1. Erdoğan: 'Seluruh Dunia Perlu Tahu Apa itu Israel'.
Presiden Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa mereka akan memberitahu seluruh dunia apa itu Israel,
''Seluruh dunia perlu tahu apa itu negara pengganas Israel." Katanya.
Presiden Erdoğan berucap di Majlis Perasmian Persimpangan Habipler Junction-Hasdal Lebuh raya Marmara Utara.
Merujuk kepada penganiayaan Israel terhadap rakyat Palestin dalam ucapannya, Presiden Erdoğan mengatakan;
"Kami akan memberitahu seluruh dunia apa itu Israel. Seluruh dunia harus tahu apa itu negara pengganas Israel."
"Semua orang yang ditindas di dunia sedang menunggu hari ketika Turki yang kuat akan berdiri dan bangkit.'' Kata Presiden Erdoğan bercakap terutama kepada golongan muda.
"Kami bertekad untuk menyampaikan Turki ke tujuannya dengan melintasi jambatan yang kami bina dari masa lalu dengan kasih sayang dan penuh semangat." Katanya.
2. Hamas Puji Sikap Turki Menyokong Rakyat Palestin
Poland akan membeli 24 unit kenderaan udara tanpa pemandu bersenjata (SIHA) Bayraktar TB2 dari Turki. Telah diumumkan bahawa penghantaran pertama akan dilakukan pada tahun 2022.
Perjanjian itu dijangka ditandatangani semasa lawatan Presiden Poland, Andrzej Duda ke Turki pada 24-25 Mei. Menteri Pertahanan Poland, Mariusz Blaszczak secara rasmi telah memaklumkan bahawa negaranya akan membeli 24 unit Bayraktar TB2 dengan peluru anti-kereta kebal.
"Kami merundingkan perjanjian untuk membeli 24 unit Bayraktar TB2 yang dilengkapi dengan 4 set, iaitu peluru anti-kereta kebal," kata Blaszczak yang menyertai program sebuah radio.
"Kami memperkuat tentera Poland dengan Bayraktar. Senjata yang terbukti, senjata yang berkesan untuk mencegah penyerang," puji Blaszczak, yang menekankan bahawa perjanjian itu juga termasuk pakej logistik dan latihan.
Selepas Bayraktar TB2 sampai di Poland, buat kali pertama ahli NATO membeli SIHA dari Turki.
(IH)
3 comments:
Yang ni Aku sokong kau highlights Kan..bukan berita yg mengadu domba..
Tn ibnu tak pernah adu domba. Yg biasa dari kelompok ph ialah perlekeh ulama yg berpolitik ikut lunas islam. Kelompok ini juga cetek ilmu agama lantas komentar seiras dengan komentar dap yg berkitabkan kitab avengelist. Berpaksikan logik akal dan materialisma sebagai ukuran asas kejayaan. Tentang unsur keagamaan tiada beriring. Material dan aqidah islamiah perlu beriring. Supaya setiap aspek kehidupan adalah ibadah. Jika tidak politik akan jadi seperti zionist yahudi yg berpolitik dengan mengambil nyawa secara kejam dan kesyaitanan. Aliran politik seperti ini digemari oleh mini zionist jika dapat kuasa. Sekarang ni pon dah tunjuk bibit2 tidak menghormati keharmonian dan orang asal di sini.
Great reading thiss
Post a Comment