disulami anak cucu nya pejuang LGBT dan COMANGO bersesuaian dengan agenda Evanglista Komunis maka DAP tidak perlu pun kerusi majoriti untuk menguasai kerajaan Pusat.

DAP hanya perlu jumlah kerusi yang boleh membantu PH menjadi kerajaan sahaja sudah memadai kerana senjata ampuh DAP ada lah rasuah, kuasa "ugutan" dan kuasa tekanan.

Jika DAP cuma mendapat 20 kerusi parlimen pun namun jumlah itu boleh membuat PH jadi kerajaan, maka DAP akan ugut akan keluar dari PH dan semua komponen tidak dapat jadi kerajaan pusat.

Termasuk lah individu seperti Tun Mahathir yang terlalu terdesak mahu kan kuasa pusat era PH. Tun melepaskan banyak bagasi sulit nya yang memerlukan kuasa Perdan Menteri dan Menteri Kewangan.

Selepas itu serangan terhadap Melayu UMNO dan Raja Raja pun akan di mulai oleh DAP mengguna kan barua Melayu nya.

Maka cadangan pelik pelik akan terdengar dari Melayu DAP ini. Jika PRU 15 parti Melayu tumbang maka Raja Raja Melayu di turunkan.

Maka bermula lah pesta arak, pesta "gay rights" ajaran pluralisme, syiah, COMANGO dan sekwatu dengan nya melalui proksi barua Lee Kwan Yew@DAP iaitu Melayu PKR/PAN

Ramai anak muda Melayu perlu diberi kefahaman isu isu ini dengan baik. Jika mereka tidak menguasai isu ini dengan baik maka mereka sering jadi adu domba politik murahan.

Sering bercakaran sesama sendiri melalui serangan fitnah persepsi oleh pemimpin yang sudah terlalu tua dan nyanyuk ini.

Jihad new norm anak Melayu adalah di peti undi. Melalui PN gabungan UMNO/ PAS/Bersatu Melayu boleh menguasai negara.

Melayu orang muda mahukan politik matang , politik fakta politik data dan statistik di era teknologi maklumat dihujung jari mereka sekarang ini. Politik 'acah acah power' dengan puisi sajak retorik meloyakan tak laku lagi era ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails