10 penduduk kampung mati minum arak beras tercemar.
PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya 10 penduduk kampung di daerah Pursat dekat barat laut Kemboja maut selepas meminum arak beras buatan tempatan.
Ketua Polis Daerah Krakor, Kolonel Em Run, berkata arak berkenaan disyaki mengandungi tahap metanol yang tinggi sehingga menyebabkan kematian.
Kes berlaku di tiga perkampungan Ansar Chambak di daerah Krakor ketika mangsa didapati meminum arak beras yang tercemar ketika upacara pengebumian salah seorang jiran mereka minggu lalu.
"Semua mangsa termasuk lapan wanita dan dua lelaki disahkan mati manakala beberapa lagi dimasukkan ke hospital selepas minum arak tercemar.
"Mangsa mempunyai gejala yang sama seperti keradangan mata, sakit dada, kesukaran bernafas, pening, sakit kepala dan kelesuan," katanya ketika dihubungi agensi berita Xinhua.
Menurut Em Run, sampel arak toksik itu kemudiannya dibawa ke makmal ujian di ibu kota Phnom Penh dan keputusan belum lagi diterima.
"Pasangan tempatan yang menghasilkan arak itu ditahan Rabu lalu dan peruncit di daerah berkenaan dinasihat menghentikan sementara penjualan arak beras itu," katanya.
Di Kemboja, arak beras popular di kawasan luar bandar kerana harganya yang murah.
Kes terbaru itu adalah yang ketiga dalam tempoh kurang sebulan, selepas 24 orang maut kerana keracunan arak beras dalam kes berasingan kurang sebulan lalu, masing-masing di wilayah Kandal dan Kampot, menurut Kementerian Kesihatan.
Kes berkenaan membabitkan arak buatan tempatan yang mengandungi kadar metanol tahap toksik sehingga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan, walaupun diambil dalam dos yang kecil.
Polis memaklumkan, sekurang-kurangnya 15 orang merangkumi pembuat dan penjual arak beras ditahan.
Kementerian Kesihatan pula menasihati orang ramai supaya tidak mengambil minuman yang tercemar.
Katanya, sampel arak toksik turut dibawa ke makmal ujian di ibu kota Phnom Penh dan keputusan belum lagi diterima.
"Seorang pasangan tempatan yang menghasilkan arak itu ditahan Rabu lalu. Buat peruncit di daerah berkenaan dinasihatkan untuk hentikan sementara penjualan arak beras itu," katanya.
Mengesahkan kematian itu berpunca akibat keracunan adalah Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Pursat, Khoy Dy, namun tidak memperincikan secara lanjut perkara itu. - AGENSI.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 10 Mati, itulah bahaya arak kencing syaitan. Kerana itulah Islam mengharamkan arak, untuk kebaikan diri manusia itu sendiri, walaupun sudah diubah dari 'lebel kampung'nya.
Di Malaysia, biarlah puak-puak dia dan 'barua-barua'nya yang 'mente kedarah' najis kencing syaitan itu, kerana dalam parti sekularnya, buat maksiat itu hak pribadi.. Bengong bertingkat!
No comments:
Post a Comment