Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP
GENEVA: Puluhan negara semalam menyuarakan kebimbangan pada susulan penerbitan laporan terdapat pemimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengetahui tuduhan penderaan seksual terhadap kakitangan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun gagal melaporkannya.
Sebanyak 53 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Britain dan Jepun, mengeluarkan kenyataan bersama yang menuntut ketua WHO menunjukkan 'kepimpinan teladan dan kuat' dalam mencegah penderaan seksual, susulan laporan media terdapat pengurusan WHO mengetahui kes yang didakwa di Republik Demokratik (DR) Congo bagaimanapun tidak 'mengambil tindakan.
Laporan oleh agensi berita Associated Press awal bulan ini dipetik berkata, emel dalaman mendedahkan majikan mengetahui aduan penderaan seksual yang berlaku di Republik DR Congo pada 2019.
Menyampaikan kenyataan bersama itu pada perhimpunan tahunan WHO, Duta Kanada, Leslie Norton, berkata perkara itu ditetapkan di peringkat atasan dan negara yang menandatangani mahu hasil yang dipercayai dalam menangani masalah ini.
"Sejak Januari 2018, kami mempertingkatkan keprihatinan yang mendalam mengenai tuduhan berkaitan masalah eksploitasi dan penderaan seksual, dan gangguan seksual, serta penyalahgunaan kuasa, berhubung kegiatan WHO," katanya.
Katanya, negara berkenaan membangkitkan masalah itu secara 'tegas dan telus' dalam pertemuan tertutup lembaga eksekutif WHO pada minggu lalu.
"Kami sangat bimbang susulan laporan media itu yang mendakwa pengurusan WHO mengetahui kes eksploitasi dan penderaan seksual seperti dilaporkan, dan gangguan seksual namun gagal melaporkannya, seperti disyaratkan oleh protokol PBB dan WHO, serta tuduhan yang kakitangan WHO bertindak untuk menekan kes.
Sebanyak 53 negara yang antara lainnya ialah Australia, Brazil, Indonesia, Israel, Mexico, Switzerland dan Uruguay menyatakan untuk mengatasi masalah itu memerlukan perubahan budaya.
"Ia memerlukan kepimpinan yang kuat dan menjadi teladan daripada pengurus dan pemimpin di seluruh pertubuhan yang ditetapkan bermula dari atas," kata mereka, sambil menekankan bahawa mereka mahukan 'tindakan tatatertib yang sesuai' bagi membuktikan tuduhan.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata pihaknya sangat terganggu oleh tuduhan terbabit sambil menegaskan segala bentuk penderaan tidak sesuai dengan misi WHO.
WHO menjadi panas pada September lalu selepas siasatan selama setahun yang dijalankan oleh Yayasan Thomson Reuters dan The New Humanitarian mendokumentasikan dakwaan eksploitasi dan penganiayaan wanita oleh kakitangan yang terjejas ke krisis Ebola 2018-2020 DR Congo.
Siasatan itu mendapati lebih 50 wanita yang menjadi kakitangan bantuan Ebola terutama daripada WHO dan juga daripada agensi PBB lain dan organisasi bukan kerajaan terkemuka terbabit dalam eksploitasi seksual, dipaksa melakukan hubungan seks sebagai ganti pekerjaan atau menamatkan kontrak apabila mereka menolak. - AFP
Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..
Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan. Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di India. Rogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita... Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi. Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja...
No comments:
Post a Comment