Video tentang Kelantan di Amerika menang anugerah
Video itu menjawab Kelantan bukan mundur seperti ditohmahkan pihak tertentu. Begitu juga rakyat dibenarkan bersosial tanpa melanggar kehendak syariah.
Dokumentari berdurasi tiga minit karya Khairuddin Daud berjudul ‘Fitrah’ itu berupaya menyampaikan mesej ringkas sehingga mengubah persepsi masyarakat di Amerika Syarikat tentang Kelantan.
Video itu berjaya menggondol hadiah RM2,000 pada Pertandingan Video Pendek bertemakan Kelantan Sejahtera.
Pertandingan berkenaan dianjur Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) menerima 34 penyertaan.
Bagaimanapun panel penilai menyenarai pendek 10 video terbaik sempena sambutan Tiga Dekad Membangun Bersama Islam.
Tempat kedua pula dimenangi Amjad Amran membawa pulang RM1,000 dan sijil penghargaan melalui video Kelantan Sejahtera yang memaparkan kepesatan pembangunan fizikal tanpa mengecualikan kemajuan rohani.
Manakala tempat ketiga dimiliki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherang Ruku, Pasir Puteh yang turut menerima plak dan sijil.
Video mengungguli kategori Video Paling Popular pada pertandingan tersebut berdasarkan tontonan (view) tertinggi berjumlah 6.4K ketika tarikh serahan.
Video bermesej perpaduan dan keharmonian kaum di Kelantan karya Pengetua SMK Cherang Ruku, Zalina Zakaria sehingga kini mencapai 7.1K tontonan, 928 pembaca menyukainya, 325 perkongsian dan 102 komen.
Sementara itu Khairuddin, 44, merakam ucapan terima kasih kepada penganjur dan juri memilih ekspresi seninya dalam menzahirkan kesyukuran terhadap dasar kerajaan Kelantan.
“Fitrah ialah terjemahan tentang Islam yang dilaksanakan kerajaan Kelantan dengan membawa misi keamanan dan kesejahteraan serta keselamatan hidup rakyat,” katanya.
Kesemua pemenang menerima hadiah yang disampaikan Pengarah UPKN Ustaz Ahmad Fathan Mahmood di Kota Darulnaim hari ini. – HARAKAHDAILY 6/5/2021
1 comment:
Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei pada hari Jumaat menyIfatkan Israel “bukan negara, tetapi markas pengganas” dan mendesak negara-negara Islam memeranginya, ketika meraikan acara tahunan demonstrasi pro-Palestin.
“Israel bukanlah sebuah negara, tetapi sebuah pangkalan pengganas terhadap bangsa Palestin dan negara-negara Islam yang lain,” kata Khamenei dalam pernyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen yang menandakan Hari Al-Quds.
Post a Comment