Pendakwaan akan buktikan Zahid terima suapan jutaan ringgit
SHAH ALAM: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) akan membuktikan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menerima suapan jutaan ringgit.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk Raja Rozela Raja Toran, berkata suapan berkenaan sebagai upah dan dorongan untuk mengekalkan serta melanjutkan kontrak lantikan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berkaitan visa terbabit.
Katanya, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa Ahmad Zahid, 68, sepanjang tempoh empat tahun sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu telah mengambil kesempatan daripada kedudukannya untuk mengaut kekayaan.
"Tertuduh telah menerima suapan yang melibatkan wang tunai pelbagai mata wang, iaitu dolar Singapura SG$14.71 juta, RM3.125 juta, AS$15,000 dan mata wang EURO5,000. Tertuduh menerima wang ini daripada UKSB.
"UKSB adalah sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan sebagai kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan untuk Kementerian Dalam Negeri. Lantikan UKSB telah dibuat mengikut beberapa perjanjian yang dimeterai di antara kerajaan Malaysia dan UKSB," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan ucapan pembukaan kes pada hari pertama perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Raja Rozela berkata, pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan lisan dan dokumen yang akan membuktikan Ahmad Zahid terbabit dan mempunyai pengetahuan mengenai pelantikan UKSB sebagai kontraktor.
"Yang Arif juga bakal mendengar keterangan beberapa orang saksi yang akan memperincikan fakta dan hal keadaan bila dan bagaimana wang-wang suapan itu diterima oleh tertuduh.
"Di akhir kes pendakwaan kelak, Yang Arif akan dapat lihat wujudnya kaitan rapat di antara fakta pelantikan UKSB sebagai kontraktor dan fakta penerimaan wang-wang tunai oleh tertuduh.
"Segala keterangan yang bakal dibawa masuk akan membuktikan secara 'prima facie' bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan sepertimana yang dinyatakan dalam setiap pertuduhan," katanya.
Beliau berkata, pendakwaan akan memanggil sekurang-kurangnya 20 saksi untuk memberi keterangan dan pada perbicaraan hari ini, dua atau tiga saksi dijangka memberi keterangan.
Raja Rozela dibantu Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, Gan Peng Kun dan Lim Wai Keong, manakala Ahmad Zahid diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.
Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, sebagai pegawai badan awam, iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Country Heights antara Jun 2015 dan Oktober 2017, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Janganlah buka aib dia sangat. Kan dia juga yg menjadi salah satu tonggak tertubuhnya kerejaan pe end. Kerejaan Islam.
ReplyDeleteDia yg nak join abam dgn met sabu. Sudah diwar2kan yg ini tak sesuai bersama kerajaan dan tak terlantik pun sebagai menteri.
ReplyDeleteSetakat war2 kan je keee???
DeletePatutlah pemimpin sendiri ngaku bodoh...
Sekutu yg jenis tikam belakang. Sepatutnya defend sekutu, bukan hentam sekutu. Kalau abam yg hentam logik la.
DeleteDatuk Seri' Ditahan Terbabit Sindiket Judi
ReplyDeletePolis menumpaskan satu sindiket judi dalam talian dan mesin slot selepas menahan 19 individu termasuk dalang utama seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' di sebuah premis dekat Jalan Pudu, di sini dan sekitar ibu negara, antara 17 hingga 20 Mei lalu.
Persoalan klise adalah 'Apakah nasib Datuk Seri itu nanti. Samada ditangkap atau lesap seperti Datuk Vickey tokey judi online tokey pelacoran dan Along lesap di zaman IGP Hamid Bador lantikkan Tun Mahathir Mohammad.
Sekiranya tertangkap persoalan seterusnya Apakah Datuk Seri itu dihadapkan ke mahkamah pakai baju reman atau baju jenama 'Polo'.
Dalam serbuan di rumah suspek utama berusia 55 tahun di Bukit Segar, Cheras di sini 20 Mei lalu, polis merampas wang tunai berjumlah RM579,001, tiga jam tangan bernilai RM238,000; tiga jongkong emas dan loket (RM58,250) serta tiga kenderaan mewah (RM1.2 juta) dengan nilai keseluruhan RM2.1 juta.
Persoalan seterusnya adakah Datuk Seri itu nanti digari atau lenggang kankung ke mahkamah.
Harapan kita IGP yang baru ini tidak bertindak seperti IGP Hamid Bador lantikan Tun dulu.
Bukan saja tak layak pimpin umno, jadi menteri pun tak layak. Satu2nya presiden yg tiada dlm kebinet. Kepimpinan melalui teladan. Say No to kluster mahkamah.
ReplyDeletePatutlah kaya. Apa2 pun tunggu keputusan mahkamah.
ReplyDeleteItu wak, dia sudah mau join sama itu abam. Itu pasat dia lasa dia sudah pkr. Ini olang tak mulih pakai. Dia jaga dia punya pelut saja. Dia tak jaga parti. Lagi pun dia kluster court sama dia punya abam. Dua dua olang manyak musuk manyak jahat lo.
ReplyDelete