KUALA LUMPUR: Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyatakan kesediaan untuk melobi negara-negara Arab yang menormalisasi hubungan bersama Zionis Israel dalam usaha membebaskan Palestin daripada terus ditindas.
Beliau berkata, pihaknya sememangnya dalam usaha melakukan pendekatan sedemikian melalui kedutaan-kedutaan mereka di Malaysia.
Perkara tersebut dinyatakan Abdul Hadi setelah ditanya mengenai kesediaan beliau yang memangku jawatan sebagai Duta Khas oleh moderator wawancara Astro Awani, Nazri Kahar melalui Dialog Tiga Penjuru: Di Sebalik Senyuman Hamza, semalam.
“(Kita) bersedia, dan pertemuaan diadakan dengan kedutaan mereka yang ada di sini. Hendak pergi ke luar negera susah sekarang ini, jadi (kita usahakan) melalui kedutaan-kedutaan di Malaysia,” ujarnya dalam wawancara sama.
Untuk rekod, Israel mempunyai hubungan diplomatik dengan dua negara jiran Arabnya, iaitu Mesir dan Jordan melalui perjanjian damai pada tahun 1979 dan 1994.
Pada tahun 2020, Israel menandatangani perjanjian menjalin hubungan diplomatik dengan empat negara Liga Arab, iaitu Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sudan dan Maghribi. – HARAKAHDAILY 21/5/2021
2 comments:
Semoga usaha duta khas membuahkan hasil. Sebarang normalisasi dgn yahudi bererti bersetuju dgn penindasan yahudi ke atas palestin. Usaha ini mungkin mendapat tentangan dari dap yg menyokong zionist yahudi.
Nanti ph kata langgar sop. Ph ni semua org lain jika selain ph adalah tak betul. Eng guan didik macam tu.
Post a Comment