Wednesday, June 02, 2021

16 pesawat China ceroboh ruang udara. M.sia bantah.

 

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Satu daripada 16 pesawat China yang dikesan TUDM kerana memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), semalam. - Foto FB TUDM

Peta menunjukkan laluan penerbangan 16 pesawat China yang memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, semalam. - Foto FB TUDM

KUALA LUMPUR: Wisma Putra akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional, semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF itu sebagai 'pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia'.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Luar akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung pencerobohan itu.

"Berdasarkan laporan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kementerian Luar akan mengemukakan nota bantahan diplomatik terhadap pencerobohan itu kepada kerajaan China.


1 comment:

Anonymous said...

Bayangkan kalo menteri pertahanan skrg mat sabu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails