Monday, May 10, 2021

Stadium Perak 'berasap'. Penyokong Perak tak puas hati?

 

Aksi Liga Super antara Perak menentang Sri Pahang sebentar tadi dicemari dengan insiden penyokong The Bos Gaurus membaling suar ke dalam padang. - NSTP/Ihsan pembaca

SUKAN

IPOH: Aksi Liga Super antara Perak menentang Sri Pahang sebentar tadi dicemari dengan insiden penyokong The Bos Gaurus membaling suar ke dalam padang pada minit terakhir permainan selepas mereka tidak berpuashati dengan prestasi pasukan.

Bagaimanapun, keadaan dapat dikawal oleh polis dan petugas stadium dengan aksi yang berbaki beberapa minit itu kemudian diteruskan.

Perak yang menghadapi masalah tunggakan gaji tewas 2-3 pada perlawanan itu.

Sebelum ini, penyokong Perak pasang kain rentang tak puas hati

Kain rentang gergasi dipasang di kawasan tempat duduk penonton di Stadium Perak malam tadi yang memaparkan tulisan tak puas hati penyokong. Ia diturunkan tidak lama selepas itu. - Foto NSTP/ Sharul Hafiz Zam

IPOH: Aksi Perak FC menentang UiTM FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini, malam tadi, dicemari dengan insiden pemasangan kain rentang gergasi di kawasan tempat duduk penonton yang memaparkan tulisan tak puas hati dalam kalangan penyokong.

Ia dipercayai dilakukan pihak tertentu susulan ketidakpuasan hati mereka terhadap isu tunggakan gaji pemain yang didakwa menjadi punca utama prestasi skuad Bos Gaurus hambar sejak permulaan liga musim ini.

Tulisan pada kaitan rentang itu berbunyi '100 yrs is nothing if f****** same thing again' atau lebih kurang bermaksud '100 tahun penubuhan pasukan itu, tidak memberi sebarang makna jika isu sama masih berulang'.

Kain rentang itu dikatakan dipasang sejurus selepas pasukan UiTM FC menjaringkan gol kedua pada minit ke-39 menerusi Nana Poku untuk menjadikan kedudukan perlawanan ketika itu 2-0. Bagaimanapun ia diturunkan sejurus selepas itu, susulan arahan petugas stadium.

Tinjauan mendapati tiada insiden kekecohan atau pergaduhan selepas itu. Dalam perlawanan berkenaan, Perak FC menewaskan UiTM FC 3-2..

No comments:

Post a Comment