Segala cerita disensasikan tidak benar – Khairuddin
KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi beliau
Sehubungan itu, katanya tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menyatakan perkara itu menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, petang ini.
Sementara itu, polis mengesahkan laporan Mohd Khairuddin diperiksa di sekatan jalan raya Perasing pada 16 Mei lalu.
Menurut laporan media, Ketua Polis Terengganu Roslee Chik, berkata polis kini masih menjalankan siasatan. – HARAKAHDAILY 29/5/2021
Lepas ni sasarannya titm. Begitulah politik parti parti liberal dan parti kuali. Dulu mini zionist dgn duit 90 juta. Kalaulah pakatan hancing jadi kerajaan, fitnah akan jadi halal hukumnya. Mereka memang bijak bab harta, tapi bab aqidah dan kemanusiaan, otaknya kat kepala lutut. Pas tidak pisahkan material dan agama. Material berpandukan syariah, maka jelas tiada rasuah.
ReplyDelete